Saturday, 4 April 2015

Hi~ I'm Farhan from UPM

Tajuk entri kali ni merupakan dialog yang aku sebut tiap hari sepanjang cuti semester ni.

Sebelum masuk cuti sem lepas, ada member offer kerja part time waktu cuti. Tengok job cambest lak, rembat lah ape lagi kan. Kerja as terminator enumerator. Enumerator? whatthefish is dat? ahaha..asalnye aku pon taktau mende alah enumerator tu apa, lepas dah jumpa the PIC (baca: person-in-charge) for the job, baru pehe.

Enumerator atau nama melayunye pembanci. Amende lak keje pembanci ni?

Ala-ala orang gomen yang pegi rumah ke rumah buat bancian tu, edar borang kaji selidik untuk tengok feedback orang yang dibanci kepada isu yang diketengahkan borang kaji selidik tu. Ayat terlampau akademik? ahaha..nak buat camne, kerja enumerator yang aku buat ni memang bidang akademik, bawah Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (ehem..universiti ranking pertama dalam Malaysia..emmm) yang berkenaan dengan tourists travelling and dining experience in Malacca..yup, kat Melaka. seminggu lebih jugak la bertapa dekat Melaka ni. Ada banyak tempat yang research ni cover, yang aku tau Pulau Pinang, tempat lain ada tapi taktau mana. So, bersepah lah kanak-kanak UPM serata Malaysia edar survey ni.

Hi~ My name is Melah from UPM, I am doing a survey on yadda yadda. would you like to participate in the survey?
(ala-ala gini la gayanya)
Duduk mana melaka? aku gelandangan dekat guesthouse betul-betul depan Menara Taming Sari. Nama guesthouse tu Lavender Guesthouse. Buat siapa-siapa yang nak menapak area bandaraya bersejarah tu dicadangkan duduk kat Lavender Guesthouse ni sebab fasiliti dia memang tiptop..Puas hati duduk situ, mesra pelanggan & rasa macam kat rumah je. tengok sini >Lavender Guesthouse<. Memang comfy habis plus tempat strategik between shopping malls & historical sites.

Tapi takde la ketuk rumah macam kat gambar tu, Kami kena dapatkan international tourists aka pelancong luar negara untuk jawab survey. NO LOCALS. macam wow! Kena grab some random tourists and ask them to answer an 80 questions survey. Bayangkan kau dalam situasi derang (tapi versi suka buruk sangka), mesti ingat ni gores & menang punya sindiket or takpun sindiket derma paksa macam orang duk selalu buat sekarang ni. Kitorang siap disoal Polis & Majlis Perbandaran sebab suspek sindiket-sindiket gitu la. Hahaha.

Jadik enumerator ni agak tough dan perlukan ketebalan muka yang sangat tebal. Hahaha. ye lah, kau kena talk to hundreds of strangers hoping that they'll cooperate sebab paycheck kau bergantung kepada jumlah survey yang kau dapat. Sorang kena habiskan 100 papers dalam seminggu plus. Nampak macam sikit & mudah rite? 100 je. Bayangkan kena berjalan bawah terik sampai kena sunburn teruk sesambil interview strangers. Plus, the rejection. Bukan semua pelancong bagi kerjasama. And Melaka punya tourist spots sangat kecik kau akan jumpa pelancong yang dah jawab survey yang sama sebab kawan kau yang ada belah sana dah tanya. Yup, sangat kecik aku boleh cover Jonker street, the Stadthuys, St Paul Church, A Famosa Fort, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka (area research) 5-6 round dalam sehari & kitorang ada 6 orang semuanya yang sorang buat 100 sets.

Aku sangat susah nak dapat tourists mungkin sebab not appealing enough (erk..hahaha), communication skill still at the bottom, salah trick approach. Final day orang lain belas-belas je tinggal, ada yang tinggal 6 sets. Aku masih berbaki 23 sets. Nasib baiklah member semua baik sebabun. Yang dah habis, amik some of aku punya surveys, tolong distribute. Rasa lemah pulak diri ini. isk~ ahaha..takpe, dapat gaji nanti aku belanje korang yang tolong.

Kerja enumerating ni sangat new bagi aku. So, bagi aku banyak experience boleh dapat dari kerja ni. 1st of ol, u get to improve ur english kate ko! mane taknye, edar survey bukan takat pelancong jawab survey, dapatnye pelancong extra peramah, 30 minit tak cukup korang borak. Aku kena kat 2 couples ni, orang tua berempat dari UK. Ya ampun sangat lah peramahnye, dia seronok bercerita dia dari zaman 60-an sampai harini. Hahaha. 2nd, u get to see life from different perspective. Kau jumpa dengan beratus orang yang pelbagai ragam. Selalu kita duk hadap ragam orang Malaysia je. Ni ragam orang luar. Lagi dasat pe'el diorang. Hahaha. 3rd, a totally new experience. again, jumpa dengan various kinds of people, exchanging thoughts and ideas, that are really something yang kau tak dapat in your daily norms. Ada 2 pelancong Danish yang hensem (negara mane ek? haha), diorang student civil engineer, diorang siap bagi idea macam mana nak jadikan sungai melaka as the new Venice, negeri yang terkenal dengan laluan air. Ada yang kongsi pengalaman hidup diorang kat luar sana yang kita tak pernah teroka membuatkan aku nak sangat backpack kesana situ bila ada ruang dan wang nanti. 4th, adoi banyak sangat nak konsi. Basically, it's a priceless experience.

Dan dari pemerhatian aku, most tourists muda yang aku jumpa umor dalam 20-24 dah travel dunia dan kau masih di Malaysia doing what u thought great but not. hahaha. kejam. Kalau korang nak experience jadik enumerator, boleh try rujuk dengan fakulti-fakulti uni korang, selalunya memang akan ada job ni sebab universiti is mostly about research and when it comes to a massive & important research, enumerators are required. That's all la kot yang aku ter-ingat buat sementara ni, kalau ada yang ter-ingat kemudian, I'll update this entry. ehee~~~



Wednesday, 18 February 2015

Wednesday, 11 February 2015

Aku, Aku, Aku, Engkau.

siapa tau?
aku--
siapa boleh buat?
aku--
siapa hebat?
aku--
siapa boleh jadi imam jemaah?
eh..engkau lah~

Untuk ke DuaPuluhEmpat kalinya~

Dua dan Empat, TUA~
Dulu, aku semacam eksaited bila nak tiba detik sambutan hari lahir. Perasaan ingin diraikan, satu hari khas untuk diri sendiri. Tapi, ada satu hari tu ternampak nota kecil kat entah mana, kata nota tu:

Bila tiba je hari lahir kita, orang yang sebenarnya patut diraikan bukan diri kita. Tapi ibu bapa kita. Cuba kenang derita ibu menanggung sakitnya melahirkan kita yang sakitnya macam dipatah-patah tulang dan bapak pula berhempas pulas kerja untuk beri nafkah yang membuat kan kita seorang manusia yang sihat walafiat kini, insyaallah.
ok, ada part yang aku tambah-tambah bagi nak bunyik cambest..hahaha..anyways, start dari bacanya nota tu, memang rasa tak patutnye la hai sakan sambut diri sendiri bila tiba birthday kita. yang tanggung serita si ibu, anak pulak yang mintak diraikan.

Ada terbaca kat fb pasal 1 family ni bila ada je besday anak, si anak akan dilatih bapak untuk bagi hadiah pada ibu dan bukannya mintak hadiah dari makbapak. Ajar anak dari kecik untuk hargai makbapak.

So, terima kasih yang teramatnya pada semua yang wish salam hari lahir! Thanks Anas (proud owner of Anasyg) selit 1 slot khas dalam blog untuk besday wish aku..hahaha..thank u soooo much, xiexie, syukran 'ala kulli hal, danke schoen, terima kasih untuk semua. Adalah selayaknya dan sepatutnya orang yang patut diraikan adalah ibu n ayah. Ibu yang tanggung sakitnya beranak, ayah yang tak lekang bernafkah sehingga terjaganya aku yang sekarang ni. Doa buat mereka berdua. Apapun, semoga sekaliannya dirahmati n diberkatiNya. Moga Allah kasih :)
Umur mungkin tua, jiwa aku tetap muda!!! peace! hahaha

tq Mdm QueeLing for the 'surprise' birthday bash. Ni masa keje part time time enumerator masa sem break kat Melaka. Menarik! akan di stori dalam entri akan datang


Friday, 21 November 2014

Bebel Celoteh Pena



bila mulut penat celoteh
melempar kata
pena mula menari
menebar aksara
jaga kata
jaga hati
luah berpada
jangan bermaki



Thursday, 20 November 2014

Mengantuk 1



mengantuk
aku letih
letih ikut nafsu
letih layan kehendak
letih penuhi ekspektasi

mengantuk
aku sesak
urusan dunia nonstop
urusan akhirat tergadai
urusan yang tak terurus

mengantuk
aku nak tidur
biar lena
biar dengkur gegar dunia
biar semua tahu aku letih
biar semua tahu aku sesak
biarkan aku dibiarkan
melayan lena sendiri
melayan karya mimpi


Saturday, 8 November 2014

Interpretasi SAYANG

apa yang terbina
moga dipelihara
selamanya
sampai syurga
dengan izinNya

Buat keluarga, teman, sahabat, dan mereka yang mengenali diri ini**

Saturday, 11 October 2014

okey cantik biasa tenang nice

takpa takda tudung
bapak bilang okey
takpa baju adik
mak bilang cantik
takpa gomolan sakan
abang bilang biasa
takpa buat dosa
hati bilang tenang
takpa seksi lentik
adik bilang nice!

T A H I

sanggup berjanji
nak lepaskan diri
bila tuntut
tak kota
bicara tahi
tipu hati
janji babi
janji tahi
tahi.

Monday, 18 August 2014

Bagi aku musibah, ya tuhan!

Sesekali terdetik dekat ruang kecil hati ni, ada ke kawan yang sudi ziarah? ade ke kawan ambil kisah?

"Macam mana la kalau aku kena timpa sakit gering?"

Waktu tu, akan tertayang siapa kawan, siapa seteru dalam kelambu.

---

Aku ada kawan, dah ketuk pintu maut, cuma belum mula langkah. Aku seronok tengok keadaan dia. Bukan seronok tengok bakal jenazah. Tapi seronok tengok 'keluarga prihatin' yang datang. Kawan-kawan datang, di usap belai, tak putus kuntum doa.

Berkat sekalian dan izin-Nya, alhamdulillah diberi peluang kedua.

Mana kawan, mana seteru. Kawan bukan pada kuantiti, tapi pada setia.

Saturday, 9 August 2014

Masih Muda

Taubat?
Rilek
Masa tak terhabis
60 tu jauh lagi
Bila-bila boleh sujud insaf
Sekarang masa enjoy
Sekarang masa kita
Sekarang mas-... . . .

Friday, 8 August 2014

Hati sakit ke? Sakit hati?

Tengokkan hati dia
Jagakan hati dia
Perhatikan hati dia
Lindungkan hati dia
Biar dia selesa
Biar dia gembira
Jangan dicalarkan
Jangan dibiar berderai

Sedang hati kita
Rabak berkecai
Ghaib tak bertanda
Darah tak terkesan
Nak dijahit, perit
Nak dibiar, busuk

Kau kena kejam
Kata sekalian
Aku tak kuat
Aku tak sanggup
Biar dirobek dalam
Hanya senyum terukir

Hati dia
Kita jaga,
Hati kita?
Ada siapa?

-kenal diri sendiri, jadi diri sendiri, jangan dimakan hasut, jangan dirasuk nista-

Farhan Zukri
Sayyidul Ayyam
12 Syawal 1435H
20:06:45

Thursday, 7 August 2014

Tahap mana level friendship?

Kawan,
Ramai
Siapa saja boleh jadi
baru kenal, baru jumpa
ada kala terus dilupa

Sahabat,
Yang bertuah kalangan kawanannya
Yang dipercaya
Yang baginya keluarganya
Yang berkongsi hidupnya

Teman,
Limitasi hanya tertentu
Yang menerima adanya
Yang dibuta akan silamnya
Yang hilang tiada dua

Member sampai mati,
Itu satu janji,
Jumpa kat syurga nanti,
Janji Yang Satu itu pasti.

Farhan Zukri
-masih dalam mood raya
11 Syawal 1435H
21:14:00

p/s: nangis bila rindu kawan..sweet tak? ahahaha


alip, yat, james, cha, mol, botet, amin, muaz, ajim, opie, dex, jambol, faiz, paan (aku), carl, chad, adha, abar, amad, rahim, acap makki, acap bo, alang, nasa, qar, beb, zul, apek, mad, din

Saturday, 2 August 2014

Beli kereta CASH! Tanpa hutang!

Sumber artikel: Saiful Nang FB

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Kita nak buat begini:
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO

Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.

Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)
Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya 

p/s: tak guna kalau bergaya mewah dengan hutang bertimbun tindan. Biar sakit/malu awalan, senang/girang akhiran. Dinasihatkan simpan artikel ni untuk rujukan akan datang, khususnya macam kita anak muda. Hemah urus kewangan :)

Friday, 11 July 2014

Satu pilihan..SAHAJA



Kalau korang diberi pilihan untuk telan SATU antara dua pil ni, mana satu korang amek?

Aku? Aku akan ambik pil biru. Sebab? Music connects people regardless what language(s) they carry. Plus, music is a language that is understandable by us all.

kalau pil merah, korang cuma boleh connect/commute with a specific group of people, tak boleh communicate in a way that can be generally understand by most people.

Still, it's up to our own decision. We have our own opinion on whats the best for us and for the people around us.

p/s: Sorry bahasa campur-campur..heheh xD

p/s/s: Tanya diri sendiri, if kita boleh berbelanja RM10, RM20 or RM100++ untuk berbuka, kenapa kita tak boleh derma sikit kepada orang lain? Tak payah fikir panjang-panjang. Lepas ni pergi amik handphone, taip PALESTIN 1, PALESTIN 5 atau PALESTIN 10 then hantar ke 39111. 1 untuk RM1, 5 untuk RM5 dan 10 untuk RM10. Itu je. Semua sumbangan derma korang akan dimasukkan ke tabung Aman Palestin bagi membantu sedara Islam kita di Gaza. qoute dari faizdickie

Tuesday, 10 June 2014

Menilik Tuhan

Dilema anak yatim:

"Kami nak mak bapak macam orang lain jugak"

"Kenapa kami takda mak bapak tapi orang lain ada"


Dilema mak bapak tiada anak/gugur:

"Kami nak anak kami"

"Kenapa sampai sekarang takde anak?"


Selalu disebut, "Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya"..petikan dari novel Hlovate dan petikan kata pujangga ustaz-ustazah dari ceramah agama, si anak yatim tiada ibubapa mungkin kerana DIA tak mau si anak membesar jadi anak derhaka..ibubapa yang tiada rezeki anak berkemungkinan tidak bersedia lagi untuk menjadi ibubapa yang baik untuk anak-anak mereka nanti, Allah bagi masa untuk masing-masing bermuhasabah dengan apa yang berlaku..insyaAllah rezeki akan datang kelak..

Monday, 9 June 2014

Usahawan Jalanan: berbelanja dengan diorang

Assalamualaikum, salam isnin =)

Perasan atau tak, bila tengah melepak dekat mekdi, makan kat kepci, isi petrol kat stesen minyak, kadang-kadang ada orang tua (terkadang pun tak berapa nak tua) bawak beg besar terisi banyak barang jualan macam keropok, keropok dan keropok (tak pernah perasan barang lain, selalu keropok)..takpun dalam satu situasi lain, dari rumah ke rumah jual barangan?

Mereka-mereka inilah yang secara umumnya dikenali sebagai usahawan jalanan..sanggup redah terik bahang panas untuk cari duit tanggung keluarga..apa respon kamu urang bila nampak golongan ni? ada sesetengah kat rumah misalannye, tutup kunci segala pintu konon takde kat rumah sebab malas nak layan..terkadang ada yang halau depan-depan..serius guwe nyumpah orang berperangai sedemikian..kalau yang dekat jalanan pulak, lalu buat tak endah, macam tak wujud orang yang jual tu..ah~

Benda paling mudah kita boleh buat untuk diorang adalah dengan beli barang diorang jual..kalau taknak beli pun, at least sedekahkan duit (ada orang tak terima duit pemberian, prefer dapat duit usaha menjual)..bayangkan kalau diorang dapat bawak balik duit jualan yang diorang dapat untuk hari tu, tak gumbira hati ada jugak duit untuk diorang buat belanja keluarga..Diorang tu menipu? tak guwe nafikan ada sebahagian kecil anasir menyamar susah sebab nak simpati, tapi siapa kita untuk adili tanpa ketahui asal-usul cerita..langkah terbaik dengan bersangkalah yang baik-baik..

Nak guwe kongsikan kat sini sikap ada sorang jiran setaman guwe yang guwe respek teramat..alkisahnya, bila ada orang jual keropok, buku, apa-apa je dari rumah ke rumah, bila sampai rumah dia, dia akan jemput si penjual untuk duduk dekat kerusi yang tersedia kat garaj untuk rehatkan diri dan beliau akan hidangkan kat si penjual air & makanan untuk si penjual recharge tenaga dan buat alas perut..dah borak-borak apa semua, dia beli barang yang dijual, lepastu sambung balik kerja si penjual rumah ke rumah..siap dibekalkan air sekali..

Nampak kat situ si jiran cuba buat yang terbaik untuk ringankan beban si penjual, tolong buang segala penat lelah dia supaya dia boleh sambung meniaga dalam keadaan baik..serius respek gila dengan jiran tu..guwe pun tak mampu sampai tahap tu..tapi, paling-paling pun kita patut cuba buat yang termampu untuk kurangkan rasa susah diorang tu..macam disebut awal-awal tadi, beli walaupun satu je..

Sama jugak kes nye dengan orang yang jual sayur kat jalanan, lebih baik kita bagi dia rasa untuk meniaga dari kita melabur kat pasaraya..at least kita dapat gembirakan hati si peniaga sebab dia dapat buat duit belanja dari hasil meniaga..boleh dibuat dorongan untuk diorang usaha lebih lagi =)

beli dari nenek dekat stesen Petronas Seri Serdang
Tadi masa isi minyak dekat stesen Petronas Seri Serdang ada ternampak sorang nenek dengan beg besar ada isi "keropok ikang parang" (kata dia)..kesian tengok dia bawak beg besar waktu tengah hari terik, teduh kat Petronas tu kejap, nampak penat kat muka dia..sebelum gerak balik kolej, beli dari dia satu bungkus..tengok ada banyak lagi, harap-harap ramai beli dengan dia..tapi, tadi tengok ramai buat-buat tak nampak nenek tu kat situ

Be kind to one another - Ellen Degeneres

p/s: kita kalau bersedekah jangan sangka buruk orang tu tipu @ apa, kalau betul dia tipu, itu urusan dia dengan tuhan..bak kata UAI, kalau dia tipu, kita dapat dua pahala, pahala sedekah, pahala kena tipu..

Sunday, 8 June 2014

Delete yang lama, Update yang baru

Assalamualaikum dan salam blogger...

Heya peepz! (people)..nak maklum kat sini yang tuan punya blog ada delete entri-entri dia yang lama..Sebabnya, dia kata bila dia baca balik, nampak jahilnya dia zaman sebelum ni..so, bagi tak mengkehendaki blog ni mengajar benda yang tak berapa nak bagus & siarkan entri yang tak bermakna, dia ambik keputusan untuk delete entri-entri yang tak berapa nak matang tu..

sayang nak delete sebab ada entri pageview tinggi, tapi sayang lagi perihal dosa pahala..so, kita delete-kan aje..gaya penulisan pun ditukar untuk adapt dengan usia yang tak berapa nak belasan lagi dan entri untuk pengajaran dan pembelajaran dan perkongsian pengalaman hidup dilebihkan (dan juga entri ber-mood sastera, nak praktis sebelum habis study ni)

mungkin akan jadi "alo, bosan la entri skema"..akan guwe cuba untuk tak jadi terlampau skema bagaikan sang nerd~ dan lebih santai and reader-friendly..itu je, peace and out~



p/s: sekarang musim exam, good luck us!!!

Saturday, 7 June 2014

Tensen, Stress dan RAGE!!!

Semua pernah rase TENSEN, STRESS, BENGANG bila benda tak kena dengan apa yang kita nakkan samada benda tu kecik atau besar..rasa bengang boleh buat kita fikir secara kurang rasional & kengkadang kita TERbuat keputusan yang tak berapa nak baik masa dalam keadaan sedemikian. Macam guwe, baru-baru ni terpaksa jadi Pengarah program khidmat komuniti yang diberi nama Fourteen We Care @ HOPE.


Bila dah diamanahkan uruskan program ni, faham-gaham saje lah dugaan yang terpaksa guwe hadap. Kerenah AJK (yang rajin, yang malas, yang tak wujud, yang terlebih rajin pun), perihal tajaan, & kerenah orang-orang luar (sebab program dekat luar, banyak berurusan dengan orang luar)..masalah paling grand guwe kena, pengurusan universiti suruh tukar tarikh program SEBULAN AWAL..mau taknye semua orang kelam kabut, dekat sangat tarikh yang diubah..

Banyak cara yang diberitahu or diperkenalkan ramai tentang cara nak uruskan tekanan atau bak kata orang puteh, ways to handle your stress. Dalam Islam sendiri sebagai contoh, ada banyak cara untuk redakan rasa marah, bengang antaranya dengan mengucap, diamkan diri, berwudhu', dan macam-macam lagi (klik >info< untuk tau lebih cara Islami)..

Selain dari cara yang disyorkan, kita pasti ada cara tersendiri untuk uruskan rasa bengang, stress, marah ni..sekarang ni, ingin guwe kongsikan cara guwe uruskan stress, bengang, rasa marah guwe..

1. Pengasingan Diri

apa yang guwe maksudkan dengan pengasingan diri ni bukan dengan buang member-member pastu bawak diri..maksudnya, bersendirian buat sementara waktu, hadap alam semulajadi sikit, keep calm gituh..jauhkan diri dari gangguan sekeliling..baru jiwa tenang

2. Musik/Lagu

andai dipisah, lagu dan iramaaaa~~~ sesambil duduk sorang-sorang menghargai alam sekitar, bertambah best bila ada lagu teman sekali..musik ni bonus sebagai 'pil' penenang dari masalah, pilih lagu-lagu yang korang rasa boleh buat jiwa aman..yang klise guna lagu okestra, instrumental yang mendayu-dayu fefeeling katenye..sesetengah yang lain mungkin layan System of a Down, Avenged Sevenfold, rock kapok sebagai penenang, it's up to u actually~

selalu jamming lagu ni dengan member-member dari zaman sekolah sampai sekarang

3. Gambar

Dalam guwe tengah tensen, gambar pun boleh jadik ubat..selalunya hadap gambar raya famili, gambar masa sekolah, gambar kengkawan yang macam famili bagi guwe..lepastu cakap sorang-sorang "diorang kompem tak bagi aku stress camni, mesti suruh buat sekian-sekian..." ..time ni la kot teringat nasihat-nasihat member kau urang dulu-dulu, mana tau melekat kat hati waktu stress gini..

brothers guwe yang awesome..blood brothers "we are family"
forever -SEVEN-

4. Wangian

Minyak wangi, perfume, atau amende jadah yang berbau harum..pewangi boleh bagi satu reaction kat hormon badan kita sebagai penenang..wangian yang macam mana? terpulang kat korang, guwe selalu bau minyak wangi yang guwe pakai time sekolah dulu "Inspired by Dunhill"..bila bau ni terkonang balik zaman-zaman tak matang dulu, pastu gelak sorang-sorang..kan dah gile tu~

-----

Lepas dah reda, mula fikir balik SECARA RASIONAL pasal masalah korang awal-awal tadi, buat kerangka untuk penyelesaian masalah..kalau ikutkan step guwe, guwe sort semua problem wal masalah tu on a piece of paper. Yup! atas kertas, sebab dengan cara camni baru korang nampak dengan JELAS dari korang sketch dalam pala otak sampai pening. Tak kiralah masalah personal ataupun program ataupun ape-ape je, tulis dan senaraikan semua.

Susun dari masalah besar ke kecik atau kecik ke besar (ikut suka korang lah) dan tengok balik ada tak masalah yang korang terlebih pening/runsing sebab manusia ni selalu risaukan benda yang mana 90% TAK AKAN berlaku..maksudnya terlebih fikir, so boleh buang masalah tu dari list a.k.a BUAT TAK WUJUD..tengok balik jugak masalah yang mana paling UTAMA untuk korang SELESAI kan dulu, jangan mixed up, nanti efek kat korang naik gila! Benda yang boleh setelkan minggu depan, korang tolak tepi dulu (buat reminder).

Buat slow-slow, pelan-pelan & jangan rush..kalau rush makin bertambah rage korang nanti..insyaAllah, allah permudahkan jalan untuk korang hadapi masalah korang tu..doa banyak-banyak, rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bikhair..

Friday, 6 June 2014

Dari Jendela Komuter

Hutan konkrit tumbuh rancak
Hamparan hijau indah terhias
Diteman setia secawan kopi
Perhentian bersilih ganti
Apa yang dinanti cuma
Penghujung

Gerabak - Perjalanan pulang
FarhanZukri
221113
11:33:00


*karya inspirasi sajak "Dari Jendela Pesawat" karya Mahaya Mohd Yassin


Daisypath Anniversary tickers