Wednesday, 14 September 2011

jom P E R A N G ! ! !

THIS IS SPARTA!!!!...hoih, bukan perang tu woh...ni nak pergi perang ngan kertas jawapan exam...huhu...sekarang ni dah masuk final exam untuk sem ni...tak lupa gak yang ber-UPSR, ber-PMR ngan ber-SPM...waktu hujung-hujung tahun ni la exam melambak-lambak datang jenguk..meh la, meh laa..huhu..

okeh..for those who will be seated for major exams, I wish you guys the very (very,very..) best of luck!!! do study till the last minutes & not study at the very last minutes...remember, study smart n hard..the result of your exams shows your efforts (you reap what you sow)..so, give your best n you'll have the best result..

hohoho...aku skang dalam sem 5..1 semester lagi untuk aku selesai urusan diploma (aduh, lepas sem 6 ade praktikal 3 bulan..tambah derita). doakan supaya aku n kawan-kawan sekolej lulus cemerlang, bak kata omputih: with flying warne..smoga aku n kawan-kawan aku lulus untuk sem ni, takde orang akan repeat subjek sem ni mase sem depan (nak graduate sama-sama la weh..kalau ade repeat paper, tak best laa)...smoga perjalanan proses menyiapkan thesis paper masing-masing berjalan lancar..huhu..

Untuk mereka-mereka yang akan mengadap exam wajib mesia (UPSR, PMR, SPM) buat terbaik wok!!! aku doakan korang semua dipermudahkan urusan n diterangkan hati (supaya senang n tenang) nak jawab exam nanti...dah keluar result nnt halo-halo la aku..okeyh, 'm off..b4 that, again, best of luck in your exams!!! hit them the best u can yaw!!! haha


p/s: ade kawan aku respon bila aku post gambar ni merata..katanya "we dont need luck, we need knowledge"..yup, i do 2nd that..but, duh! u guys r muslims..'luck' kat atas ni kira aku DOA-kan yg terbaik untuk kau..faham? what i was trying to say is, ilmu itu memang perlu, tapi, DOA PUN PERLU JUGAK...get it? good..hahhah..:P

Tuesday, 13 September 2011

ayah + ibu = eternal love



"Sayangilah Ibu Bapa Anda" atau "Hargailah Orang Yang Tersayang Selagi Mereka Masih Ada" dan apa-apa frasa yang seangkatan dengan nya..."alah, ni tajuk/topik cliche lah"..oke2, aku tau tajuk ni selalu sangat digebang-gebang merata & masing-masing (termasuk aku) tengok macam biasa je; takde pape...aku pun tak tau kenape terdetik nak post pasal mak bapak nih..sebab baru tgok satu video ni kat YouTube kot (aku akan share-kan kat post ni)..

satu lagi ayat cliche yang aku nak kongsikan..taknak bace? ah! bace je..ni ha

"Seorang Ibu Boleh Menjaga SEPULUH Orang Anak, Tapi Sepuluh Orang Anak Tak Mampu Menjaga Seorang Ibu

kenapa ibu je?? alahai, untuk ayah pun boleh laa..tukarla perkataan 'ibu' tu ke 'ayah'...korang tak panggil ibu tapi panggil mama? ummi? mummy? megi?..banyak soal, aku sekeh je kang...haa, melalut lebih dah ni..patah balik...

semua yang dinyatakan dalam video tu, aku sendiri persoalkan diri aku sendiri.."Mampukah Aku?"...aku ni sorang yang cepat loose temper, orang bising = aku melenting balik..kalau ayah aku bebel2 aku pun, aku ngaku aku ade menjawab..huhu..aku terfikir, bila orang tua aku dah tua terbaring atas katil nanti macam mana la ek? aku berpengalaman jaga arwah atuk aku yg strok masa aku form 3 dulu...siyes, mencabar dan menguji kesabaran..tambahan dengan pressure PMR..aku pernah betul2 bengang & melenting depan arwah atuk aku (ngaku lagi)...bila dah camtu, aku cuak terfikir balik persoklan tadi tu..

bila orang tua kita membebel, tanya benda-benda personal lebih-lebih, kita fikir diorang ni menyibuk la, bising la, ape semua la...tapi, lepas diorang meninggal, baru mase tu kita nak rindu bebelan diorang, ke-bizi body-an diorang tu..tu orang kata tak reti menghargai nikmat Allah, ibubapa tu nikmat Allah tau!..so, aku tak nak entri ni panjang melampau-lampau, ni je nasihat aku: bising macam mana makbapak korang, celoteh macam mana pun, leceh ke, ape semua, korang terima dan hargai momen-momen tu (pahit manis) seikhlas-ikhlasnya sebab bila diorang takde, korang memang akan menyesal..sungguh~

sebelum korang klik tanda 'X' kat tab blog aku ni, sila NIKMATI video kat bawah ni..aku touched dengan video ni..malangnye, view count vid ni kat youtube tak sampai 300 pun..haih =.=" ..credit to videomaker =)



p/s: SAYA CINTA IBU AYAH SAYA!!!! ;D

updated: tadi cek vid ni kat youtube, dah lebih 300 view counts..alhamdulillah..some people hav notice this vid and started to spread the words..

Monday, 12 September 2011

Cubaan Pertama!!!

aloop...salam raya lagi...kali ni nak kongsi sket cer...pe cer?? haha..haritu masa besday adik aku mase raya ke5 (3 sept) aku ngan akak aku ada buat Chocolate Banana Cake ala2 secret recipe tu...famili aku menjadi kebiasaan akan buat homemade kek tiap kali besday sesiape dalam rumah ni..kek yang ni aku dah lama nak buat..ter-inspired dari kek secret recipe yang lecturer aku tempah masa majlis bbq kitorang sebelum ni..maka, tadaa...deco agak buruk sikit sangat sebab ni kali pertama kitorang buat macam ni..selalunye kitorang buat plain coklat moist cake (asyik buat benda sama, bosan la kan?) Inilah hasilnya:


Resipi: Bahan-bahan ( 9" atau 8" bulat, ketinggian 3" )

Kek Chiffon (Sumber: kejusedap-acx-comm.com)
30g serbuk koko
1/2C air panas
1st chocolate emulco/paste
4 kuning telur Gred A
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2st baking powder
1/2st soda bikarbonat
1/4C minyak masak
1st esen vanila
4 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar
65g gula kastor


Chocolate Mousse (Sumber asal: lindapurple@myresipi.com)
250g whipping cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je nondairy
whipping cream/fresh cream)
1st esen vanila
*1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air panas. Rehatkan 5min hingga gelatin
mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
50g serbuk koko + 80g gula aising, diayak bersama
1sb nescafe + 1 1/2sb air panas
*gelatin halal tu kalau taknak letak pun takpe


Chocolate Ganache simple
125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
100g coklat masakan
1sb butter

Cara-cara
1. CARA KEK: Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco).
Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, campurkan kuning telur, 100g gula kastor, tepung naik sendiri,
baking powder, soda bikarbonat, minyak masak, dan esen vanila. Masukkan larutan
koko tadi dan kacau rata.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan
separuh dari 65g gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul
hingga kental.
4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
selama 40min, 180C (bagi acuan 8" bakar 180C@45-50min) atau sehingga lidi yang
dicucuk kelihatan bersih.
6. Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.
7. CARA MOUSSE: Pukul whipping cream hingga kental/pekat.
8. Masukkan esen vanila. Sambil putar pada kelajuan perlahan, selang-selikan serbuk
koko+ gula aising dan larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang
suam) dan kacau hingga semua sebati.
9. CARA GANACHE: Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas. Masak hingga
coklat larut sepenuhnya. Ketepikan dan biarkan suam sebelum dituang atas kek.
10. CARA PENYEDIAAN KEK: Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan 1/3 mousse atas satu
lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah dua, lapiskan lagi dengan kek-2.
11. Sapukan 2/3 mousse, susunkan pisang dan lapiskan dengan kek ke-3. Sapukan seluruh
kek dengan baki mousse.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit. Kemudian tuangkan coklat
ganache dan hiaskan sesuka hati.
13. **Boleh buat separuh adunan, bakar dalam loyang bulat 6" ketinggian 3" untuk suhu
180C, 35-40min. Kek akan mendap sikit bila sejuk.




***Kalau korang kreatif, korang boleh ubah2 / edit balik resipi ni..kot2 nak letak pape kan..aku ngan kakakku ade ubah tp kitorang tak nyatakan dalam ni..KREATIVITI SENDIRI YA!!!

****untuk besday ibu baru-baru ni,kitorang buat kek Vanilla pulak + sedikit improvement dari segi kek decoration..hehe..resipi akan di-share kemudian ye :P

*****kredit untuk salah sorang post-er dekat MyResipi...aku amik kat situ pastu campur2 resipi kat blog2 orang lain gak..

beriya sunggoh la mamat nih...hahaha
p/s: ade angan2 nak jadik macam Cake Boss kat channel TLC Astro...haha

Daisypath Anniversary tickers