Sunday, 10 July 2011

salahkan lah diorang!!!

aku bengang je tengok orang salahkan polis pasal roadblock perhimpunan BERSIH tu..beragaklah, faham la keje diorang..ko pikir semua suka ke..diorang pun tau la yang korang tak suka roadblock-roadblock ni, diorang pun driver gak..haih

korang ingat tiap sorang tu ke yg cadangkan roadblock tu?! ni nampak polis tu wat roadblock, salahkan polis yg tgh r/block tu..kalau lain-lain tempat, tiap polis yg tiap tempat tu punya salah laa??  .. diorang ade organisasi lah, sah-sah la dapat dari yang tertinggi, diorang yang mengatur..yang lain dapat arahan je .. mana boleh nak lawan, dah memang amanah diorang .. korang pun tau la kalau langgar amanah tu besar mana dosanya..tak tau? tu baru betol bodoh! bukan polis tu yang bodoh..

aku marah ni sebab bapak aku terlibat sebahagian orang yang buat roadblock .. bila aku baca & dengar korang marah polis sekian-sekian walaupun tempat tu bukan tempat bapak aku, aku terase macam  bapak aku yang kena skali tau .. PIKIR LA! itu memang amanah diorang, kena laksanakan .. bukan melanggar hukum syara' pun, bengong tol la memasing .. kalau korang nak marah sangat, marah kat polis yang terlebih act kat perhimpunan tu yang sampai peserta BERSIH kena teruk tu .. haih =.=

Saturday, 9 July 2011

R A D I K A L | anak derhaka

Salam petang..rasa cam malas pulak nak berkias-kias untuk entry kali ni..so, stret tu de poin laa senang..radikal, radikal, radikal..sekarang ni heboh pasal BERSIH & PATRIOT .. aku bukan nak citer radikal yang tu .. ni pasal orang yang amik bahagian .. 

mula cerita, ayah aku didatangi mak bapak sorang student ni .. student KUIS, yup student tempat aku tengah belajar sekarang nih .. ayah aku kenal sangat bapak dak nih -- KAWAN dia .. pasangan makbapak ni mengadu kat bapak aku pasal anak laki diorng ni .. terlampau radikal sangat pasal demonstrasi, politik semua bagai ni .. dulu ade demo dekat kolej, dia salah sorang kepala demo tu .. masalah terbaru, BERSIH .. makbapak dia dah larang, suruh anak dia ni tarik diri dari BERSIH ni .. nak elakkan anak dia dari terlibat masalah akibat demo nih (penah jadi sebelum ni) .. tapi, nak tau apa anak dia jawab??

"MAK AYAH DAH NYANYUK!!" 

*ade lagi, tapi tak berapa nak ingat .. nak tekankan intipati dialog dia ni je..

di marahnya / dicacinya mak bapak sendiri sebab mungkin dia tengok mak bapaknye tak se-aktif & se-radikal dia .. Nauzubillah..derhaka ko ngan mak bapak ko .. lagi memalukan, dah la student Syariah; fakulti Akademi Islam .. belaja agama kemain lagi, tapi KUAJA ngan MAK BAPAK SENDIRI .. aku rase tu pasal ko tiap sem asyik repeat subjek je; banyak fail .. blaja taknak, sibuk berdemo sana sini, derhaka plak ngan makbapak..aku tak tau same ade dia kat kuis @ tak skang ni .. diikutkan patutnya dah habis tahun lepas .. tapi, terlampau banyak sangat repeat subjek .. skang tak tau ade ke tak, tak perasan pun .. kawan aku pun sebelum ni ade ajak mem BERSIH ni .. tapi, bila ibu aku perasan aku dah kearah situ, dia suh aku berenti & aku berenti .. aku tak berani nak membangkang semata-mata hal ni sebab aku dah merase akibat bangkang cakap ayah ibu aku ..

so, tak salah kalau nak berpihak mana-mana, siapa-siapa, nak berdemo sana sini .. islam sendiri menghalalkan demonstrasi-demonstrasi ni .. tapi, jangan lah sampai tahap derhaka dengan makbapak sendiri.. renung-renungkanlah..

Friday, 8 July 2011

Allah Sayangkan Kamu


Assalamualaikum..

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” 
(QS. 29:57)

kematian itu adalah suatu yang pasti. Tapi, manusia sekarang (tak terkecuali aku...mungkin??) cuba untuk menghindar kematian .. mungkin ni yang dinamakan penyakit al Wahn (Cinta dunia; takut mati) .. ramai yang terfikir yang kematian tu datangnye ketika usia tua .. sebab tu yang dikatakan majoritinya untuk "ENJOY DI USIA MUDA", banyak masa lagi, boleh insaf lain masa .. aku sendiri pernah terfikir benda yang sama, kematian ketika tua .. tapi, jika sudah ketentuan Allah untuk si folan bin si folan untuk mati pada hari tu, maka itulah yang akan berlaku .. tidak menunggu masa dan umur, bila-bila saja boleh ditarik nyawa kita .. tak mustahil mase kita tengah syok mengunyah santapan, boleh sampai ajal hanya kerana tercekik, mati ketika tidur, mati dalam apa jua keadaan yang mungkin tak terfikir pun oleh akal manusia .. kalaupun belum sampai ajalnya sesudah tua bangka, akhirat itu tetap ada .. hari kebangkitan tetap ada .. kematian itu tetap ada ..

bercakap pasal kematian, aku terima 2 berita dukacita dalam minggu ni:

1. anak kepada cikgu Haliza (cikgu yg mengajar aku BM masa sekolah rendah), baru kehilangan anaknye (darjah 4) kelmarin akibat lemas dalam kereta .. ada dalam berita semalam.

2. Bapa kepada seorang sadiq ku di KUIS, telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 4 petang td..

*bersama sedekahkan alfatihah kepada kedua-dua arwah & keluarga; semoga kedua keluarga arwah redha dengan pemergian insan-insan tersebut..

Al - Fatihah

Daisypath Anniversary tickers