Saturday, 2 April 2011

Bina Masjid...

السلام عليكم

selamat semua!!! bina masjid atau bahasa mudahnya, KAHWIN..hey, hey, bukan aku la eh..ni saja-saja nak cerita balik momen-momen masa sepupu aku kahwin yg baru berlangsung beberapa minggu lepas..sepatutnya dah lama aku update pasal wedding kazen aku ni, tp disebabkan masa tu aku belum kenal menatang blog ni, maka sekarang barulah nak di update pasal wedding tu..huhu..

sepupu aku yang baru bina masjid ni merupakan anak kepada makcik aku yang merupakan kembar mak aku (yup!! mak aku ada kembar!! aku suka!!! haha..) makcik aku kakak, mak aku adik..rumah & tempat majlis -- tak jauh, dekat je, paling dekat dengan kolej aku..kolej ape? takyah la amik tau..hehe..

Si gadis Suraya Othman yang disunting jejaka kacak, Nik Mohd Zulhakimi dari kelantan selamat melangsungkan majlis pertunangan pada tarikh keramat 11 Disember 2010..Majlis Perkahwinan kedua mempelai berlangsung pada 12 Mac 2011 (Bangi) & 26 Mac 2011 (Kelantan)..aku & famili hanya berkesempatan untuk hadiri majlis perkahwinan kt Bangi je sebab masa nak pegi Kelantan tu famili aku ada urusan yang tak dapat yang nak dielakkan..huhu..(sangat terkilan okeyh..huhu)..tema warna untuk majlis kat bangi ni oren/jingga/warne ikan emas??..maka, dengan itu haruslah semua famili n famili kembangan mengenakan persalinan dengan warna tu..(aku tak, masih lagi dengan baju signature aku = apa-apa saja baju yang berwarna HITAM) bak kata Rain (Clear) "Hitam nampak kemas!!" haha..ciss!!

okeh, bebel-bebel lebih pun tak guna..meh kita belek-belek gambar-gambar yang aku snap sepanjang majlis perkahwinan..

*klik gambar untuk tumBESARan yang sihat...hehe

**mase event-event best majlis nak habis baru aku perasan function Extreme Macro mode yang bagi close-up snapshot yang terbaek punye..wuhuhu..dapat guna sikit je function tu..(sangat bengang okeh!!)


...:::Klik-klik Wedding by FarhanZukri:::...

Camera: Sony Cybershot
Model: DSC-T77
Venue: Bukit Mahkota Club House, Bandar Bukit Mahkota, Bangi


~ ni masa majlis pertunangan ~
(Solemnization)

--::yang dibawah ni mula Majlis Kahwin::--
(Reception)






p/s: kawan-kawan aku ada yang dah mula 'bina masjid' ni..aku ni bila la ye?? hehe..gatai angpa naa..pi blajaq tinggi-tinggi dulu, keja baguih-baguih dulu baru minang anak orang..huhu..

No comments:

Daisypath Anniversary tickers