Thursday, 28 March 2013

creamy ke-puff!!!

Dua bulan tak update dan bersawanglah blog ni..tuptap harini update terus nak kongsi pasal resepi kueh yang baru dibakor baru-baru ni..sebelum tu, meh belek dua tab yang baru patik masukkan yakni, GarisMasa Twitter & Tweet Favorites..oyeah..dalam dua bulan ni memang saye layan tweet lebeh, tu salah satu punca tak ter-update blog juge..okeh, sebelum itu juga..gazillion tenkius kepada blogger memerangkap klasmet kolej, Anasyg atas kesudian beliau memberikan dua header baru sebagai pengganti header gua sebelum ni yang buruk abadi..haha..ni, belek bawah ni..

 

dan gua telah memilih header yang putih (ke ada yang prefer saye guna yang gelap tu?)..okeh, kembali berpijak, eh, menaip pada tujuan asal entri ni..haritu me & my sis ada buat this baking project..seperti kebiasaannya kalau kakak gue ada kat rumah, tiap minggu mesti buat satu baking project..hohoho

kali ni kitorang buat paf krim (ini dalam be-em) kalau dalam english, they call this, CREAM PUFF..kueh ini sesuai kalau nak bake untuk teatime..ala-ala minum petang dengan kuih tiga singgit tapi kali ni dish western & buat sendirik..simple aje..lets begin!

tadaa~ ni haritu punye >.<


..::bahan pastri::..
200 gm butter
500 ml air
250 gm tepung
6 biji telur
step:-
1- satukan air + butter dalam periuk, didihkan
2- tutup api, tuang tepung sikit2, kacau
3- masukkan telur sikit2, pukul guna mixer
4- masuk dlm piping bag & paip dlm dulang (alas kertas minyak)
5- bakar 15 mins, suhu 200'C (sampai brownish senang citer)
nota:
1- lepas dah paip dalam dulang, terus masukkan dlm oven cepat supaya tak hilang ke-fluffy-ness puff tu..
2- jgn bukak penutup oven sebab nanti suhu turun mendadak, jatuh puff tu tak kembang..dah masak baru bukak..
3- bahan pastri ni sepatut nye pekat & likat supaya kalau dah paip nanti dia tak melapuh kalau tak hilang bunga dia..dah tak cantik..nak bagi pekat, kacau atas api (sambil-sambil kacau, kalau tak berkerak pulak kang)

..::cream custard filling::.. 

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard ~ boleh tambah sikit tepung jagung untuk 
pekat
1/2 cawan gula ~ boleh tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
1 cawan (250ml) Non Dairy Whipping Cream
step:-
1- Ayakkan tepung terlebih dahulu
2- Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
3- Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.
4- Kacau hingga adunan sebati
5- Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
6- Kacau rata
7- Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
8- Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
9- Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
10- Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
11- Biarkan ia sejuk
step isi filling:-
1- gunting kecik kat puff (cukup untuk masukkan tip piping bag)
2- paipkan kastard krim kat dalam puff
3- kasi terkeluar sikit krim tu..haha
nota:-
1- JANGAN buh krim whip awal-awal..time nak paipkan dalam puff baru kaup balik krim tu dengan kastard
TIPS:-
1- fluffy whipping cream: buh krim dalam bekas besi/glass yang diletakkan dalam bekas lain berisi ais..dengan kelajuan sederhana, pukul guna mixer sampai kembang, JANGAN lama sangat sebab nanti krim jadi terlampau kental.


p/s: disebabkan resipi ni boleh tahan panjang & kawan suruh post cepat sebab dia nak, so, saya kopipes dari fb saye & menyebabkan font agak tak sama & ada kotak putih kat tulisan resipi tu..

p/s/s: untuk kenduri abang sulong nanti teringin nak buat simple kek/kuih untuk letak kat goodie bags..tapi xtau jenis apa yang save budget sebab nak buat lebih 1000 unit..muffin choc? ini step awal nak start bisnes kek..cam bese tinggalkan no tepon kat bekas kek tu..haha