Sunday 30 October 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

Buat julung kalinya , dua blog hebat ni bergabung untuk membuat satu segmen..pukul 8 ni habis (lasy minit betol ni..huhu)




Soalan:
Apa persamaan kedua-dua blog mereka ni?

Jawapan:
-owner molek (sorang cantik n sorang kacak)
-follower ramai melantun lantun
-blog hebat (???)

Soalan:
 Berikan pendapat macam mana nak majukan blog mereka?

Jawapan:
 macam tak kena je soalan tu, selalunya blog lain yang maju sebab blog diorang..banyak ilmu blogging dari dua blogger otai nih



update: tanx to anda2 yg sudi singgah n tanx a bunch (!) kepada yg folo blog ni, sebagai tanda apresiasi, ku kan folo blog korang juge..


[segmen] TAG

Assalamualaikum...disebabkan tengah takde idea nak citer ape kat blog buat sementara ni, aku jawab blog tag kawan aku lah yerp..ape tu blog tag?..blog tag ni (ikut kefahaman aku) ialah bila ade blogger lain yang jawab soklan dari tag blogger lain dan mereke buat soklan baru untuk di jawab oleh mereka-mereka (bloggers lain) yang bakal di tag..dan seharusnye blogger yg akan di tag tu kena buat benda yang sama..kekunci segmen tag ni ialah, ianya berterusan!!! so, sape yg dah kena tag tu sambung la legasi nye..(tak nak jawab tag tu pon takpe..huhu)

Blog si gadeeszz maniszz Ziey Mazzyha

*aku nak tag sape nih?! blog-mates aku bukan ramai yang blend in segmen cenggini..ok lah..lihat bawah ye

The rules :
- You must post these rules.
- Each person must post 11 things about themselves in their journal.
- Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
- You have to choose 11 peoples to tag and link them on the post.
- Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
- No tag back!

No stuff in the tagging section about ' YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 peoples.

11 things you guys ought to know bout me:

1- love to make friends but never know how (comm prob = =")
2-  turning forever 21 next 09th February 2012
3- gila online smpai ibu pun dah bising (i learn new things from on9 tau!)
4- aku suka buat kek/kuih/biskut/bun/ape2 yg melibatkan pembakaran oven/kukusan (member adik2 aku pelik sebab aku reti buat semua ni sebab aku lelaki)
5- jangan borak-borak ngan aku time nak tido, nnt korang kecewa sebab no reply (aku cepat tido)
6- cadang nak terus kahwin lepas cukup tabungan aku...hehe
7- di gelar escalator (spt sifat escalator yang ke atas, aku selalu menambah-nambah ape-ape yang kawan aku ceritakan smpai kadang-kadang memecahkan perot-perot mereka akibat gelak tanpa kawalan)
8- suka berbelanja untuk kesayangan (famili, kengkawan, blog-mates??)
9- my friends is my family
10- UNIK!!!! haha

Soklan dari Ziey Mazzyha

1.Best word describe you?
Terengganu 

2. Black or White?
both (checkered) 

3. Am I annoying? HAHA
some times lah 

4. Music or Movie?
me prefer music 

5. Do you have gf/bf?
nope, dun plan to hv 1 for now 

6. Coffee or Milk?
MIX 

7. Hows my blog?
cutiee!! 

8. Present or Surprise?
present..dont like surprises much

9. The thing you love the most?
ukhuwwah (families n friends)

10. The thing you hate the most?
backstabber
11. Does this game bother you? 
quite (but not much) haha

I'm not feeling of tagging anyone to this post for now. Maybe some other time (or ade sape2 mau aku tag blog dia? kalau ade nnt aku buat lah soklan2 untuk korang jawab)..Till then ~ cheerios

si Anasyg pon ade tag soklan dr dia gak..nanti2 lah..aku kt cc nih, ade time limit

Friday 21 October 2011

sewa bilik kat orang lain?? berhati-hatilah kerana...

Assalamualaikum...

selalu kalau ade bilik kosong kat rumah tu daripada dibiarkan tak diguna pakai, baik disewakan kat orang lain kan?? paling kurang pun ade teman & dapat income sikit...tapi, nak sewakan kan pun kena berhati-hati sekarang ni..dengan jenayah rompak & samun yang semakin menjadik sekarang ni, mase dalam proses penyewaan tu pun boleh berlaku kecurian / rompakan...meh bace kisah-kisah kat bawah ni haa...




KISAH 1

Seorang student universiti buat iklan tentang bilik untuk disewa kat rumahnya. Satu hari tu, ada seorang perempuan (W) nak datang untuk tengok bilik dan dia bersetuju untuk menyewa. Jadi, pada hari yang dijanjikan, student ni tadi pun tunggu kehadiran (W). Sesampainya (W), dorang pun berkenalan dan kata sepupu (W) tunggu kat bawah dan (W) nak pergi ambil barang. Student ni tadi pun, dengan dasar kepercayaan  tak tunggu (W) angkat barang semua, dia pun pergilah mandi sebab dia nak bergegas ada kerja.  Waktu kejadian, takde penghuni lain kat rumah. Bila habis mandi, dia tengok dalam bilik dia, laptop hilang, handphone hilang, beg duit semua dah takde. Sah! Dia kena rompak. Dia cari (W), memang takde dah. Tu satu hal, dia pun nak buat laporan polis. Pada hari yang sama, (W) tu tadi, mesej kat semua nombor yang ada dalam phonebook student tadi dan menyamar jadi student tu. Dia cakap kat kawan-kawan student tu mintak topup sebab dia dirompak. Maka menderu-derulah kawan-kawan student tadi tolong topupkan. Jadi, W bukan sekadar rompak student tu, malahan rompak kawan-kawan student tu sekali. Then, dia pun buat laporan polis. 

Pakcik polis cakap, kes dia ni tak seberat mana...ada kes lagi dasyat. 


KISAH 2

Sama macam student tu, ada orang datang nak sewa bilik. Tengok bilik dan setuju. Lepas tu bayar deposit. Bila dah bayar deposit, satu malam penjenayah tu tidur rumah tu, esoknya bila semua orang pergi kerja / kelas. Penjenayah tu buat operasi. Dia angkut semua barang-barang dalam rumah tu. Mesin basuh, tv, peti sejuk, laptop semua penghuni rumah tu dan segala barang-barang berharga. Dia selongka semua. Takde tinggal satu pun. Dasyat kan???Pakcik polis tu bagitau, sekarang ni memang musim kes rompakan dan pecah masuk rumah yang sebegini. Berkemungkinan penjenayah tu adalah orang yang sama. Memang bahaya lah macam tu. Semua barang kita dia angkut. 


in a nutshell, haruslah berhati-hati kalau mau sewakan ruang-ruang kat rumah tu kepada siapa-siapa pun (termasuklah PEREMPUAN, adakah anda tahu? mereka ni pun ade skill merompak jugak)..jangan mudah percaya pada orang lain!! ^^,

SUMBER & KREDIT kepada: http://coklateyes.blogspot.com/

Wednesday 12 October 2011

[Music] Malaysian English Hitz

disebabkan cuti sem ni aku tak banyak benda sangat nak buat, banyak masa aku habis kat internet (jangan ikut, gaya hidup tak sehat) dengan bertemankan stesen radio peberet aku, Hitz.fm (feveret slot: Morning Crew with JJ n Ean)..ada dua lagu inggeris artis malaysia yang aku rase dah pun naik ke taraf international..bukan "falling in love ~ dato' siti nurhaliza"..tapi dua lagu ni:

1st: Tear Us Apart by Nadhira ft Ron E Jones


2nd: Take Over by Mizz Nina ft Flo-Rida


Antara dua lagu ni aku paling suka yang 1st (nadhira) & tak suka lagu Mizz Nina tu...ada sebab-sebabnye:

- Mizz Nina guna autotune laaa...ape ni...lagu nadhira tu elok je, perfecta!!
- lokasi: Mizz Nina kat Miami Beach (punya la jauh + membazir gila la) & MV dia macam selekeh je; Nadhira plak kat area Bukit Bintang je, tp tetap boom boom pow punye!!
*kat YouTube ade yang komen MV Mizz Nina tu baek buat kat pulau tioman ke, pulau perhentian ke, langkawi ke..jimat duit & dapat gak promosi Malaysia kat orang luar nun..pulau2 kat Malaysia ni pun cantik gak
- kat carta2 radio, lagu Nadhira tolak lagu Mizz Nina ke belakang wooo...see...
- kelakar tengok gaye Mizz Nina dalam MV dia..huhu
- ade lagi, tapi lupa dah laa..haha...nnt2 kalau teringat lagi, aku update la pasal ni..

p/s: mungkin ade ayat-ayat sumbang macam "dia punya hal laa, ko plak bising", "duit dia, biar je lah"  & seangkatan dengannya..well, it is open for interpretation n argument..then, this what i've said..so, what say you? 

UPDATE: classmate aku selamat bersalin anak sulung beliau (alhamdulillah n syukur!!) jam 1 pagi tadi..aku akan post pasal anak beliau once kitorang (classmatenye; more to family actually) jenguk beliau & anaknye nnt..murah rezekimu dapat anak seawal umur 20 tahun..still, smoga tak ganggu pengajian kau..we still have one last semester to spend..it'll be no fun w/out you being beside us all..huhu..again, congratz!!!

Tuesday 11 October 2011

SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER

Okeh, ni first time aku join segmen kat dunia blog ni..yang ni segmen dari Haris Kaito...1st time join segmen & aku baru nak add si Hariz Kaito..dah banyak kali baca pasal dia melalui blog kakak kepada classmate aku kat kolej, Innanie Ariffin...tiba-tiba kali ni tergerak nak join sekali..

Klik gambar ni untuk detail segmen ..,..hehehehe


meh join beramai-ramai...betulkan niat masing-masing ye...niat untuk carik kawan blogger yang sesama minat ber-blog..boleh kongsi pendapat, kongsi cerita, mengumpat, mencaci maki dan segala meng..hehe...okeh, dah2..jom..sebelum join segmen ni, sila folo haris kaito (& aku juga) dulu..hehehe

olfaksi dan memori

Olfaksi atau dengan bahasa mudah difahami secara generalnya bermaksud bau-hidu-bauan yang hanya boleh dikecapi dengan nikmat organ hidung pemberianNya. Memori a.k.a. kenangan, ingatan; satu pengalaman yang dialami oleh individual ketika masa lampau samada secara sedar (conscious) atau separa sedar (subconscious) yang terpahat dalam pale otak memasing..

*sniff* *sniff*
okeh, cukup dengan sesi kamus dewan bahasa edisi sendiri-sendiri..malas nak leter panjang, maka, stret tu de poin..sebelum tu, aku nak bagi satu situasi dulu ( ni nak bagi korang idea pasal ape entri ni)

SITUASI
-korang tengah berjalan syok sendiri sambil menyepak batu-batu kerikil di sepanjang jalan sambil menghirup udara segar, menikmati langit biru, mencuci mata dengan hamparan hijau pokok-pokok serai (ok cukup), TIBA-TIBA (ape ni?!) korang terbau satu bauan & tiba-tiba (lagi?) keluar gambar-gambar dalam pale otak korang (memori la tu) yang kait mait dengan bau yang korang bau tadi??

Get the idea? tak?..okeh2, contoh lain...ko tengah (ape saje yang korang nak buat), lepas tu korang terbau satu bau sampah yang tengik gila babeng lalu korang tersenyum..tersenyum sebab dari bau tu korang tiba-tiba teringat saat-saat ko ngan member sekolah dulu fly keluar pegi bandar/pekan mase waktu skola, what a sweet moment (bukan pengalaman aku, okeh!)..faham dah? huhu..

Aku pernah alami benda ni & aku suka...ni adalah salah satu cara untuk aku kenang balik masa-masa sweet kat sekolah dulu...kalau macam aku, masa duduk hostel dulu aku suka pakai perfume Silky For Men ~ Aura..tau kan? tapi lepas dah habis sekolah tu aku dah tak pakai dah..tapi, ade satu hari tu aku pegi Guardian Pharmacy sebab nak beli barang personal (ape tu? ngeh3)..dan aku ternampak perfume tu & saje-saje testing..bila dah terbau tu, tiba-tiba imej-imej zaman skola dulu terimbas balik..oh, sangat best (dan sentimental gak, huhu)..aku tau perfume yg kawan-kawan aku guna & kadang bila aku nampak perfume-perfume tu kat kedai & bau je, teringat balik mereka-mereka yang guna perfume tu..

Ni sebenarnye salah satu cara korang nak ingat/rekod memori korang tentang sesuatu (ade banyak lagi cara lain, tapi yang ni macam LAGI BEST) eh, MyVi ke ni..haha..okeh, balik semula..umum sedia maklum dengan kebolehan otak manusia, otak kita ni merupakan THE BEST recorder yang pernah wujud kat dunia ni..untuk yang ini, macam aku biasa buat..sesetengah tempat & masa, aku gunakan satu jenis minyak wangi je (macam kat skola tu)..dah tu, bila dah lama terpisah, aku bau balik bauan tu, aku akan ingat kenangan yang pernah berkait dengan bau tu..OTAK & BADAN KITA HEBAT...katakan 'saya sayang diri saya' (macam program motivasi diri pulak dah kan)

Aku ade jumpe artikel-artikel pasal olfaksi dan memori ni dan semua tu panjang-panjang belake! (susah nak ringkaskan kat dalam ni)..disamping olfaksi ni, boleh jugak kita guna auditory (bunyi, bunyian)..macam lagu ke, ape-ape rentak ke, yang boleh buat korang teringat zaman lampau korang yg berkait dengan bunyi-bunyian tu..nak bagi contoh pasal ni nanti makin panjang pulak kang & masa dah time kan..so, aku end-kan entri ni sampai sini je..sebelum blah kan diri "Sayangi Diri Anda, Hargainya because You Worth It!)..ececece

thats it, Have a Blast day & Happy Blogwalking / Reading

p/s: okey..baru seminggu keluar sijil L keta n instructor aku dah suruh amik test QTI isnin ni..aaaa, aku macam tak redi je ni..baru takteh takteh memandu keta..mengadap je la..huhu ^^,

Wednesday 5 October 2011

Wordless Wednesday #7 | YUM!!!




Destinasi harini (tadi laa)

Salam semua n evening peepz!! okeh..entry taip lelaju..harini keluar pi lowyat, amik laptop member yg hantar untuk repair minggu lepas..tapi , takleh repair sebab motherboard rosak, orang tu suruh hantar kilang (kejadah pulak dah kena pegi kilangnye, kat subang jaya la pulak...seksyen 14)..disebabkan hari masih muda, kitorang rerayau area BB (what is that?!..teka la sendiri..muahaha)..pastu pusing-pusing kat dalam TS n singgah Krispy Kreme (yang mana membuatkan aku lebih sayangkan Big Apple)..

pastu ingat nak lepak kat titiwangsa, tapi dah lewat pulak..balik nek LRT pastu tuka KTM..part nak balik takbleh blak..ramai plak aku jumpa pelanduk dua serupa..sorang macam junior course kat kolej aku, lagi 2 orang macam member kolej (course lain-lain), sorang lagi macam member skola dulu..

nak buat kan cerita, salah laluan..patutnye aku naik LRT ke Sri Petaling, tapi ternaik hala ke Ampang..terpakse tukar, jaga/polis yang jaga pagar buat hal bising-bising "ni kena bayar double ni"..arghh! pedulik pe..aku nak cepat...tukar balik n pulang...dah sampai stesen KTM Sg Gadut (stesen baru tu), dah masuk maghrib..malas nak kol cab (teksi)..lalu jalan lah kaki dengan gaya perlumbaan jalan laju-laju macam pondan tengah buat catwalk (sengal nyer perumpamaan)..haha..15-20 minit jalan & sampai rumah...rehat-rehat n taip blog ni..kbai!

p/s: hujung minggu ni akak sulung balik n kami nak buat kek besday adik yg dah ter-delay seminggu sebab minggu lepas akak takleh balik..aku pun plan tambah nak buat cupcakes pertama aku minggu ni gak..yeah!!

Saturday 1 October 2011

SELAMAT BERCUTI !!!

short entry:


SELAMAT BERCUTI SEMESTER KUIS-MATES SEMUA!!! ENJOY YOUR HOLIDAY EH...

*to DELS 5, we might not enjoy our holiday kan...huhu..selamat mencari bahan-bahan research paper (thesis) masing-masing ye..jumpa masa test MUET nanti..haha ;P

Daisypath Anniversary tickers