Wednesday 28 September 2011

T H E S I S | Sebuah Perjalanan

salam lewat malam semua...having supper eh? (too late for that dont ya think..huhu..ignore me)...speaking omputih terlebih time nih sebab baru dapat tau lecturer yang akan supervise aku punya proses pembuatan thesis..it's a 'yeay'? i guess?

OMAIGOD! OMAIGOD! OMAIGOD!
(kami punye tak laa setebal ni) =.="

untuk makluman, thesis aku berkenaan bahasa internet (slang / shortforms yang korang selalu guna dalam chat, comment, ape2 je secara online)..contoh: ROFL, FTW, LOL, TTYL, TTFN, GTG, & sebagainya..disebabkan online itu terlampau luas, aku kena pilih dan aku pilih Facebook...kawan aku yang dalan field yang sama pilih online gaming..aku still keliru sebenarnye sebab tak ramai guna (kalau ramai pun cuma aku yang tak perasan kot)..oleh itu, kalau korang online Fb & ade orang yang guna shorforms tu, sila printscreen  n inform aku..itu untuk sample of the study yang akan aku lampirkan dalam thesis aku..huhu..terima kasih kalau sudi bantu..kalau Fb ni gagal, aku mungkin kena tukar ke lain pulak (blog, twitter, skype, ape2 je)..itu la aku nak mintak tolong dari korang2 semua..huhuhu

*GOOGLE pun slanga internet jugak sebab ade yang gunakan 'google' daripada 'search'
contoh ayat:
A: do you know anything about this?
B: no!
A: well, go 'google' for it!

** si A gunakan 'google' untuk 'cari'...see??

p/s: aku bakal mulakan tweet; tweet dengan TWITTER dalam cuti sem nanti..hihihi..asyik tengok orang tweet je..

Sunday 25 September 2011

Family Outing ~ enjoy much..

evening y'all...ari sabtu n ahad (semalam n arini), aku n family dah pun pegi ke Tiara Beach Resort, Port Dickson..huhu..tahun ni nyer family day agak best sikit sebab complete seploh orang 1 family ade..kalau macam tahun lepas, ade yang keje, ade yang ade program lain laa..tapi, tahun ni cukup semua family members..Family Day ni anjuran PDRM NS..

dalam best-best, ade je yang tak best..yang tak best nyer ialah tempat tu tak menghadap pantai (takde beach view) & fasiliti hotel tu kureng...bilik dia kecik, berbau pelik (kedap2 gitu), kejap sejuk, kejap panas (diorang tak bagi remote aircond) & ade lagi laa..tapi, diorang ade taman tema air macam kat sunway lagoon (yang ni tarikan utama laa)..mula-mula datang memang komplen habis laa..tahun lepas punya tempat kat Permaisuri Hotel n Resort walaupun tak seluas Tiara tu, tapi gila selesa..orang putih kata, feels like home..ececece..

long story short, sampai-sampai check in - simpan barang - mandi manda berjimba kat taman tema air tu - nak dekat maghrib, balik siap siap - makan malam...makan malam kat ballroom hall kat Tiara tu (saya suka, saya suka..haha)..kalau dah makan dinner untuk program family day ni haruslah standard hotel-hotel lah kan..muahaha..hari yang sama, ada 20 lebih pegawai yang baru habis latihan lapor diri kat kontinjen negri sembilan..sebagai freshie, kena la hazing dari pegawai-pegawai senior..tade ape sangat pun, semua kena pegistage depan & menari poco-poco je (kelamkabut gak laa masing2..muahaha)..ahad (arini) tak dapat enjoy sebab kena balik pagi-pagi lagi sebab adik2 nak siap balik hostel n akak pun nak balik uitm, kena gerak awal..huhu..ape-ape pun, tetap enjoy!~

**aku main gelongsor air kat situ!!! tapi disebabkan density fizikal aku yang tinggi, aku lambat menggelongsor kebawah..adik aku yg turun lepas aku collide dengan aku dan berlaku perlanggaran momentum yang mana membantu menaikkan daya tujahan aku untuk gelongsor dgn lebih laju ke arah kolam...haha (terminologi fizik sukahati)

"meja no 22 please" (langsi laaa..haha)
nih siket video (carik mana aku..haha)

taman tema air


dinner kat ballroom Tiara


tunggu emcee habis bebel untuk pegi SORU!!

Sikit nasihat: kalau korang nak tido lepaking kat PD, pilih antara 3 tempat ni:

  • Permaisuri Hotel n Resort
  • Thistle Hotel n Resort
  • Palm Spring Hotel n Resort

**3 tempat ni ade beach view yang sangat (tersangat!) cantik disamping kemudahan yang superb!!!

makanan telinga ~lalala



midnite peepz!! saje nak share beberape MV yg aku belek baru-baru nih kat YouTube | ENJOY!

Scatman John ~ Scatman (Ski Ba Bop Ba Dop Bop)


Coldplay ~ Every Teardrop is a Waterfall


Florence and the Machine ~ Dog Days are Over

*sekarang ni tengah tunggu next paper (last paper untuk sem ni), sementara tengah bosan tunggu, layan perabis la MV YouTube (sambil2 study ye..haha)

Wednesday 14 September 2011

Wordless Wednesday #6 | Addicted



*klik gambar untuk details mengenai Wordless Wednesday

jom P E R A N G ! ! !

THIS IS SPARTA!!!!...hoih, bukan perang tu woh...ni nak pergi perang ngan kertas jawapan exam...huhu...sekarang ni dah masuk final exam untuk sem ni...tak lupa gak yang ber-UPSR, ber-PMR ngan ber-SPM...waktu hujung-hujung tahun ni la exam melambak-lambak datang jenguk..meh la, meh laa..huhu..

okeh..for those who will be seated for major exams, I wish you guys the very (very,very..) best of luck!!! do study till the last minutes & not study at the very last minutes...remember, study smart n hard..the result of your exams shows your efforts (you reap what you sow)..so, give your best n you'll have the best result..

hohoho...aku skang dalam sem 5..1 semester lagi untuk aku selesai urusan diploma (aduh, lepas sem 6 ade praktikal 3 bulan..tambah derita). doakan supaya aku n kawan-kawan sekolej lulus cemerlang, bak kata omputih: with flying warne..smoga aku n kawan-kawan aku lulus untuk sem ni, takde orang akan repeat subjek sem ni mase sem depan (nak graduate sama-sama la weh..kalau ade repeat paper, tak best laa)...smoga perjalanan proses menyiapkan thesis paper masing-masing berjalan lancar..huhu..

Untuk mereka-mereka yang akan mengadap exam wajib mesia (UPSR, PMR, SPM) buat terbaik wok!!! aku doakan korang semua dipermudahkan urusan n diterangkan hati (supaya senang n tenang) nak jawab exam nanti...dah keluar result nnt halo-halo la aku..okeyh, 'm off..b4 that, again, best of luck in your exams!!! hit them the best u can yaw!!! haha


p/s: ade kawan aku respon bila aku post gambar ni merata..katanya "we dont need luck, we need knowledge"..yup, i do 2nd that..but, duh! u guys r muslims..'luck' kat atas ni kira aku DOA-kan yg terbaik untuk kau..faham? what i was trying to say is, ilmu itu memang perlu, tapi, DOA PUN PERLU JUGAK...get it? good..hahhah..:P

Tuesday 13 September 2011

ayah + ibu = eternal love



"Sayangilah Ibu Bapa Anda" atau "Hargailah Orang Yang Tersayang Selagi Mereka Masih Ada" dan apa-apa frasa yang seangkatan dengan nya..."alah, ni tajuk/topik cliche lah"..oke2, aku tau tajuk ni selalu sangat digebang-gebang merata & masing-masing (termasuk aku) tengok macam biasa je; takde pape...aku pun tak tau kenape terdetik nak post pasal mak bapak nih..sebab baru tgok satu video ni kat YouTube kot (aku akan share-kan kat post ni)..

satu lagi ayat cliche yang aku nak kongsikan..taknak bace? ah! bace je..ni ha

"Seorang Ibu Boleh Menjaga SEPULUH Orang Anak, Tapi Sepuluh Orang Anak Tak Mampu Menjaga Seorang Ibu

kenapa ibu je?? alahai, untuk ayah pun boleh laa..tukarla perkataan 'ibu' tu ke 'ayah'...korang tak panggil ibu tapi panggil mama? ummi? mummy? megi?..banyak soal, aku sekeh je kang...haa, melalut lebih dah ni..patah balik...

semua yang dinyatakan dalam video tu, aku sendiri persoalkan diri aku sendiri.."Mampukah Aku?"...aku ni sorang yang cepat loose temper, orang bising = aku melenting balik..kalau ayah aku bebel2 aku pun, aku ngaku aku ade menjawab..huhu..aku terfikir, bila orang tua aku dah tua terbaring atas katil nanti macam mana la ek? aku berpengalaman jaga arwah atuk aku yg strok masa aku form 3 dulu...siyes, mencabar dan menguji kesabaran..tambahan dengan pressure PMR..aku pernah betul2 bengang & melenting depan arwah atuk aku (ngaku lagi)...bila dah camtu, aku cuak terfikir balik persoklan tadi tu..

bila orang tua kita membebel, tanya benda-benda personal lebih-lebih, kita fikir diorang ni menyibuk la, bising la, ape semua la...tapi, lepas diorang meninggal, baru mase tu kita nak rindu bebelan diorang, ke-bizi body-an diorang tu..tu orang kata tak reti menghargai nikmat Allah, ibubapa tu nikmat Allah tau!..so, aku tak nak entri ni panjang melampau-lampau, ni je nasihat aku: bising macam mana makbapak korang, celoteh macam mana pun, leceh ke, ape semua, korang terima dan hargai momen-momen tu (pahit manis) seikhlas-ikhlasnya sebab bila diorang takde, korang memang akan menyesal..sungguh~

sebelum korang klik tanda 'X' kat tab blog aku ni, sila NIKMATI video kat bawah ni..aku touched dengan video ni..malangnye, view count vid ni kat youtube tak sampai 300 pun..haih =.=" ..credit to videomaker =)



p/s: SAYA CINTA IBU AYAH SAYA!!!! ;D

updated: tadi cek vid ni kat youtube, dah lebih 300 view counts..alhamdulillah..some people hav notice this vid and started to spread the words..

Monday 12 September 2011

Cubaan Pertama!!!

aloop...salam raya lagi...kali ni nak kongsi sket cer...pe cer?? haha..haritu masa besday adik aku mase raya ke5 (3 sept) aku ngan akak aku ada buat Chocolate Banana Cake ala2 secret recipe tu...famili aku menjadi kebiasaan akan buat homemade kek tiap kali besday sesiape dalam rumah ni..kek yang ni aku dah lama nak buat..ter-inspired dari kek secret recipe yang lecturer aku tempah masa majlis bbq kitorang sebelum ni..maka, tadaa...deco agak buruk sikit sangat sebab ni kali pertama kitorang buat macam ni..selalunye kitorang buat plain coklat moist cake (asyik buat benda sama, bosan la kan?) Inilah hasilnya:


Resipi: Bahan-bahan ( 9" atau 8" bulat, ketinggian 3" )

Kek Chiffon (Sumber: kejusedap-acx-comm.com)
30g serbuk koko
1/2C air panas
1st chocolate emulco/paste
4 kuning telur Gred A
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2st baking powder
1/2st soda bikarbonat
1/4C minyak masak
1st esen vanila
4 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar
65g gula kastor


Chocolate Mousse (Sumber asal: lindapurple@myresipi.com)
250g whipping cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je nondairy
whipping cream/fresh cream)
1st esen vanila
*1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air panas. Rehatkan 5min hingga gelatin
mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
50g serbuk koko + 80g gula aising, diayak bersama
1sb nescafe + 1 1/2sb air panas
*gelatin halal tu kalau taknak letak pun takpe


Chocolate Ganache simple
125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
100g coklat masakan
1sb butter

Cara-cara
1. CARA KEK: Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco).
Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, campurkan kuning telur, 100g gula kastor, tepung naik sendiri,
baking powder, soda bikarbonat, minyak masak, dan esen vanila. Masukkan larutan
koko tadi dan kacau rata.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan
separuh dari 65g gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul
hingga kental.
4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
selama 40min, 180C (bagi acuan 8" bakar 180C@45-50min) atau sehingga lidi yang
dicucuk kelihatan bersih.
6. Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.
7. CARA MOUSSE: Pukul whipping cream hingga kental/pekat.
8. Masukkan esen vanila. Sambil putar pada kelajuan perlahan, selang-selikan serbuk
koko+ gula aising dan larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang
suam) dan kacau hingga semua sebati.
9. CARA GANACHE: Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas. Masak hingga
coklat larut sepenuhnya. Ketepikan dan biarkan suam sebelum dituang atas kek.
10. CARA PENYEDIAAN KEK: Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan 1/3 mousse atas satu
lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah dua, lapiskan lagi dengan kek-2.
11. Sapukan 2/3 mousse, susunkan pisang dan lapiskan dengan kek ke-3. Sapukan seluruh
kek dengan baki mousse.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit. Kemudian tuangkan coklat
ganache dan hiaskan sesuka hati.
13. **Boleh buat separuh adunan, bakar dalam loyang bulat 6" ketinggian 3" untuk suhu
180C, 35-40min. Kek akan mendap sikit bila sejuk.




***Kalau korang kreatif, korang boleh ubah2 / edit balik resipi ni..kot2 nak letak pape kan..aku ngan kakakku ade ubah tp kitorang tak nyatakan dalam ni..KREATIVITI SENDIRI YA!!!

****untuk besday ibu baru-baru ni,kitorang buat kek Vanilla pulak + sedikit improvement dari segi kek decoration..hehe..resipi akan di-share kemudian ye :P

*****kredit untuk salah sorang post-er dekat MyResipi...aku amik kat situ pastu campur2 resipi kat blog2 orang lain gak..

beriya sunggoh la mamat nih...hahaha
p/s: ade angan2 nak jadik macam Cake Boss kat channel TLC Astro...haha

Sunday 11 September 2011

Karipap karipap cinta best woo!!!

haha...aku gelak kat diri sendiri sebab aku cakap citer KKP tu best!! cam harem kot..entah lah..aku tak tengok lagi..minggu lepas aku ngan member-member skola dulu pi layan Hantu Bonceng kat TGV Seremban 2..terbaik toq wa cakap lu...wakakak..aku tak gheti nak cakap bahase rempit ni..ape celup rempit-rempit?! haha..keluar lagi..

Aku ade belek-belek blog Aliff Cullen pasal KKP...gilak laa..citernye kos produksi untuk KKp ni sampai rm1.90 juta...tapi, kutipan kasar setakat ni rm 190 000 je...sepuluh kali ganda rugi wooo...kalau macam tu, baik tak payah buat movie..

ada yang cakap salah satu faktornye ialah si Gambit Saifullah yang tak habis mintak kene reject ngan orang mesia nih..tangan + mulut yang kuat menganjing bila bengang (gambar bawah)..sebelum ni ade yang kepoh pasal MV lagu Prema Yin (arahan si GS gak) yang ade aksi lucah Shah Jaszle + Prema Yin..haih..macam mana orang nak jadik fan ko kalo perangai sebegitu hanjing...


tambahan, citer KKP tu heroin nye (Melia Aimellia) dalam citer tu merupakan pelajar terbaik lepasan al-Azhar..universiti yang tip top kat timur tengah tu..sekali tengok trailer, tudung nampak jambul, baju memang 'labuh' la, 'longgar' lagi..tak sangka la kan pelajar terbaik dari Azhar mesir camtu kan..haih =.=" ..kalau nak buat cerita tu, biar kene laa, biar orang tak suzzon (sangka buruk)..ni macam tu pulak kan..haizzz...
*ni trailer dia..biasa2 je kan?? haha




apa-apa pun HANTU BONCENG TERBAIK!!!!!!




i'm infected!!! penyakit berjangkit..

Salam Aidilfitri..raya! raya! (tak merase sangat nak meraya pun sebab final exam dah nak mula pun)..sekarang ni kepoh betul dengan hal 6% cukai kad topup..haih..aku pon bengang ni..camne leh tak bengang, kalau korang dah 10 kali topup, maknenye korang dah spend rm6 just for cukai...okeh, tutup cerita..dah mula lari topik ni..

AKU DAH DIJANGKITI!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
DENGAN DEMAM K-POP!!!

jujurnya, dulu aku tak berape nak minat sangat pun dengan gejapa fenomena k-pop ni dan dulu aku pelik macaam mana orang ramai (especially perempuan) minat gila dengan K-things nih..discovered, di samping masing-masing bermuka 'beautiful boys' (ahh ~ me sounds gay), their pieces (dramas, movies, songs, etc) i can say is superb..haha..tapi, aku cuma minat ke arah diorang punya variety shows n songs (i repeat, SONGS n NOT THEIR ARTISTS)..

There re two bands that i love to hear their songs the most: Leessang n BigBang ... some videos to share.. ^^

Ballerino - Leessang ft ALI


Turned Off the TV - Leessang ft Tasha, Kwon Jungyeol


Love Song - BigBang

Thursday 1 September 2011

Salam Syawal 1432H; Salam Eidulfitri

err...weh paan, dah raye ketiga baru nak wish?!

well, we still have 27 days of raya left..it's never too late, rite...hehe...

okeh, mula...Salam Syawal 1432, Salam Kemerdekaan ke-54 & Selamat Menyambut Eidulfitri minal aidil wal faizin diucapkan buat para sahabat, kengkawan, cecikgu, bloggers & blog-readers semua..Maaf Zahir (dan juga Batin..kalau ade sape2 yg terase hati bace entri2 sebelum ni..huhu)...halalkan segala ilmu, perkongsian & juga hutang piutang (kalau ade nak claim gak, meh laa mintak sini!..erk, hehe)...kira 0-0 lah ye, penalti, free kick dan ape bagai pun kite lupekan saje...mari bersama beraman damai di hari & bulan kemenangan yang penuh kemuliaan ni..dah-dah, jum tido..esok hari nak kena sambung buat collection fulus raye kan? kan? Oh! sebelum terlupa, tagline raye aku tahun ni:

Mari Bermain Mercun; Mari Putuskan Jari
sekali lagi, sebelum aku berangkat menujah minda separuh sedar ini ke alam mimpi mainan syaiton yang direjam:

Salam Syawal ~ Salam Eidulfitri
"kullu am wa antum bikhair"



p/s: haih...bilo la konvoi dak skola den nak mulo nih?? tak sabo dah eh...

Daisypath Anniversary tickers