Tuesday 10 June 2014

Menilik Tuhan

Dilema anak yatim:

"Kami nak mak bapak macam orang lain jugak"

"Kenapa kami takda mak bapak tapi orang lain ada"


Dilema mak bapak tiada anak/gugur:

"Kami nak anak kami"

"Kenapa sampai sekarang takde anak?"


Selalu disebut, "Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya"..petikan dari novel Hlovate dan petikan kata pujangga ustaz-ustazah dari ceramah agama, si anak yatim tiada ibubapa mungkin kerana DIA tak mau si anak membesar jadi anak derhaka..ibubapa yang tiada rezeki anak berkemungkinan tidak bersedia lagi untuk menjadi ibubapa yang baik untuk anak-anak mereka nanti, Allah bagi masa untuk masing-masing bermuhasabah dengan apa yang berlaku..insyaAllah rezeki akan datang kelak..

Monday 9 June 2014

Usahawan Jalanan: berbelanja dengan diorang

Assalamualaikum, salam isnin =)

Perasan atau tak, bila tengah melepak dekat mekdi, makan kat kepci, isi petrol kat stesen minyak, kadang-kadang ada orang tua (terkadang pun tak berapa nak tua) bawak beg besar terisi banyak barang jualan macam keropok, keropok dan keropok (tak pernah perasan barang lain, selalu keropok)..takpun dalam satu situasi lain, dari rumah ke rumah jual barangan?

Mereka-mereka inilah yang secara umumnya dikenali sebagai usahawan jalanan..sanggup redah terik bahang panas untuk cari duit tanggung keluarga..apa respon kamu urang bila nampak golongan ni? ada sesetengah kat rumah misalannye, tutup kunci segala pintu konon takde kat rumah sebab malas nak layan..terkadang ada yang halau depan-depan..serius guwe nyumpah orang berperangai sedemikian..kalau yang dekat jalanan pulak, lalu buat tak endah, macam tak wujud orang yang jual tu..ah~

Benda paling mudah kita boleh buat untuk diorang adalah dengan beli barang diorang jual..kalau taknak beli pun, at least sedekahkan duit (ada orang tak terima duit pemberian, prefer dapat duit usaha menjual)..bayangkan kalau diorang dapat bawak balik duit jualan yang diorang dapat untuk hari tu, tak gumbira hati ada jugak duit untuk diorang buat belanja keluarga..Diorang tu menipu? tak guwe nafikan ada sebahagian kecil anasir menyamar susah sebab nak simpati, tapi siapa kita untuk adili tanpa ketahui asal-usul cerita..langkah terbaik dengan bersangkalah yang baik-baik..

Nak guwe kongsikan kat sini sikap ada sorang jiran setaman guwe yang guwe respek teramat..alkisahnya, bila ada orang jual keropok, buku, apa-apa je dari rumah ke rumah, bila sampai rumah dia, dia akan jemput si penjual untuk duduk dekat kerusi yang tersedia kat garaj untuk rehatkan diri dan beliau akan hidangkan kat si penjual air & makanan untuk si penjual recharge tenaga dan buat alas perut..dah borak-borak apa semua, dia beli barang yang dijual, lepastu sambung balik kerja si penjual rumah ke rumah..siap dibekalkan air sekali..

Nampak kat situ si jiran cuba buat yang terbaik untuk ringankan beban si penjual, tolong buang segala penat lelah dia supaya dia boleh sambung meniaga dalam keadaan baik..serius respek gila dengan jiran tu..guwe pun tak mampu sampai tahap tu..tapi, paling-paling pun kita patut cuba buat yang termampu untuk kurangkan rasa susah diorang tu..macam disebut awal-awal tadi, beli walaupun satu je..

Sama jugak kes nye dengan orang yang jual sayur kat jalanan, lebih baik kita bagi dia rasa untuk meniaga dari kita melabur kat pasaraya..at least kita dapat gembirakan hati si peniaga sebab dia dapat buat duit belanja dari hasil meniaga..boleh dibuat dorongan untuk diorang usaha lebih lagi =)

beli dari nenek dekat stesen Petronas Seri Serdang
Tadi masa isi minyak dekat stesen Petronas Seri Serdang ada ternampak sorang nenek dengan beg besar ada isi "keropok ikang parang" (kata dia)..kesian tengok dia bawak beg besar waktu tengah hari terik, teduh kat Petronas tu kejap, nampak penat kat muka dia..sebelum gerak balik kolej, beli dari dia satu bungkus..tengok ada banyak lagi, harap-harap ramai beli dengan dia..tapi, tadi tengok ramai buat-buat tak nampak nenek tu kat situ

Be kind to one another - Ellen Degeneres

p/s: kita kalau bersedekah jangan sangka buruk orang tu tipu @ apa, kalau betul dia tipu, itu urusan dia dengan tuhan..bak kata UAI, kalau dia tipu, kita dapat dua pahala, pahala sedekah, pahala kena tipu..

Sunday 8 June 2014

Delete yang lama, Update yang baru

Assalamualaikum dan salam blogger...

Heya peepz! (people)..nak maklum kat sini yang tuan punya blog ada delete entri-entri dia yang lama..Sebabnya, dia kata bila dia baca balik, nampak jahilnya dia zaman sebelum ni..so, bagi tak mengkehendaki blog ni mengajar benda yang tak berapa nak bagus & siarkan entri yang tak bermakna, dia ambik keputusan untuk delete entri-entri yang tak berapa nak matang tu..

sayang nak delete sebab ada entri pageview tinggi, tapi sayang lagi perihal dosa pahala..so, kita delete-kan aje..gaya penulisan pun ditukar untuk adapt dengan usia yang tak berapa nak belasan lagi dan entri untuk pengajaran dan pembelajaran dan perkongsian pengalaman hidup dilebihkan (dan juga entri ber-mood sastera, nak praktis sebelum habis study ni)

mungkin akan jadi "alo, bosan la entri skema"..akan guwe cuba untuk tak jadi terlampau skema bagaikan sang nerd~ dan lebih santai and reader-friendly..itu je, peace and out~



p/s: sekarang musim exam, good luck us!!!

Saturday 7 June 2014

Tensen, Stress dan RAGE!!!

Semua pernah rase TENSEN, STRESS, BENGANG bila benda tak kena dengan apa yang kita nakkan samada benda tu kecik atau besar..rasa bengang boleh buat kita fikir secara kurang rasional & kengkadang kita TERbuat keputusan yang tak berapa nak baik masa dalam keadaan sedemikian. Macam guwe, baru-baru ni terpaksa jadi Pengarah program khidmat komuniti yang diberi nama Fourteen We Care @ HOPE.


Bila dah diamanahkan uruskan program ni, faham-gaham saje lah dugaan yang terpaksa guwe hadap. Kerenah AJK (yang rajin, yang malas, yang tak wujud, yang terlebih rajin pun), perihal tajaan, & kerenah orang-orang luar (sebab program dekat luar, banyak berurusan dengan orang luar)..masalah paling grand guwe kena, pengurusan universiti suruh tukar tarikh program SEBULAN AWAL..mau taknye semua orang kelam kabut, dekat sangat tarikh yang diubah..

Banyak cara yang diberitahu or diperkenalkan ramai tentang cara nak uruskan tekanan atau bak kata orang puteh, ways to handle your stress. Dalam Islam sendiri sebagai contoh, ada banyak cara untuk redakan rasa marah, bengang antaranya dengan mengucap, diamkan diri, berwudhu', dan macam-macam lagi (klik >info< untuk tau lebih cara Islami)..

Selain dari cara yang disyorkan, kita pasti ada cara tersendiri untuk uruskan rasa bengang, stress, marah ni..sekarang ni, ingin guwe kongsikan cara guwe uruskan stress, bengang, rasa marah guwe..

1. Pengasingan Diri

apa yang guwe maksudkan dengan pengasingan diri ni bukan dengan buang member-member pastu bawak diri..maksudnya, bersendirian buat sementara waktu, hadap alam semulajadi sikit, keep calm gituh..jauhkan diri dari gangguan sekeliling..baru jiwa tenang

2. Musik/Lagu

andai dipisah, lagu dan iramaaaa~~~ sesambil duduk sorang-sorang menghargai alam sekitar, bertambah best bila ada lagu teman sekali..musik ni bonus sebagai 'pil' penenang dari masalah, pilih lagu-lagu yang korang rasa boleh buat jiwa aman..yang klise guna lagu okestra, instrumental yang mendayu-dayu fefeeling katenye..sesetengah yang lain mungkin layan System of a Down, Avenged Sevenfold, rock kapok sebagai penenang, it's up to u actually~

selalu jamming lagu ni dengan member-member dari zaman sekolah sampai sekarang

3. Gambar

Dalam guwe tengah tensen, gambar pun boleh jadik ubat..selalunya hadap gambar raya famili, gambar masa sekolah, gambar kengkawan yang macam famili bagi guwe..lepastu cakap sorang-sorang "diorang kompem tak bagi aku stress camni, mesti suruh buat sekian-sekian..." ..time ni la kot teringat nasihat-nasihat member kau urang dulu-dulu, mana tau melekat kat hati waktu stress gini..

brothers guwe yang awesome..blood brothers "we are family"
forever -SEVEN-

4. Wangian

Minyak wangi, perfume, atau amende jadah yang berbau harum..pewangi boleh bagi satu reaction kat hormon badan kita sebagai penenang..wangian yang macam mana? terpulang kat korang, guwe selalu bau minyak wangi yang guwe pakai time sekolah dulu "Inspired by Dunhill"..bila bau ni terkonang balik zaman-zaman tak matang dulu, pastu gelak sorang-sorang..kan dah gile tu~

-----

Lepas dah reda, mula fikir balik SECARA RASIONAL pasal masalah korang awal-awal tadi, buat kerangka untuk penyelesaian masalah..kalau ikutkan step guwe, guwe sort semua problem wal masalah tu on a piece of paper. Yup! atas kertas, sebab dengan cara camni baru korang nampak dengan JELAS dari korang sketch dalam pala otak sampai pening. Tak kiralah masalah personal ataupun program ataupun ape-ape je, tulis dan senaraikan semua.

Susun dari masalah besar ke kecik atau kecik ke besar (ikut suka korang lah) dan tengok balik ada tak masalah yang korang terlebih pening/runsing sebab manusia ni selalu risaukan benda yang mana 90% TAK AKAN berlaku..maksudnya terlebih fikir, so boleh buang masalah tu dari list a.k.a BUAT TAK WUJUD..tengok balik jugak masalah yang mana paling UTAMA untuk korang SELESAI kan dulu, jangan mixed up, nanti efek kat korang naik gila! Benda yang boleh setelkan minggu depan, korang tolak tepi dulu (buat reminder).

Buat slow-slow, pelan-pelan & jangan rush..kalau rush makin bertambah rage korang nanti..insyaAllah, allah permudahkan jalan untuk korang hadapi masalah korang tu..doa banyak-banyak, rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bikhair..

Friday 6 June 2014

Dari Jendela Komuter

Hutan konkrit tumbuh rancak
Hamparan hijau indah terhias
Diteman setia secawan kopi
Perhentian bersilih ganti
Apa yang dinanti cuma
Penghujung

Gerabak - Perjalanan pulang
FarhanZukri
221113
11:33:00


*karya inspirasi sajak "Dari Jendela Pesawat" karya Mahaya Mohd Yassin


Thursday 5 June 2014

LiterasiSastera: Projek Cerpen [CERPEN]

“Loq, macam mana dengan cerpen kau? Dah ada idea untuk jalan cerita?”

Aku diam sekejap. Kepala masih pening memikirkan satu masalah yang tak selesai dari tadi lagi.

“Entahlah. Dah penat aku perah otak dari tadi. Sampai sekarang satu idea pun tak masuk lagi dalam kepala ni. Aku dah nak give up dah ni,” aku jawab sambil menggaru kepala yang tak gatal.

Kerja yang Bonda tugaskan kepada setiap daripada kami untuk diselesaikan boleh buat aku pecah kepala. Mana taknya, setiap pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah karya cerpen. Aku ni bab sastera dan bab penulisan kreatif ni memang out-lah, satu benda pun tak tau.

Budak-budak lain ni aku tak pelik la sekejap saja boleh siap kerja dia orang tu. Zharif, terkenal dengan gelaran ‘kaki novel’, kalau boleh bukan setakat kaki novel saja. Tangan novel, kepala novel, muka novel, segala yang boleh dikaitkan dengan novel, semua boleh bagi dekat dia. Masuk dalam bilik dia, fuh! Penuh novel sana sini dalam bilik serupa perpustakaan mini. Seorang lagi yang genius bermain aksara, Marwan, dia mempunyai sebuah laman blog tempat dia mengekspresikan idea dan ilhamnya dalam bentuk cerita pendek. Ada berpuluh karya cerpen di dalam laman blog tersebut. Sesiapa yang ada terbaca blog itu pasti tidak akan menyangka bahawa pemilik laman blog tersebut seorang yang kelihatan ganas dengan rambut terpacak tajam serupa landak dan merupakan pelajar yang paling bermasalah di dalam kelas.

Yes!” Teriak Khairin dan Kiran. “Kita orang punya cerpen tinggal lagi seperenggan dua je lagi.”

Si kembar ni pun join sekali menyiapkan kerja cerpen ni dekat wakaf Kolej Taming Sari ni. Dua-dua ni pun dah nak siap, aku punya apa pun tak ada lagi. Haru la macam ni, bila nak siap cerpen ni aku pun tak tau. Tarikh akhir untuk serahan tugasan tinggal beberapa hari je lagi ni. Masalah dengan penulisan kreatif ni bukannya benda baru yang aku hadapi sekarang ni.

***

“Baiklah, masa kamu ada lagi 30 minit. Sila pastikan kamu semak jawapan kamu, pastikan semua jawapan dijawab dan jangan ada yang dibiarkan kosong. Walaupun kamu tak pasti akan jawapan kamu itu, tulis saja apa-apa yang terlintas dalam kepala. Mana tahu jawapan kamu tu ada peluang dapat markah,” jelas Cikgu Asmah yang mengawasi kertas peperiksaan pra-UPSR Bahasa Melayu Kertas Dua walaupun Cikgu Asmah pada asalnya mengajar kami subjek Matematik.

“30 minit je lagi? Alamak!” kata Loq sambil melihat Cikgu Asmah yang melintas disebelahnya yang galak melihat gelagat murid menyiapkan esei.

“Aku baru siap satu esei. Arahan peperiksaan kena ada dua esei, mana sempat nak siapkan. Mampus aku macam ni..” keluh Loq sambil melihatkan jam di dinding dewan peperiksaan yang terus berdetik tidak menunggu murid-murid yang kelam-kabut menyiapkan esei masing-masing.

“Ok, masa sudah tamat. Berhenti menulis dan letakkan pen di atas meja. Pastikan nama ditulis dengan betul,” arahan seterusnya dan terakhir yang dikeluarkan Cikgu Asmah sebelum beliau mengutip kesemua kertas jawapan dari meja para murid.

“Loq, berhenti menulis!”

“Tapi cikgu, saya belum siap lagi ni..”

“Saya dah bagi cukup masa untuk kamu siapkan dua esei. Sudah! Serahkan dekat cikgu kertas jawapan kamu.”

***

“Jom ikut aku keluar pergi PalmTree Mall esok,” ajak Zharif

“Buat apa pergi sana? Menabung dekat panggung wayang lagi? atau kau nak melabur dekat mesin arcade?” bertalu soalan yang ditanya Loq.

 “Haish, kau ni!

“Betul la kan? Kau kalau tak lain tak bukan kalau pergi PalmTree Mall nak beli itu je la,” tuduh Loq lagi.

“Eh, dia ni! Aku tak habis cakap lagi dah mencelah masuk. Tu la lain kali bagi salam dulu baru nyampuk. Ini tak, aci redah je. Aku nak tolong kau ni.”

“Tolong apa?” soal Loq.

“Kau punya cerpen la. Lagi mau tanya ka?”

“Oh, hehe. Aku lupa langsung benda tu. Nak ajak sapa lagi? Takkan berdua je?” Tercari-cari nak ajak siapa untuk sekali meronda di mall. Meronda berdua je nanti awkward-lah, macam gay couple. Kahkahkah”, aku berseloroh. Zharif berasa geli-geliman. Aku suka melihatkan gelagat Zharif bila disakat begitu.

“Dah tu. Nak ajak siapa lagi?” soal Zharif.

“Macam tak biasa, siapa lagi kalau bukan Marwan. Kalau tak ajak nanti touching pulak. Berhari-hari nak pujuk bagi elok balik; merajuk mengalahkan perempuan perangai tu..hahaha,” Loq gelak besar dalam mencadangkan untuk bawa Marwan bersama mereka nanti.

***

“Apa sebenarnya masalah dengan kamu ni, Loq?” soal Cikgu Mahawa. “Kamu tidak suka mata pelajaran Bahasa Malaysia kah?”

Cikgu Mahawa amat berbeza dengan cikgu-cikgu Bahasa Malaysia yang lain yang tak mempedulikan muridnya yang mendapat corot dalam peperiksaan.

“Bukan, Cikgu. Saya suka subjek ini. Tapi,..Saya pun tak tahu, Cikgu”, balas Loq. “Mungkin saya susah nak mencerna dan menghadam maklumat yang ada pada soalan-soalan tu.

“Masa yang diperuntukkan untuk kamu mula menjawab soalan peperiksaan tu cukup untuk kamu selesaikannya. Kamu tidak boleh terus begini, kalau tidak keputusan UPSR kamu akan datang akan turut merosot,” tegas Cikgu Mahawa.

Aku terdiam sekejap. Ada benarnya kata Cikgu Mahawa itu, kalau kurang 1A pun untuk UPSR nanti akan meningkatkan kemungkinan aku untuk tidak dapat memasuki sekolah cemerlang pada tahun hadapan.

“Aku akan cuba yang terbaik untuk UPSR akan datang nanti!”  getus hati Loq sebelum keluar dari pejabat Cikgu Mahawa.

***

“Korang nak pergi mana? Nak ikut jugak,” serentak Khairin dan Kiran bersuara.

“Ah! Si kembar berdua ni, nak pergi mall pun sibuk nak ikut. Kalau nak ikut, siap cepat”, arah Marwan.

“Ada apa je kat PalmTree Mall ni yang aku boleh guna sebagai rujukan penciptaan cerpen aku?” soal Loq.

“Ada apa je kau tanya? Dekat mall besar macam ni lah banyak sumber inspirasi dan bersepah-sepah bahan rujukan.”

“Maksud kau?” soal Loq lagi.

“Kat mall ni ada pelbagai jenis manusia; yang mengemis, yang bernasib baik, kanak-kanak, orang tua, dan ramai lagi. Kau boleh gunakan orang-orang sekeliling sebagai sumber untuk kau rangka penceritaan cerpen kau. Dekat mall ni juga ada dua major bookstore yang super besar yang ada jual beratus dan mungkin beribu yang kau boleh guna sebagai rujukan sampingan,” terang Marwan secara panjang lebar.

“Oh! Aku tak pernah terfikirkan semua tu dan aku tak perasan pun pasal dua kedai buku tu?!” ujar Loq.

“Itu sebab kau tak pernah nak keluar dari kawasan universiti tu. Hari-hari kerja kau ulang alik kelas-bilik, bila tiba hujung minggu kalau ada je peluang terus balik rumah. Bukan reti nak teroka kawasan dulu. Biar kenal banyak tempat, lagi banyak ilham. Hahaha,”

“Aduh! Sempat lagi dia bebel dekat aku. Kesian la kat aku ni haa…” Loq mencebik sebab kena tala dengan Marwan waktu-waktu dia tengah kelam kabut mencari sumber ilham untuk cerpennya.

“Kau diam je dari tadi Zharif. Tersengih sorang-sorang macam kerang busuk tu dah kenapa? Dapat mesej sayang dari buah hati ke?” sakat Marwan.

“Mana ada. Tak nampak buku kat tangan aku ni haa? Novel Aa+Bb karya Hlovate ni. Buku ni bagus, ada unsur-unsur lawak tapi nilai moral dan pengajaran pun banyak di samping penuh dengan elemen islamik. Ini salah satu buku yang kau boleh guna untuk di buat contoh cerpen kau. Kat kedai buku ‘The Sketches’ ada banyak lagi buku camni, kalau tak cukup, boleh tengok kat kedai buku ‘Seventh Bookmark’ pun ada jugak. Jom kita masuk mana-mana je dulu tengok buku yang sesuai untuk kau Loq.”

“Ok, Jom!” semua berteriak serentak. Masing-masing tak sabar nak tambah koleksi almari buku yang dah lama tak bertambah.


Yup. Kedai buku dekat situ serba lengkao dengan segala. Kiri kanan atas bawah, semua ada buku. Senang cakap, siapa yang avid reader, pencinta buku sememangnye akan wajib jatuh cinta dengan tempat ni dan mungkin takkan keluar lagi dah. Locked forever bak kata orang putih. Aku sendiri pun rambang mata, tapi, sepertinya sikit-sikit idea untuk menulis cerpen datang bila nampak buku-buku ni.

“Nah, aku cadangkan dua buku ni sebagai permulaannya untuk kau guna buat rujukan idea cerpen,” Zhafir datang dengan membawa dua buah buku.

Aku tengok kulit muka kedua-dua buku tu. ‘Antologi Cerpen: KLCC’ dengan ‘Contengan Jalanan’. Daripada pengamatan kulit, dua-dua buku ni Nampak menarik cheeky dan funky, semacam memenuhi selera remaja gitu.

“Kenapa dua buku ni?” soal Loq.

“Aku dah ada kedua-dua buku ni. Untuk Antologi Cerpen: KLCC, bagi aku penulisan buku ni simple, so senang kau nak ikut, yet walaupun simple, idea-idea yang penulis-penulis buku ni sampaikan adalah sangat fresh. Jadi, kau ni yang baru nak bermula dengan penulisan cerpen ni aku galakkan untuk gunakan buku ni.” cadang Zhafir.

“Untuk buku ‘Contengan Jalanan’ ni pulak biar aku pulak yang terangkan sebab aku pernah baca,” celah Marwan sebelum sempat Zharif menyambung penerangannya. “Sebelum aku mula cerita mengenai Contengan Jalanan ni, aku cerita serba ringkas mengenai penulis dia dulu yakni, Hlovate. Dia dah banyak menulis novel antaranya Versus, Aa+Bb, Tunas, dan ada yang aku ingat lupa tajuk-tajuknya. Walaupun buku-buku dia ni kulit dan tajuk-tajuknya Nampak tak menarik sebab itu apa respon aku sebelum aku baca buku beliau. Tapi, lepas dah baca, fuh!

“Kenapa lepas kau dah baca tu? Lemas? Sesak?” sampuk Loq.

“Boleh kata. Tapi, aku lemas dan sesak dengan ke-awesomeness penulisan dia! Penulisan dia sangat kena dengan selera belia dan kebanyakkan situasi-situasi dalam novel-novel dia kebanyakkan belia pernah atau akan mengalami perkara yang sama. Jadi, bagi aku faktor tu yang membuatkan majoriti pembaca terkesan bila dah baca novel-novel nukilan Hlovate ni. Walaupun novel-novel dia ada unsur keremajaan dan kebeliaan, aspek agama sangat dititikberatkan penulis sebab itulah tujuan utama dia menulis, untuk menasihati. So, bagi aku Hlovate ni bagi pakej yang lengkap dari seorang penulis kepada para pembaca novelnya...”

“Sekejap, panjang sangat penerangan kau pasal orang nama Hlovate ni, cerita la pasal awesome factor buku ‘Contengan Jalanan’ yang aku pegang ni” sampuk Loq sekali lagi.

“Kau ni pun Loq, sabarlah. Aku tak menyempat nak habiskan lagi ni. Buku Contengan Jalanan ni pun sama macam novel lain jugak, bagi aku novel yang ini adalah paling terbaik setakat yang aku pernah baca sebab ada yang masih tak dibaca lagi ni, mungkin ada yang lagi baik, khabarnya novel Rooftop Rant tu topped off novel ‘Contengan Jalanan’ ni. Contengan Jalanan ni menceritakan penghijrahan dua sahabat dari waktu jahil mereka ke the new them, dengan dua cara yang berbeza, dua tempat yang berbeza. Penulis juga ada sertakan hadith-hadith yang sahih dan potongan ayat-ayat alquran untuk pembaca buat rujukan yang mana kitorang fikir ini jugak bagus untuk kau selitkan elemen-elemen ni dalam cerpen kau supaya dapat tarik minat orang untuk baca hasil karya kau,” Jelas Marwan panjang lebar. Aku tengok dah serupa pegawai wakil dari Dewan Bahasa Pustaka datang buat novel review depan aku pulak.

Aku mengikut seperti apa yang dicadangkan oleh Marwan dan Zharif dengan menggunakan dua buku itu sebagai rujukan untuk cerpen pertamaku. Maka, dengan segala kekuatan yang ada, aku mula menulis cerpenku sendiri.

***
“Syukur dan tahniah Loq! Cikgu tau kamu boleh lakukannya! Tahniah sekali lagi atas keputusan UPSR kamu yang cemerlang!” ucap Cikgu Mahawa kegirangan.


TAMAT

p/s: cerpen ni hasil sebenarnya karya guwe sendiri atas arahan pensyarah guwe, seniwati Mahaya Mohd Yassin memerangkap pensyarah kelas Penglahiran Bakat Kreatif di UPM..tajuk cerpen ni adalah 'CERPEN', idea muncul bila guwe yang tak reti berkarya disuruh buat cerpen, lalu terhasil lah kisah seorang budak laki yang struggle nak reka cerpen..tadaa~ #hambar hahaha..

*maap kalau penggunaan bahasa terlampau skima sebab pensyarah guwe sangat pentingkan bunga kuntum bahasa, ini pun ada selit slanga budak-budak keyell SIKIT. maap jugak kalau ada yang kurang faham dengan strukturnya, biasalah, cerpen PERTAMA guwe..banyak nak dibaiki lagi

Wednesday 4 June 2014

Adu Doa pada Facebook

Hola, sebelum guwe mula celoteh yang haramjadah kalian nak faham, mari kita mula dengan beberapa quote..pernah tak ternampak @ terbaca post kat fb yang berbunyik...

Ya Allah! kenapa sampai macam ni ujian kau bagi kepadaku, blablablubla...
ataupun

Menitis setitis demi setitis air mataku, tak sangka dia sanggup buat macam ni, blublabli...

bila guwe baca, apa yang terkesan kat hati ni adalah rasa geli hati yang teramat laa geli..kenapa? kenapa?! kenapa mengadu pada facebook?! dangkalkah? diceritakan kisah sedih sendiri pada umum untuk ditatap..raih simpati? tengah-tengah sedih masih boleh jadik attention-seeker, kaulah raja drama/ratu drama~

Kenapa nak adu guna internet yang speednya terkadang slow, terkadang terputus..Allah dah bagi panduan siap kalau ada apa-apa yang nak diadu, terus adu pada-Nya..masa sujud, masa hujan, bila-bila je..ni baru wireless sebenar, lagi laju dari internet yang lajunye 100Mbps..doa kita sampai sekelip mata je

jangan lah kita tunjuk bodohnya diri kita dengan tarik perhatian camtu..doa stret pada tuhan, insyaAllah makbul..kenapa susah-susah taip kat wall fb pastu post, ngabihkan mobile data tahu x, hahaha..

TETAPI, ada beberapa situasi yang buatkan post macam tu nampak bermakna dan berfaedah..salah satunya bila post tu dapat mengingatkan orang lain kepada sesuatu perkara @ ibadah, lepas tu dia tergerak untuk buat sama..kan dah jadi satu medium dakwah..terpulang pada penafsir iaitu pengguna media sosial macam kita untuk terjemahkan mesej yang cuba disampaikan..

sebelum habis celoteh, nak kongsi waktu-waktu mustajab doa
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)
>KLIK SINI<



Tuesday 3 June 2014

Siaga Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

***
Terus-terang, bila kita baca ni, kita akan otomatik rasa takut, rasa nak buat baik..tapi, bila dah sehari dua, terus lupa & balik kepada perangai lama balik..pada pendapat guwe, benda ni kena dijadikan constant reminder (peringatan sepanjang masa)..buat lah reminder kat fon @ notes yang kita selalu baca @ apa-apa je sepaya kita diingatkan dengan benda ni selalu..

ajak keluarga beribadah, buat amal kebaikan, kumpul pahala banyak-banyak, elak kemungkaran supaya kat akhirat nanti keluarga kita turut aman, takde yang ada dalam situasi yang teruk-teruk seperti yang dah diceritakan..

kita nak keluarga kita bergerak dalam tunggangan, kita nakkan keluarga kita dapat teduhan kat padang mahsyar nanti, kita nakkan keluarga kita dapat seberang titian sirat dengan lancar..so, mulai sekarang, ajak lah keluarga amar ma'ruf nahi mungkar..kalau tak dapat buat dalam semua aspek kehidupan, usaha untuk buat sebanyak yang boleh pun dah mencukupi sebab susah kita nak buang habit lama yang dah jadi norma hidup sekarang..yang penting ada usaha..

p/s: jangan lupa sentiasa doakan keluarga, kawan-kawan, umat islam seluruhnya bilamana doa =)

Monday 2 June 2014

Drifted

Drifted
I care less of who I am now
I've been dragged away
far away
drifted
missing the road I've been
missing the boy I am
missing the real self
gasping for the past breathes
I've been drifted away

now
looking back at the roads
looking back at the books
looking back the old me
I need to find that boy
the boy who I should be
the boy who no longer me
so, I, will become the boy
again
back to what I should be
to the righteous path
growing as a righteous man

O Lord, please forgive me as I have lost
defeated by the pleasure of the world
defeated by the overpowered ego
defeated by my sinful lust
bestow us with your guidance
so the path once lost
can again be with us

FarhanZukri
310514
18:19:00

Sunday 1 June 2014

Mati Si "TUHAN"

Takut tak pada "MATI"?
~Ya, Takut
Kenapa?
~Sebab..sebab amalku masih belum cukup nak jamin kesejahteraan alam seterusnya
Baik

***

Jangan macam-macam kalau tak pasal-pasal, MATI kita
~rileks, kita masih muda
Okey

***

Bila ditanya takutkah MATI? dijawab "YA!"
terkemudian meletakkan diri belum sampai waktu
macam tuhan, hebat
lihat! masih lagi belum muncul bibit keinsafan

Ya Allah, Kami hamba yang leka dan lalai
Kurniakanlah kami taufiq hidayah
semoga kami istiqomah
amar ma'ruf nahi mungkar
Peliharalah kami

Farhan Zukri
310514
18:03:00

Daisypath Anniversary tickers