Monday 21 November 2011

Halal tapi Beracun!!!

Halal tapi beracun?? amende tu? ianya pemakanan seharian kita sendiri...yup, kita kena jaga pemakanan seharian kita, adalah lebih baik jika ikut diet yang diamalkan Rasulullah SAW...antara kelebihannya, badan kita cergas & dapat pahala sebab ikut sunnah baginda..kawan cadangkan kita ikut diet nabi ni sebab ni diet pemakanan terbaik yang pernah wujud..

Perhatian: berikut adalah petikan yang aku amik dari Facebook
credit: Umi Liya (Facebook)

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2.

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL (susu cair + buah dalam tin tu)

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-


Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.

Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
 
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

p/s: *raging will of fire* i will try to follow and istiqamah!!!!
another p/s: next time aku kan post pasal cara Rasulullah SAW makan...yg ni diet pemakanan, lepas ni CARA MAKAN pulak..ok! chowsinchi!!!

Tuesday 15 November 2011

Giveaway "7 Days"

1st time ever join GA kt blog..saje gatai tangan cuba nasib..

| KLIK GAMBAR UNTUK DETAIL G.A. |

|TAG|


Monday 7 November 2011

Aidiladha 1432h | great family get together...

perghh...post title omputih habis...haha..ok2, sebelum tu:

Salam Aidiladha 1432h!!!


dah terlewat kot untuk ucap raya tu..tapi, takpe lah kan..sekali sekala pun..macam mana dengan raya Qurban korang? had fun? hectic? haha...raya qurban aku tahun ni lebih seronok dari yang sebelumnya sebab..sebab best lah! ahaha...

Bagi aku, raya lah yang paling, PALING SESUAI untuk family get together...ape tu family get together? its when you get to spend quality time with your whole family -- without anyone missed it...ataupun dalam Bahasa Kebangsaan kita yakni Bahasa Malaysia bermaksud "ketika mana korang dapat luangkan masa terbaik dengan seluruh ahli keluarga korang -- tanpa sorang pun yang terlepas peluang menikmatinya"...gettit? paham?

Raya kali ni semua ahli kluarga ada kat rumah -- complete!! bak kata omputih...so, disebabkan suasana yang terseronok sangat, masing-masing nak masak & makan macam-macam...ibu buat kuah kacang spesel (sedap wooo...makan ngan nasik himpit), kari ayam, & lain-lain lagi...akak sulung buat kuih raya "Biskut Oat", roti jala n lain2 lagi gak...aku pulak (tersesat anak teruna sorang), buad 2 bijik kek (kek coklat sebijik, vanilla sebijik)..lepas korban tu ayah bawak balik perut lembu, peparu, hati limpa, etc. etc...meja makan full semua ada (jarang woo dpt camtu sbb abg keje n duk kl, akak study uitm s.alam, aku kt kolej kt bangi, adik 2 org duk hostel)..

kesudahan n kesimpulan, tak kira waktu raya @ waktu biasa-biasa, boleh je buat family get together kumpul-kumpul bagai...and when dat time comes, appreciate it..haha..u'll gonna luv n miss the moment..okies, cheerio..sebelum tu, here are some gegambar untuk di "show off"..hehe :P






Sunday 6 November 2011

|SEGMEN| Stop! Den Nak Follow Ekau!

"Apo kono eh jang?" ...hurm kalau dilihat nya post title ni, adakah empunya blog Die Hare Ry Amyra (Amyra Husna) anak nogoghi?? kalau betul, hey, kita serupa~~~ sey nogoghi gak lah ni haa..

ok, enuff blabbering nonsense...Amyra Husna ade buat segmen khas untuk blogger yang masih bertatih-tatih bak bayi comel (macam aku ni..haha) So, sape mau join, pi terjah blog beliau tu (dan folo ye) :D



click this okeh:


Hepi Blogging | Hepi Blogwalking | Hepi Following

Friday 4 November 2011

[Tutorial] Letak video Facebook dalam blog

Assalamualaikum...

*cakap pasal sharing video kat blog, selalunya yang agak common yang di share ialah video yang bersumberkan YouTube sebab tu je sumber video dari luar yang di bagi pilihan (pilihan lain, korang kena upload video sendiri)

woot~ woot~ ada sape-sape yang pernah tengok video kat Facebook pastu nak share kat dalam blog tapi taktau macam mana..ada DUA CARA: 

1. copy embedded code yang disediakan kat Facebook Social Plugin (tapi ini untuk video yang korang upload sendiri SAHAJA)

2. buat ikut step yang aku nak kongsikan ni (step ni korang boleh share-kan video yang orang lain upload pun BOLEH)

1st step:
haruslah bukak video yang korang nak share tu & bukak tempat yang korang selalu taip untuk publish entri yakni = NEW POST & pilih "Edit Html"
***tengok gambar***

video
**korang kena copy nombor yang dah di-kotak merah-kan**

***ni INTERFACE BARU***


***ni INTERFACE LAMA***



Seken Step:
**Copy code ni**
<center><object width="500" height="400" ><param name="allowfullscreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="movie" value="http://www.facebook.com/v/xxxxxxxxx" /><embed src="http://www.facebook.com/v/xxxxxxxxx" type="application/x-shockwave-flash"allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="500" height="400"></embed></object></center>


Kuning = korang boleh adjust lebar dan tinggi video tu..so, ikut saka suka masing-masing
Merah = paste-kan nombor video yang korang copy tadi tu...

**kalau dah setel edit html tu, publish lah...lepas tu (tengok bawah)...


Finalisation...tadaa!!!




***COMEL GILER INI BUDAK!!!!!***




Thursday 3 November 2011

[K-pop] Perhatian kepada Peminat Big Bang

Sape sini minat TOP? Taeyang? Daesung? Seungri? G-Dragon? Ni haa...ade kawan aku punya kawan mintak tolong vote-kan Big Bang untuk MTV EMA Belfast 2011 ...so, marilah tolong vote ye!! 


cara-caranya: 

klik link ni: 

lepas tu:


lepas tu lagi:


SELESAI!!!
*korang boleh vote seberapa banyak yang korang suka..so, paham-paham lah kan..hehe*

p/s: Voting berakhir esok!!! so, cepat! cepat! hahaha
p/s2: aku pong minat BIG BANG sebenarnye..hehe

Daisypath Anniversary tickers