Thursday 20 December 2012

[Tutorial] Bypass Streamyx Blocked Websites & Access

Sape-sape pengguna noob streamyx cam aku memang ada problem bila nak download lagu / movie (piracy? no, we call it "SHARING"..ngeh3) bila nak bukak website tempat meng-donlod macam mp3skull (untuk mp3) takpun putlocker (untuk movie & apa2 file) mesti tak boleh..itu haa, kena block sama itu TM Streamyx..

dulu gua pasrah aje pegi donlod tempat lain (yang lama & leceh)..baru-baru ni teringat pulak yang Google ni lah doktor, engineer, cikgu math, cikgu english, boleh kata semua ada..cuma taip je..maka ter-search-lah "bypass streamyx blocked website" & dapat hasilnye..skang mau kongsikan bersama..

*klik untuk gamba lebih gomok*

kat atas ni rupe kalau website tu kena block..dia could not find website tu..konon nye..cakap je la blocked by tm streamyx tak bleh? hahaha..okeh2..gini langkah-langkah nye pun:


  1. Hang pi kat "START" --> "Control Panel" --> "Network and Internet" --> "Network and Sharing Center" --> pastu tengok gambar bawah


*klik untuk gamba lebih gomok*
-
-
-
-
-
-
-
-
| DOUBLE KLIK "Internet Protocol Version 4" tu |
-
-
-
-
-
-
rujuk bawah
ni step untuk gambar atas ni:
1 - klik tab "DNS"
2 - klik "Add.."
3 - key-in "8.8.8.8"
4 - klik "Add.." lagi sekali...
5 - key-in "8.8.4.4"
6 - klik "ok", "ok", "ok"..sampai dah takde ok korang nak tekan..hoho ;p

SELESAI!!! dah boleh bukak website yang kena block tu

TADAA!!!
*klik untuk gambar lebih gomok*

nota: untuk english version klik ini dan ini (credit untuk mereka)

ps: ini untuk OS Win 7 sajork..XP, Mac, Linux..google sendiri bleh? hohoho..nanti-nanti la gua post..

UPDATE: sape yang pernah baca entri ni sebelum ni ade pasal cmd (command prompt) tu..tapi saya dah buang sebab ada kawan buat step tu pastu laptop dia buat hal..mungkin sebab dia perempuan kot..eh? hahaha..ikut je step atas ni, kalau tak dapat bukak gak, pergi bangunan tingkat 13, campak laptop mahupun pc tu ke tingkat bawah..hehe

[Tutorial??] Solat Berjemaah..

selepas setengah tahun tinggalkan blog bersendirian, kini kembali ketuk-ketuk keyboard..dah la lama tak update, tetibe nak buat tuto plak..tuto pasal solat berjemaah lagi tu..adekah ini blog  fiqh 'ibadah (wow!) mahupun kelas KAFA?..amende kah yang tuan blog ini cuba lakukan..apekah? APEKAH?!

*this iz not exactly a tutorial, just a simple advice done from observations. tutorial make it sounds more...technical =)

Ekceli, benda ni pendam lama dah..nak post kat blog tak-ter-post dek lupa kewujudan blog ni (owner blog hampeh, jangan contohi perangai beliau) ..ni perkongsian pengalaman beberapa 'kejadian' dalam berjemaah masa solat jumaat..kenapa solat jumaat? paham-paham aje la, time-time tu je surau-surau dan juge masjid-masjid sarat dengan homo sapiens..

Benda yang selalu menimbulkan ketidaktenangan gue time-time itu semestinya perkara "barisan saf"

Terkadang, macam-macam pe'el (gaya) gue tengok bila dirikan saf seusai khutbah & doa..gue lihat, ada golongan makmum yang sukehati nak berdiri kat mana-mana yang dia nak..yang lompong tak diisi, yang jarang tak dirapati (makin dijarakkan lagi pun ade..kat mane belaja dirikan saf gitu?)

ni antara situasi nye:


gambar atas: imam baru angkat takbir, ada lompong saf depan..aku lihat mereka yang berada kat belakang tempat yang kosong lagi lompong tu buat tuli je, buta mata..taknak penuhkan pastu terus angkat takbir ikut imam..kalau budak kecik gue tak pelik, TAPI terkadang yang dah beruban menunggu panggilan tanah merah ber-set batu nisan pun tak reti-reti nak penuhkan saf depan..wadehek..kalau kanak-kanak boleh penuh kan saf sepenuh-penuhnya, malu la wahai saudara tua. nampak me! tu? terkadang aku yang jauh sekilometer kena melangkah jauh penuhkan yang kosong tu.. =,="


gambar lagi: yang ni pesen (fesyen/stail/gaya..amende je lah) orang rapatkan saf ikut sukahati..apa yang aku di-didik dari kecik, kalau solat jemaah ada lompong tu, rapatkan ke tengah saf supaya nampak sempurna & cantik saf tu..yang kat atas tu, lompong dekat dengan tengah-tengah..tapi dia rapat ke orang yang ada kat tepi tembok surau/mesejid..

sebenarnya ada banyak lagi pe'el yang nak dikongsi, tapi yang teringat buat sementara ni tu je..in syaa allah akan update kemudian..aku bukan manusia sempurna nak kata aku ni bagus/baik..aku cuma nak tegur apa yang kurang supaya orang lain tak buat kesilapan yang tak patut..

aku nak quote (lebih kepada copypaste ade la kot) post dari blogger yang arif bab ibadah ni:


Sah hukum solat bagi jemaah yang terputus safnya tetapi solat itu kurang sempurna. Walaupun isu sah atau tidak solat seseorang itu penting, tetapi ada isu lebih besar yang lebih perlu kita pegang dan perbaiki.

Untuk sah solat, dengan sembahyang bersendirian itu sudah mencukupi. Tetapi untuk mendapat kesempurnaan solat dan kekuatan ummah, solatlah berjemaah, dengan sempurna. atau jika tidak akan berpecah belahlah hati-hati kita. Wa na'zubillah :
Nu'man b. Basyir berkata, "Adalah rasulullah saw memperbaik saf-saf kami seakan-akan beliau memperbaik anak-anak panah. Demikian beliau lakukan sehingga baginda yakin telah mengetahuinya dengan baik. Pada suatu hari baginda keluar lalu berdiri, Di kala hampir bertakbir, beliau melihat seorang lelaki yang agak maju sedikit dari saf, maka baginda bersabda, "Wahai hamba Allah, hendaklah kamu merapatkan saf, meluruskann melempangkannya atau hendaklah Allah membedakan antara hati-hatimu. (Hadith riwayat Jamaah kecuali Bukhari


credit: School of Life

ps: masih ada yang tak tau kalau masbuk solat jumaat kena lengkapkan 4 rakaat macam laksanakan solat zohor..nak sajest kat tok imam suh maklumkan benda ni kat jemaah lepas solat jumaat guna speaker? dapat gak la ilmu yang tak tahu dari main bantai solat tapi salah..

ps2: masih dalam proses nak merajinkan diri ke surau..ibu kata surau depan rumah pun susah nak pegi, buat malu ja..pahala 7x pun taknak ke *dush* tepek kena muka gua..

Thursday 26 July 2012

[Charity Announcement] Saham Ramadhan!

Salam Ramadhan 1433h!!! Semoga amal ibadah kita diterimaNya insyaallah..

Ade sikit makluman untuk dikongsi..sempena Ramadhan penuh barakah ni, saya (kata ganti diri yang penuh humble gitu)..seorang rakan FB (memerangkap pensyarah saya kat kolej) akan menganjurkan program amal..boleh rujuk kat bawah ni:

ni status ori :~

Salam Ramadhan.....

A couple of friends and I are having a Charity Sale to raise funds for the Pediatric Wad Hospital Kajang. The charity sale will be held @ Petron Station next to Mint Hotel on KL-Seremban Highway next Friday & Saturday 3rd-4th August. Please do come and join us if you are available. Please also help to spread the news.... Volunteers are also welcomed.

Funds raised will be used to purchased clothes and gifts in preparation for Eid. There are 40 beds in the ward, age group of patients 3months - 12 years old. 

Visit date to Pedriatic Ward Hospital Kajang is on 11th of August 2012.

free-translation punye:

pensyarah saya (juga memerangkap coordinator kursus DELS - Dip in English Language Studies) bersama kawan-kawan beliau akan mengadakan jualan amal..dibawah ni maklumat serba lengkap...ada dua event untuk program ni..pertama, jualan amal..kedua, lawatan ke wad pedriatik...

Tujuan: Mengumpul dana bagi menyediakan keperluan perayaan aidilfitri untuk pesakit kanak-kanak di Hospital Kajang.

Event Pertama (jualan amal)

Tempat: Petron Station bersebelahan Mint Hotel (KL-Seremban Highway)
Tarikh : 3 & 4 Ogos 2012
Hari     : Jumaat & Sabtu

Event Kedua (lawatan)


Tempat: Wad Pedriatik, Hospital Kajang
Tarikh : 11 Ogos 2012
Masa  : -Belum ditentukan-


so, sempena bulan barakah ni, ini adalah peluang baik untuk tambah 'saham' korang..sape-sape yang berdekatan/berkesempatan, moh le datang sekali..masa tengah taip entri ni, baru prasan, kalau ada orang nak berbakti dengan bank-in??? nanti akan dilanjutkan persoalan itu pada pensyarah saye, akan dimaklumkan kemudian..

update: kepada sesiapa yang ingin beri sumbangan fizikal (cth: mainan, barangan) ataupun bank-in duit, sila PM FB saya untuk info lanjut..terima kasih =)

p/s: insyaallah, tuan blog juga akan turut serta..tapi mungkin pada lawatan sahaja sebab punya komitmen lain pada hari berlangsungnya jualan amal..


p/s/s: akan ada lagi program amal yang lain pada masa akan datang, insyaallah akan dimaklumkan..yang baru lepas, program beri makan pada golongan gelandangan & singgah sahur..


p/s/s/s: any inquiries, do leave ur comment here as our fbs are set to private n we dont have any public pages..tq! =)


Sunday 8 July 2012

[Osem] Spot-spot Terbaik Dalam GoogleMaps!

Google maps yang selalu kita guna untuk carik direktori tempat yang kita nak pegi rupenye ade bende lagi menarik ok! Banyak bende yang menarik ade kat peta Google Maps yang kita tak perasan...aku perasan semua ni pon sebab ada orang post kat 9gag.com.

Untuk view gambar-gambar ni sekurang-kurangnye internet speed korang paling-paling pun optimum speed, kalau internet slow susah sket (amik masa nak load) sebab ade gambar yang high resolution (macam gambar gajah, jelas gila, cantik!)


Cara nak View?
1- Bukak GoogleMaps
2- Masuk kan Koordinat - Koordinate yang kat bawah ni..
3- enjoy!

Notis: akan ada peta yang takde detail mengikut list yang diberi sebab perubahan landskap (maknyenye, google dah update maps), kalau ade lagi tu, ok lah =)



Jerung: 31 59'20.53"S 152 34'18.47"E

Lakaran Geolif Manusia (Besar): 19 56'56.76"S 69 38'2.07"W

Kuda #1: 50 39'26.33"N 2 24'14.92"W

Panah Besar (Peru): 14 32'45.28"S 75 9'35.85"W

Muka Besar #1: 33 55'37.16"N 117 34'8.58"W

Lines in Peru (Nazca): 14 33'9.40"S 75 10'36.74"W

UFO #1: 78 38'29.61"N 15 7'5.50"E

Landskap Pelik (Binaan lama yang berlubang-lubang): 19 37'40.75"S 69 58'46.35"W

Kuda #2: 54 13'29.68"N 1 12'44.46"W

Lakaran Geolif (Chile): 19 12'13.45"S 70 0'30.41"W

Gajah-gajah kat Afrika (Hi Quality); 10 54'12.65"N 19 55'56.05"E

Arnab Besar: 44 14'39.77"N 7°46'10.71"E

SegiTiga Besar: 37 37'38.69"N 116 50'48.38"W

Kuda #3: 51 19'16.29"N 1 45'22.76"W

Dinosaur: 42 4'34.14"N 2 21'21.93"W

UFO #2: 45 42'11.97"N 21 18'7.81"E

Big Inscriptions in Chile: 17 58'20.55"S 70 14'12.89"W

Muka Smiley: 43 25'44.84"N 80 19'51.12"W

Kapal Layar Terbalik: 35.155109, 129.147554

Bangunan bentuk Nazi: 32.676124, -117.157731

Kem Tentera Tinggal: 37°21'46.81"N, 116°49'35.92"W

Bintang serupa bintang israel (Star of David): 37°19'22.70"N, 116°47'6.70"W

Kereta Terbalik: 51°19'18.04"N 6°34'35.84"E

UFO #3: 52°31'17.79"N 5°43'59.40"E

Muka Besar #2: 50° 0'34.25"N 110° 6'47.01"W

Orang Menari 47°53'4.39"N 107°36'53.23"E

Muka Besar #3: 39°26'24.76"N 84°17'34.93"W


p/s: Hampir bebas dari cengkaman kolej, tinggal 1% je lagi~ weehoooo =)

p/s/s: skang ni dah asyik sangat melayan Banana Smoothies dari Cool Fresh..stall dia sebelah kedai ni je..hohoho


*BIG GULP of Banananana Smoothies..*

Thursday 21 June 2012

I wrote this for my prettiest friend ~lalala


This is what I look like today
And I'm trying not to pull out my hair
I'm trying not to show it 'cause I'm far too shy to grow it back there
That's probably why I like wearing hats
There's no denying I'm deferring the facts
Avoiding confrontation
Lacks tact in a situation
Behind every line is a lesson yet to learn

But if you ask me
The feeling that I'm feeling is overwhelming
And oh, it goes to show
I've so much to know

I wrote this for my prettiest friend
Who while trying not to prove that I care
Trying not to make all my moves in one motion and scare her away
Well she can't see she's making me crazy now
I don't believe she knows she's amazing how
She has me holding my breathe
So I'd never guess that I'm a none such unsuitable, suited for her

But if you ask me
The feeling that I'm feeling is complimentery
And oh, it goes to show
The moral of the story is boy loves girl
And so on the way that it unfolds is yet to be told

I know that I should be brave
Even pretty can be seen by the blind
I know that I cannot wait
Until the day we finally learn how to find each other
Redefining open minds

And if you ask me
The feeling that I'm feeling is overjoyed
And it's golden, it goes to show then
The ending of this song should be left alone
And so on 'cause the way it unfolds is yet to be told

Monday 18 June 2012

Farewell: Lawood, Buku n Kad


15 Jun 2012 --> berlaku peristiwa pengisytiharan MERDEKA oleh Yang Berbahagia Mohamad Farhan Bin Mohamad Zukri di Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Sains Islam Malaysia..huahuahua..(jangan persoalkan gelaran gua tu, maksud nama gua -farhan- "yang berbahagia" oke! "yang girang gembira")

yes! gua sudah merdeka dari cengkaman silibus yang ditetapkan oleh kolej-ku nan hado itu yakni tamat sudah sesi Latihan Industri aku (atau lebih sedap disebut orang ramai sebagai PRAKTIKAL)..ingat nak post pasal mula-mula masuk praktikal masa hujung Mac 2012 nun..tapi, kini ku mengerti kenapa sesah untuk senior-senior aku untuk update ape-ape ketika praktikal sebab bila mula praktikal, asyik PIKIR PASAL KERJA JE!!! siyes, gua stress hari-hari pikir kerja..nak on9 pon macam tak berape nak best sangat..lagipun, aku BUAT DOUBLE WORK -klik sini- ..

alhamdulillah, bersyukur gila bangat dapat praktikal kat sini..sini mana? tak bagitau lagi eh? haha..oke-oke, sila tengok sini:


Penerbit USIM,
USIM,
71800 Nilai,
N9
-alamat diisi oleh si pemalas yang tengah bermalasan di tempat yang malas di depan laptop yang malas, oh, malasnye-

ape tu Penerbit USIM, yong? sepertimana korang suka beli buku-buku keluaran PTS Publication mahupun Telaga Biru ataupun InTeam Publication, yes! itulah kami, pengeluar buku-buku HANYA terbitan USIM..kitorang ni pengeluar buku-buku akademik yang dibuat oleh para pensyarah takpun student-student ataupun staf-staf (staf pun bole buat buku oke! ade daya, buat saje!)..buku-buku ala motivasi @ picisan tidak diterbitkan kami (ni cam bosan sikit)..ulang taip, AKADEMIK, ulang taip lagi, AKADEMIK SAJO~

percaya dengan qada' n qadar, allah tetapkan yang terbaik untuk hambaNya (bakal Imam Muda "saya Imam Muda Paan")..alhamdulillah tempat aku ber-praktikal ni walaweh n bombarstikalalala!!! (mengelabah jap)..environment yang condusive, staf-staf yang boleh main gila, sekepala, sekaki tangan dan segala se-, segalanya boleh kate close to perfect-lah to goodness..betul ke ni? huahuahuahahaha...

meh nak kenalkan dengan staf-staf yang TERBAIK~

dari kiri: Abg Faiz, Abg Nadzir, Kak Ita, Kak Dib (SV), Kak Muna, Pn Hariza, Kak Iza, Kak Ju, Abg Amirul, Abg Saiful

Staf-staf kat atas ni memang da boom! bahahaha..a.k.a. gempak! (puji lebih ni)..bila kerja kat situ rasa macam working in a family..ada masa-masa yang best & harus jugak ada masa-masa yang tak best..family aite? a family is olwez laik dat..no peace all the time, sometimes wars happen..

Banyak benda yang aku belajar sepanjang praktikal kat sini ye..dulu tengok buku tu, CUMA BUKU, BELI & BACA..tak pernah ter-pikir segala kronologi alkisah reproduksi penghasilan buku tu (hambik! masuk biologi)..dari mula-mula dapat artikel, nilai, proofread (bacaan pruf), design kaver, camne boleh ade nombor-nombor & kod berjalur-jalur, dan ape semua lah pasal penerbitan buku ni..mula-mula gua BLANK! 3 bulan kat sini dapat sikit-sikit ilmu pasal penerbitan ni..(tak berani kata dapat banyak ilmu, masih lagi ade details yang aku tak tau)

itu saje la kot yang nak dikongsi la kot..buat staf-staf kat sana, terima kasih yang tak terkira, tak terhingga sebab sudi bagi peluang untuk praktikal dekat situ..terima kasih atas tunjuk ajar, halalkan ilmu, makan n minum yang disekup-sekup kat pantry tu, cucur sayur yg Epul slalu beli tu, Pizza Hut kak Muna, KFC Abg Faiz, Dominos Abg Nadzir n Abg Mirul, Nasi Kerabu n Nasi Dagang kak Ju, homemade piza pn Hariza, lauk pauk kak Dib bawak, air milo 'spesel' kak Iza, kg Jijan kak Ita & segala-gala yang dibelanje sepanjang praktikal kat situ (camne nk kurus tu? haha)..terima kasih atas jagaan baik semua staf, be with them is like being in a family..Mintak Maaf kalau ade perangai tak berapa nak senonoh yang terpapar tak sengaja, ter-kuang aja, ter-pukul, ter-carut, ter-umpat, ter-sentap, ter-cantas kata-kata orang-orang tua & segala macam ter-..Maaf juge kalau hasil kerja situ kurang memuaskan, respon yang tak berapa nak baik dari saye & segala macam kesalahan yang saya tak perasan..'ASIF JIDDAN~ :(

[FAKTA YANG BUKAN AUTA] Mohd Farhan tak pernah ada pengalaman bekerja (part-time cuti SPM pun xpenah), praktikal ni lah 1st time dia masuk dunia career...

ps: (mood imam muda) semoga ukhuwah terjalin terus kekal..uhibbukum fillah, ukhuwah fillah abadan abada~


pps: kenapa tajuk "Lawood, Buku & Kad"? masa hari last kami pi makan kat restoran Nasi Kandar Lawood..diorang kate agak femes gak tempat makan ni selain Kg Jijan..tp, aku rase Kg Jijan TERBAEK~


ppps: alhamdulillah~ terase bangge bile ade yang cakap aku student praktikal terbaik dr semua student yg pernah praktikal kat situ..i.allah akan datang ade lg baik =)


ni haa kad nyer, kad farewell ku~

buku-buku yang aku pick, dipilih untuk masa depan..gua nak fokus linguistics~


Part-Time: 2 in 1 = lettihhh~


saje nak letak post ni..ni la tempat part-time ku~ sambil-sambil praktikal..lettihhh~ buat duble job dalam sehari..8am - 5pm = praktikal ; 6pm - 10pm = part time..ni la keje yang agak gile aku buat..jarak tempat praktikal dari rumah 30-40 minit..non-stop woo..8 pagi keluar rumah --> 11 malam baru balik, untuk 3 BULAN!!!

ni semua untuk backup sara diri..hari-hari pegi praktikal naik kete, 40 minit, paham-paham la minyak camne kan, belum kira maintenance lagi..usim bagi sehari rm...err..xnak citer..senang citer, elaun sebulan cukup-cukup buat duit minyak..duit tol, duit makan/belanja, maintenance nak cekau mana..terpakse la buat double job..lettih~ tapi boleh laaa..dah habis praktikal sambung terus fulltime kat sini..on my way carik peluang kerja yang lagi better..doakan ye~ amin =)

kelebihan keje sini: bole bace buku free2..dah brape novel habis entah..haha ;P

Saturday 16 June 2012

Epic Quotes from Epic Mangas

Jumpa 'kata-kata hikmah' ni masa browsing forum on9 tadi, komik ni ade jugak pekdahnye ye..so, galakkan adik-adik or anak-anak anda baca komik :D

"Pirates are evil? The Marines are righteous? These terms have always changed throughout the course of history! Kids who have never seen peace and kids who have never seen war have different values! Those who stand at the top determine what's wrong and what's right! This very place is neutral ground! Justice will prevail, you say? But of course it will! Whoever wins this war becomes justice!" - by: Donquixote Doflamingo (One Piece)

"I want you to feel pain, to think about pain, to accept pain, to know pain. Those who don't know pain can never know true peace." - by: - Nagato (Naruto)

"I suppose it is only to be expected. You have my pity. There is no such thing as 'truth' or 'lies' in this world; there never has been. There is only plain, hard facts. And yet, all beings who exist in this world take only those 'facts' that are convenient to them, and take them to be the 'truth'. They do so because they know no other way to live. However, for those powerless beings that make up the majority of this world it is those 'facts' that are inconvenient for their own self-affirmation that make up the real 'truth'." - by: Aizen Sousuke (Bleach)

"When does a man die? When he is hit by a bullet? No. When he suffers a disease? No. When he eats a soup made out of a poisonous mushroom? No! A man dies when he is forgotten!" - by: Dr. Hiluluk(One Piece)

"This is a battle. Of course it isn't fair! Fighting, after all, is a monster born from unfairness and intolerance. I can't stand that guy. I can beat that guy. I won't forgive that guy. Enemies are made for all sorts of reasons. From the moment one makes an enemy, until one breathes their final breath, they are in battle." - by: Nnoitra Gilga (Bleach)

"Admiration is a feeling furthest away from understanding." - by:Aizen Sousuke (Bleach)

"It's quite difficult to control one's strength while stepping on an ant without killing it." - by: Aizen Sousuke (Bleach)

"The difference between one speck of dust and two isn't something you can see with your eyes." - by: Aizen Sousuke (Bleach)

"There is nothing in this world that is truly "perfect". Though it may be a rather large cliché, it is still the truth. It is the ordinary people who look up to "perfection" as an ideal and seek after it. But in truth, what is this idea of "perfection" truly worth? Nothing. Not a single thing. I detest "perfection". To be "perfect" is to be unable to improve any further. There would be no scope for "creation", not a single gap in one's knowledge or one's ability. Do you see now? To true scientists like you and I, "Perfection" is tantamount to "despair". We aspire to reach greater levels of brilliance than ever before, but never, NEVER, to reach perfection. That is the paradox through which we scientists must struggle. Indeed, it is our duty to find pleasure in that struggle. In other words, the second you allowed yourself to spout a ridiculous word like "perfect", in truth, you had already been defeated. That is if you wish to be treated as a scientist." by: Kurotsuchi Mayuri (Bleach)

"Weaklings cant pick their way of death." - by: Trafalgar Law (One Piece)

"A time of separation will always come. When men part ways, tears should not be involved in it." - by: Usopp (One Piece)

"To "True Friendship"... How long you've known each other, means nothing." - by: Bon Clay (One Piece)

"Trusting in someone is the same as depending on them, that is something the weak do we have no use for it ... Never once have I told my subordinates to trust me. I have told them to come with me but I never said anything like "trust me and come with me". I have always told them to never trust anyone, myself included but sadly, there are not many who are strong enough to follow through to the end. All living creatures place their faith in someone more powerfull than them and they cannot survive unless they blindly follow that person. The recipient of that faith then seeks out someone in an even higher position in order to escape from the pressure, that person then seeks out someone even more powerfull that he must put his faith in. In this way all kings are born and in this way ... All Gods are born. Do not believe in me yet Hirako Shinji. For now I shall slowly teach you who the god is that you will put your faith in. Believing in me comes after that." - by: Aizen Sousoke (Bleach)

"So what is justice!? Forgiving the person who killed the person you love!? That is truly virtuous! It's beatiful! So much so that I can't bear to look upon it!!! But does being virtuous imply justice!? NO!!! Living on in life of peaceful harmony without avenging your fallen friend IS WICKEDNESS!!!" - by: Tousen Kaname (Bleach)

"In the ninja world, those who break the rules are trash, that's true, but those who abandon their comrades are worse than trash." - by:Uchiha Obito (Naruto)

"You don’t know what kind of human you are until the very end. One realizes their true nature at the moment of their death. That’s the way to view death." - by: Uchiha Itachi (Naruto)

"War brings death, injury and pain to both sides. There's nothing harder to accept than the deaths of those you love so you believe they could never die especially those who haven't known war like your generation. You try to find meaning in death but there's only pain and hatred that you don't know what to do with. Dying like trash, neverending hatred and pain that never heals. That is war." - by: Nagato (Naruto)


ps: komik bukan hanya untuk kanak2, orang dah umo 50 pun boleh layan lagi tau..~ peace n assalamualaikum =)


Monday 11 June 2012

sebuah tribute: Muzakkir Nur Syafiq Mesni

sebagai permulaan entri, marilah kita sedekahkan ALFATIHAH kepada ahli keluarga, kerabat saudara, sahabat handai, saudara sesama islam yang telah pun meninggalkan kita & semoga mereka berada dalam kalangan orang yang beriman, insyaAllah..

bacalah dengan sebutan makhraj yang betul~

ni merupakan entri tribut untuk arwah Muzakkir Nur Syafiq Mesni (akir), seseorang yang janggal bagi aku..arwah meninggal disebabkan Denggi pada 11/06/10 (genap 2 tahun)..kisah lanjut mengenai pemergian arwah boleh bace di blog Anas.

kenapa aku sebut janggal? aku tak suka dia ke? yup, aku PERNAH tak suka dengan arwah..biasa la, pertama kali jumpe mana sempat nak kenal hati budi seseorang tu..masa mula-mula jumpa arwah melalui classmate, Anasyg..akir ni mulut boleh tahan bising, laju je cakap itu ini..masa tu pulak aku ni jenis yang kureng dengan orang-orang camni..mungkin tu tak suka dengan arwah..dipendekkan siket cerita, aku masuk koko Bulan Sabit Merah Malaysia (arwah pun masuk persatuan yang sama)..dekat BSMM ni la aku kenal arwah dengan lebih..sebenarnye, tak ramai suka sangat dengan arwah..bukan arwah yang jahat, yang lain-lain ni kuat mengata..tapi, macam aku cakap tadi, mase dalam persatuan ni masing2 kenal lebih rapat..yang dulu duk mengata arwah, jadi sayang kat arwah, ni la kelebihan & kekuatan yang ada pada arwah..

aku yang awal-awal tak suka akir, dah lama lepas tu bila nampak akir je asyik nak lepak je dengan arwah..mulut arwah yang aku kata bising masa awal-awal tu sebenarnye kelebihan dia jugak..haha..seronok bila dengar arwah cakap, lawak tapi still beringat, lagi-lagi bab agama..oh, lupa nak mention..arwah ni pelajar Diploma Pengajian alQuran Assunnah (hebat kan?)..arwah ni pun terer bab agama gak..hebat kuasa 3..

Disebabkan arwah jugak aku kekal jadi pegawai persatuan Bulan Sabit Merah (peringkat pelajar)..al-kisahnye, lepas dah habis dalam PBSM sebagai pelatih, kitorang di promot jadik Pegawai persatuan (Hi-Officer)..kitorang ni sebenarnye kena PAKSA-rela masuk jadi pegawai (kena tarik, orang petik nama)..aku reject giler-giler taknak jadik pegawai..aku join koko untuk lulus je..lepas tu SUDAH..TAKNAK join lagi..time tengah reject tu, arwah akir bagi sepatah dua kata kat aku..aku diam & ikut, janji akir pun mesti ada sekali sepanjang jadi pegawai ni aku akan terus sambung jadi pegawai..

tapi, kejap je..lepas kem kepimpinan tu la akir mula sakit..lepas akir meninggal tu aku dah nak berhenti balik sebab bila takde akir, persatuan jadi kurang best..ramai jugak pegawai yang kurang semangat lepas akir meninggal..bila nak berhenti tu, teringat balik, akir semangat betul mase jadik pegawai..jadi macam rugi kalau kitorang berhenti semata-mata tu..lagipun kitorang pernah pergi khidmat komuniti kat rumah anak yatim bawah kelolaan BSMM jugak..akir janji nak datang balik nak mengajar anak-anak yatim tu, aku pun nak join sekali misi tu..huhu..tapi tak kesampaian..sebab ni jugak aku semangat nak sambung jadi pegawai lagi, insyaallah aku akan datang situ balik untuk tolong anak-anak yatim kat situ (doakan ye)

arwah akir seorang yang sangat COMEL (ini obvious), peramah gile, penyayang jugak, kalau berkawan dengan dia, tak pernah nak rasa susah hati sebab arwah jenis ceria-ceria astro ceria..sampai la arwah kat atas katil hospital pun arwah tak bagi orang susah hati dengan sakit yang arwah tanggung..masa hari dapat tau akir meninggal tu aku tak berapa sedih sangat (mungkin sebab ingat tu mesej prank) sebab kali terakhir nampak akir, arwah sihat wal afiat..arwah terlantar sakit tu pun kitorang tak tau (mungkin jugak arwah tak nak bagi kawan-kawan gelisah hati)..sekarang, dah 2 tahun pun..bagi aku, mengenali arwah merupakan satu nikmat yang Allah kurniakan kat aku & siapa-siapa kawan akir pun..

Akir, kau kesayangan kami..semoga rohmu dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh..insyallah~ amin..

sebagai imam yang mengetuai, bagi tazkirah maghrib :')

see, how just by his talk, he made everyone happy =)

rindu kau akir :')

tu handbag akir..hehe =D
kiut ;D

kenangan kat rumah anak yatim ;')

Friday 18 May 2012

Blog skin aku sudah di-'MORPH'-kan...

jumaah mubarak peepz..entri sekejap2 sebelum pi semayang jumaat..entri dah lame xupdate..ni update kejap sebab dah tukar rupe yang tak berapa nak baru..tone n gambar sebelum ni agak dull, aku tengok sendiri blog aku rase BOSAN + NGANTUK..skang ni segar sket lah kot..xbrape nk ngantuk sgt..hahahah..harapnye

Dari 2-3 minggu lepas nk update pasal praktikal tp tak ter-update lagi..i.allah malam ni @ besok..dah mintak cuti hujung minggu ni, lepak kluar dengan brothers skola dulu..ok~ chalo..laki2 tu, buat-buat paham ye..jom date dengan ALLAH..smoga ibadah diterimaNya insyaAllah.. =)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


~Hambik ko..berhabuk bersawang..brape keturunan spider pon aku tak tau~



TADAA~~~~~


| ok la ni kan...tak ngantuk sangat (kononnye)..hahahah |


Friday 13 April 2012

Kapal besar yang masing-masing ada sebijik :)

What is the biggest ship of all ships ever existed in the world?



rasenye semua tau ape jawapan untuk soalan kat atas tu...ramai dah guna soalan tu lagi-lagi dalam sms..huhuhu..sebelum tu, maap kalau ade sape terbersin, terbatuk ape ke..kaedahnye, blog ni dah sebulan x diupdate, bersarang berdebu blog nih..last post 29 feb, skang dah 6 apr pun..lebih dr sebulan (T^T) - air mata darah..skang dah mula praktikal, baru aku paham orang yang bila on9 tapi time praktikal diam je segala laman2 sosialnye..memang takde rase nak on9 sangat masa-masa camni (ni pun aku curik mase jap pagi jumaat ni, keje tak dapat lagi)..

Tarikh keramat 21 Mac sebelum ni terpalit kenangan tak best buat kelas aku..segalanye bermula 11 mei 2009 (btol ke?! men taram je..haha..aku yakin nih! hahaha) dalam lebih kurang 2-3 tahun lepas, datang KUIS, gaya newbie gile (baju, seluar iron bagi side tajam habis, neat gile, butang smpai atas, pakai songkok - kata KUIS - dak2 baru memang takkan lepas dari songkok, ber-tie semua) sampai malam tak bertukar (ade sebabnye, kejap lagi citer)..kelako bile ingat balik, semua yg mendaftar muka innocent habis..suci murni, skali rasa pasti nak lagi (eh? eh?)..dari tak kenal sapa2, sampai lah skang ni (lepas 3 tahun) femes terkadang disebabkan ke-taiko-an masing-masing..

bond yang tercipta terlampau akrab, dengan kelas dah x macam kawan, lebih macam adik-beradik..ade masalah kongsi dengan orang kelas, bab mengumpat pun same, senang ata dalam semua benda kitorang buat/kongsi sama-sama (aku siap ade 'bini' ngan 'anak' dalam kelas..bhahaha) ..sampai ramai kawan-kawan aku dari course-course (plural? kenapa tak courses je?!..err) lain semua jeles-jeles belaka..diorang tanya..

"jeles dengan kelas korang, kelas korang dah macam 1 family"

"korang 1 kelas rapat kan? kitorang dak2 habis kelas buat hal sendiri, korang lain, still lepak2 reramai 1 kelas"

ade tanya macam mana boleh rapat macam tu, kitorang just go with the flow ..tapi, rencah tambahannye, dak2 kelas kitorang tak kira laki @ pompuan, masing-masing perangai tingtong..mungkin sebab tu la kot..ade caranya kalau nak ukhuwwah tu manis @ mesra @ rapat ape semua, berpeganglah kat hadith ni:

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudara nya sebagiamana ia mengasihi dirinya sendiri."
- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

macam mana korang suka diri korang diperlakukan, macam mana korang tak suka diri korang diperlakukan, macam mana korang rasa bila susah/senang, macam mana korang nak orang nak hormat korang, n macam-macam lagi..dalam kata lain, fit in yourself in their shoes..jangan nak bising kasut tak sama saiz ke, hape ke..fit in je! haha..rase macam mana diorang rase dan korang akan bertindak yang sepatutnya..okeh, manusia memang tak terlepas dari melakukan kesilapan..so, ade masanye skan berlaku salah faham antara korang n kawan korang tapi belajar untuk overcome..salah faham dalam berkawan pun salah satu faktor makin kuat ikatan ukhuwwah tu..

thats it me guess..for my DELSians family (the 4th batch), of course i'll be missing u guys n we'll be missing each other..biiznillah, we'll meet again sometime..maybe on our graduation day ke, or bila masing2 free boleh plan a get together event (3days 2 nite kat mana2)..for sure, we'll meet again..thanx for the passed 3 years..i uhibbu u guys fillah..#lotsoflaf






lagu xberape nak rasmi DELS..haha..babai guys, c u on our graduation ceremony

p/s: lupe plak jawapan soalan 1st td.."FRIENDSHIP" leeeee..... :p


p/s/s: ade belek gambar pertabalan YDP Agong, pelik tengok kebanyakan permaisuri2 malaysia nih..tak gheti nak sarung tudung ke..kate para Sultan & Raja Raja Melayu sebagai KETUA AGAMA, knape permaisuri nyer cenggitu..isteri Putera Mahkota Brunei tetap ber-dress n bertudung, tetap nampak sweet..tabik lah! XD

Wednesday 22 February 2012

bila Allah dah bagi. Bersyukurlah.

bila sesuatu yang kita nak Allah permudahkan. Bersyukurlah.

alhamdulillah..minggu lepas masuk pertandingan SCRABBLE dan dapat tempat ke-3. Well, its okay what~..semuanya tak dirancang..eh?! silap..semuanya dalam perancangan Allah..tertulis dalam qada' dan qadar..mulanya aku sebagai AJK yang anjurkan pertandingan tu, disebabkan ade meja kosong, aku masuklah saje-saje, sekadar main-main (tak serius tau)..tuptap masuk final n dapat tempat ketiga..

tadaa~~ ni hadiah-hadiahnye :D
hadiah tempat ketiga bernilai RM100...jimat duit nak belanja..haha..aku sebenarnye dah tanam niat nak beli board game ala-ala scrabble tu gunakan voucher gomen bagi tu sebab nak main ngan adik-adik kat umah.. alhamdulillah, menang dapat menang boardgame free dari pertandingan scrabble tu..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..hehe..aku bawak balik rumah haritu, adik-adik aku seronok lah dapat benda baru..*abang mithali* hahaha..

voucher buku tu ade lagi RM200 belum digunakan langsung, insyaallah akan di belanjakan kat adik-adik aku yang masih sekolah lagi..kot-kot nak beli buku kerja tambahan ke, rujukan ke, komik (?) ke..dah masing-masing minat komik kan..haih...aku nak beli buku aku macam tak guna sangat sebab dah nak cuti & semester pun dah last & nak sampai hujung-hujung sem dah (jangan ada subject repeat sem depan ~ amin ya rabb)

haha..tu je kot..stakat nak sharing je..huhu..tak salah kan? kan? kan??

p/s: harini hari yang tak berape nak best sebab tadi frozen mase pembentangan kelas..TAK BEST!!


nota: baru buat tweeter "@farhanfiz"...maaplah..noob lagi..orang baru buatlah katekan :P

Tuesday 14 February 2012

[Gempar] Lagi isu sejadah!!!

Dulu pernah femes pasal sejadah tegak berdiri..mula-mula sehelai, bila dah heboh makin banyak sejadah yang tegak 'berdiri'...pastu diam, takde dah kes sejadah berdiri...baru-baru ni dalam berita ade balik isu ni (aku perasan pasal kes sejadah ni dalam entri BEN ASHAARI yang ini *klik*)

Tadi tengah masyuk online fesbuk, ter-perasan kat wall ade member fb share photo...pasal SEJADAH lagi...haha..tapi, kes kali ni mmg bagi GELAK BESAR PUNYE!!! hahaha...ade orang buat gambar sindir baek punye pasal isu sejadah berdiri ni...betul ape yang dikongsikan abg Ben tu, orang kita ni suka sesuatu benda yang pelik (mistik) dari sesuatu yang memang nyata...banyak lagi benda yang patut kita hayati yang berkenaan dengan ciptaanNya yang memang nyata ada kat sekeliling kita...hayati bulan bintang pun dah boleh untuk kagumi ciptaanNya...

.......GAMBAR.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


p/s: tak boleh blah gambar 'Nasihat Sejadah' tu...insaf taknak merempit dah tu...hahaha

----------SUMBER----------

Daisypath Anniversary tickers