Friday 29 April 2011

Dem You Dengue!!!

Assalamualaikum...hurm..kelmarin aku ade post pasal kawan aku masuk hospital positif denggi (masih dalam hospital)..baru-baru ni pulak, dapat tau dari wall facebook Ketua Kebajikan MPM (MPP KUIS) yang Timbalan Rektor KUIS, Dr. Zulkifli Aini, pun disahkan kena penyakit denggi ni..Ya Allah, sembuhkan & selamatkanlah mereka-mereka yang menghidap penyakit denggi ini..semoga mereka dapat semula menjalani hidup seharian mereka dengan tenang & selamat..


Bagi mereka-mereka yang lain, jaga kesihatan & persekitaran masing-masing ye..buat je segala langkah pencegahan yang perlu..tak payah nak berkrompomi, kalau sakit sape yang susah..bukan diri sendiri je, orang keliling pun (susah hati, susah-susah bagai) huhu..ni masa nak tulis entri ni ade je 2-3 ekor duk terngiang-ngiang nih..siap la korang (eh?? kau+orang?? so, kokor? kau+ekor??) .. siap la kokor, penampau 2-3 bijik+spray aerosol 1 tin (gila pe?!)..grrr >:( 

p/s: say no to nyamuk-nyamukan, nampak je *piap!* sebijik...

Borang, Borang & Borang ~ Student KUIS

Assalamualaikum...hah!! ni sape-sape yang kena isi borang yang berkenaan tapi ade masalah (masalah register LMS, masalah download, dsbgnya)...

1. klik link-link kat bawah ni untuk meng-download borang-borang yang berkenaan..
2. klik kat gambar untuk paparan lebih jelas..
3. RUJUK VIDEO KAT BAWAH  UNTUK PROSES PENDAFTARAN

Borang Pengesahan Pelajar Lama (SENIOR)

okeh, untuk borang ni spesel untuk semester 2 & keatas je..sebenarnya lebih kurang je dengan borang semester-semester yang lepas (borang warna pink yang kena diisi sebelum masuk pkk) cuma penambahannye, kita kena mintak t.tangan mentor untuk komfemkan yang kita ni SEORANG MAHASISWA KUIS -.-" ... waktu untuk jumpa mentor adalah dalam jam 8.30 pagi - 12.30 tgh/hr..untuk daftar; 8.30 pagi - 3.30 petang..tak tau sape mentor?? lagi senang, jumpa je KJ (Ketua Jabatan fakulti ye, bukan  yang KJ main politik tu) ...

~ni jadual pendaftaran; mase untuk jumpa mentor dr 8.30-12.30 je ye~

~contoh borang~

ni link untuk download borang pengesahan pelajar lama:

*updated: borang kat atas ni ade disediakan sebelum masuk pkk, tp lg senang kalau print sendiri sbb boleh terus amik t.tangan mentor, takyah ulang alik pi pkk..ramai lgpun..

Borang Pelekat Kenderaan (Sepenuh Masa)

Rase nye semua student dah sedia maklum, larangan pembawaan kenderaan mula semester depan..kelonggaran kepada pelajar tahun akhir (semester 5 & 6); tapi kami tetap kena isi borang permohonan..yang semester lain, kena mohon & perlu disertakan alasan yang munasabah (alasan ape?? pikir la sendiri..) .. rujuk gambar bawah..tak nampak?? hadoiyai, klik laaa =.="


klik link kat bawah untuk download borang permohonan pelekat kenderaan:
http://www.4shared.com/document/rvNEZ3B0/Microsoft_Word_-_BORANG_PELEKA.html?

*kawan aku cakap borang pelekat = borang mohon kenderaan..tp, kalau bukan, selalunya urusan kenderaan ni kat bahagian keselamatan (pejabat dekat dengan gate tu), pegi la kat situ ;P

Penempatan Luar Mahallah / Luar Kampus

yang ni untuk sape-sape yang nak tanak duk asrama tapi nak duk luar..rujuk kat gambar bawah untuk T&C..


Klik link kat bawah untuk download borang mohon duduk luar kampus:

*borang duduk luar kampus ni memang dalam format excel (.xls)..print dan isi je..

p/s: aku sertakan semua ni bukan aku ni gila kat kuis ke, ape ke..aku cuma nak memudahkan urusan masing-masing je..tapi, kalau korang rase lg senang masuk kat LMS tu, masuk je la ek..taknak bising-bising kat sini..rase nak download, download..kalau taknak, blah je..jangan bising-bisingan..penambahan, aku guna 4shared.com sebagai medium untuk download semua borang-borang ni.."aku hanyalah seorang student yang tak sabar nak habiskan sisa hidup sebagai seorang pelajar kuis"

Haaa!!! hambik nih!! kat bawah ni ade video animasi MPM-KUIS buat spesel untuk korang..tengok kreatif tak kreatifnye diorang ni..haha..
credit: MPM-KUIS

Thursday 28 April 2011

Sembuhkan-lah Dia ya Rabb~

~Shamil  (specky) dengan pakmus mase kursus PCA BSMM KUIS~

Assalamualaikum..baru sekian td aku dimaklumkan kat Fb, sorang sahabat setempat pengajian aku (KUIS), Ahmad Shamil Abu Bakar, dimasukkan ke hospital dengan positif menghidap penyakit denggi..innalillahiwa inna ilaihiraji'un..dapat je berita tu terus terasa nak gugur jantung..

Baru tahun lepas aku kehilangan sahabat dunia akhirat, arwah Muzakkir (akir) yang jugak disebabkan penyakit yang sama (denggi)..tahun ni, nak dekat beberapa minggu sebelum pendaftaran semester baru, dapat berita ni pulak..yang penting untuk masa ni adalah untuk pohonkan sebanyak doa supaya shamil sembuh dr penyakit tu & dapat balik ke kuis macam biasa..untuk shamil, anggap ni sbg satu ujian, kifarah kepada dosa2, & jangan cepat melatah..banyakkan-lah berdoa kpd-Nya, harapkan bantuanNya..kami sebagai kawan, sahabat, keluarga akan mendoakan yang terbaik untuk kau..semoga kau sembuh & selamat, dikurniakan nikmat kesihatan yang baik..

anda sekaliannya, minta untuk doakan yang terbaik untuk sahabat kami yg diatas ni..~ameen...

Tuesday 26 April 2011

Cakes, Cupcakes & Such!!! ~Chinonets Cuppies

http://chinonetscuppies.blogspot.com/

Are you a cake lover? cupcakes lover? choc lover? or wanted to order these for your oncoming occasions (birthdays, weddings, engagements, etc.)??? Chinonets Cuppies will please everything you want..CHINONETS CUPPIES is a budding business dealing with all types of cupcakes, they also take all-occasion orders of cakes too!! 

One unique fact about Chinonets Cuppies = the baker is a GENTLEMAN..stereotypically people assumed that baker of such business is a girl @ woman..nevertheless, Chinonets Cuppies's baker as i mentioned before is a man...surprising eh?? well, this approved that gentlemen also can smoke the kitchen as well (okay, i'm getting off the topic..hehe)

Currently, they are having a promotion. Details below:

http://chinonetscuppies.blogspot.com/

2011 MOTHER'S DAY PROMOTION:




For every 2kg of heart-shaped chocolate cake ordered in the 2011 Mother’s Day promotion, will entitle you to 3 pieces of chinonets cuppies for FREE. Just the right way to say: I LOVE YOU to your moms.


Promotion ends in July 2011.

All these and more only on Chinonets Cuppies

Visit their Facebook Page for more details!!!

Sunday 24 April 2011

Happy Monthsary!!!


Today (April 24th 2011), i've completed my 1 month blogaversary!!! It might doesn't seems like a big deals to some of you but it's huge to me ~ngeh3..well, so far i have posted about 19 blogposts (including dis post)..So, that make the average posts i've posted to 0.6333333333333333/day!!! (err..WTFish!!)

Give a burst of applause to my 22..ooopss, 23 followers..my mistake..didn't realize there is one follower who just followed me today..theehee ^o^" .. sorry yeah, Intan Shafina..kudos to them!! (^o^)V


p/s: incoming post will probably be "The People Who Inspired Me to Blogging"..till then, see ya; dun wannabe ya!! ttyl & ttfn ~chowsinchi XD

Mencukur Alis (bulu kening)

Assalamualaikum Brothers n Sisters..

Kali ni post pasal mencukur alis a.k.a. bulu kening..aku post ni sebab aku sendiri pening sebab tak faham secara terperinci fasal perincian hukum mencukur alis dari ape yang aku belajar dalam subjek pendidikan syariah islamiah (PSI) mase kat tingkatan 4..Topik: Hadith Hukum..Subtopik: Mengubah Ciptaan Allah..aku ingatkan kalau macam mencukur untuk mengemaskan bulu mata tu dikira haram (mengubah ciptaan Allah) tapi lepas terbaca 1 forum di laman MalaysiaNews (Yahoo Groups), baru faham..hehehe..kat bawah ni merupakan keterangan dari Ustaz Farid Ravi fasal isu cukuran alis ni..hurm..

Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

p/s: So, Lepas ni jangan buang abih kening tu, tu baru dikira haram..kalau cukuran untuk merapikan ke, ape ke = harus...hurm..lg 1, haram memenselkan kening ye!! & haram memakai WIG..

Saturday 23 April 2011

Feasting With The Short Sem-ers

Assalamualaikum...~woot!! haha..these past couple of days was awesome!! Semalam aku saje-saje datang ke kuis sebab ade sumthing..what is that sumthing?? naah~ tak perlu citer kot..dah alang-alang datang ke kuis tu, terus la jumpe member-member short sem..(kang biler tau aku datang kuis tapi tak jenguk diorang ade je yang tacing)..pi la jenguk sat, datang dalam tengah hari gitu dalam kul 1 lebih p.m gak la..diorang ade exam ghupenye kul 2.30 petang tu..nak tak nak kena tunggu diorang abes exam la, sementara nak menunggu tu pi setel 2-3 hal ngan admin kuis jap..

Tup-tap selesai sudah urusannye..lepas da diorang da abes exam tu ingat nak lepak la kejap (dr mula cuti sem tak jumpa, rindu la kan..haha) aku plan nak balik petang tu, lepak punye lepak, da lewat petang pun..diorang suh tunggu sampai malam pi makan sesame, asalnye aku ingat pi makan berempat je (aku, omar, sairi n paan) kat luar tu (sairi ngan paan dah suka kt Juara dah..haha)..bertiba-tiba, "ko nak pi makan ke? tunggu la jap..makan ngan kitorang skali", si zul meng-invite..last-last dari 4 orang terus 8 orang..

Siap-siap kul 9 lebih (sangat awal untuk dinner..hehe) sampai kt restoran D' Qaseh (siap promot lg haa)..grrr..ramai orang plak malam tu..akak restron tu bkak table kt luar, hujan td da benti..kitorang duduk dalam 2-3 minit, "drip-drip-drip" (siap bunyik lagi) renyai la balik..tunggu sat orang dalam abes melahap, akhirnye ada gak la 2 table kosong..lepas tu, "bla..bla..bla.." (ringkasan dr makan-makan + borak-borak) selesai suda..aku pelik ngan aku malam tu, slalu kalau makan ngan dak2 kuis, aku paling cepat abes makan..semalam, sumer da licin abih, nasik goreng kerabu aku ade lg setengah pinggan (kalau aku extremely happy, cenggini la jdiknye..huhu)..lepas tu, masing-masing dah bising sebab aku tak habih lagi, terpakse la melahap kasik cepat habih..

Dah abih makan ingat nak balik somban terus..cekidout langit "hujan renyai + jalan basah + taya moto tak berape nak elok + dak2 suh stay smpai sok = tido 1 malam kat kuis ngan dak2 nih"...haih -.-"..hehe..sok tu setel barang, tolong angkat barang-barang mereka-mereka yang nak balik (short sem dah abes final exam pun) & berdesup pulang..nak dekat sampai umah ade kejadian tak best..nak citer?? erk..nanti-nanti la..kot rajin nanti ade la update pasal kejadian uh..hehe..anyways, i had a blast fer the past two days (& 1 nite) of joy that kill..(btol ke?? hehe)~ okeh, chowsinchi!!




                     ~shah selepas chicken chop nye~                                     ~posing paan ngan nasik goreng kerabunye~

                                          ~"hah??"~                           ~"eeeeee", eddie tersengih tatkala diambil gambarnye~


p/s: sorry coz of d quality of d pictures..ape lah yang boleh diharapkan dengan kamera 1.3 mp..huhuhu..

*ahhah~thanx to my super besty, omar mohd fiqri sebab belanja sarapan pagi yang superb tu..Nasik Lemak + Big Apple Donut..~weeee...selamat berpraktikal!!, jadik la ustaz yg bek ye..ko tinggalkan aku kat kuis lg 2 sem..wuhuhu

**thanx jugak kat Jumali (post pasal baby sblum ni) sbb teman aku pegi kuis tengah hari tu..hehe

Wednesday 20 April 2011

Alhamdulillah!! Congratulations Jumali!!!

Assalamualaikum!!!! haha..tadi dalam pukul 11.00 malam masa aku baru log in my blog, aku bace satu blog update dr 1 of my besties dkt KUIS..ali (bukan nama sebenar) sbb nme sebenar dia Jumali (ngeh3) dapat ahli keluarga baru..anak dia?? eh, bukan la..Ali tu kawen pun blum lagi mana plak datang anak dia..

Maknye selamat lahirkan anak perempuan isnin lepas (18 April 2011)...wow!! selepas 20 tahun bergelar anak tunggal, akhirnya datang jugak sorang adik (Alhamdulillah)..nasihat aku, jadik la abang yg baik, penyayang, protective, dan segala macam pe- lagi..janganlah jeles2 dgn adik anda itu ye, berebut-rebutkan ibumu itu..hehehe...and, to ali's lil sis, smoga membesar jadik si gadis yang taat & solehah..

*hurm..gambarnye xdek la pulak..kene suh ali snap 2-3 gamba adik dia nih..hehe

p/s: for those who might not understand Malay..one of my best buddies at KUIS just got a lil sister..safely delivered last Monday (18 april 2011)..may with this newborn baby, allah bless jumali and his family with sheer happiness..insyaAllah..

Tuesday 19 April 2011

dah la tu..tak cukup2 lagi ke?!!

Assalamualaikum readers...grr!!!...bengang btol la aku ngan kolej tempat aku blaja sekarang nih..tak habis ngan hal2 diorang buat ngan students sebelum, pi tambah lagi masalah baru awat!! Peraturan ape semua dah ikut, arahan bagi dah pun follow (w/pun ade yang aku langgar sket2..sket je, bese la..kalo tak bukan student la nme nye..huhu)

Yang latest ni ade 2-3 probs...salah 1 nye yg berkait ngan aku ialah KEDIAMAN a.k.a. kemudahan asrama..aku ngan dak2 bilik dah elok reserve (kolej gunakan sistem reservation untuk bilik sem seterusnya, student kene reserve sblum hari last penghujung sem - sebelum cuti sem) kalau macam sebelum2 ni, dah reserve tu, msuk je sem depan trus masuk bilik yg dah di-reserve tu...tp, yg baru ni, bahagian kediaman KUIS pindahkan student tingkat 1-4 dr parcel 2 (blok 2) ke parcel 4 (blok 4)..ni yang buat aku hangin, dah la tukar tak bagi notis awal, main campak pulak kat bilik lain + aku ngan member bilik dah asing bilik..waddehell!! kalau dah asing bilik camner lak kalo nak wat diskusi dowh!! memang mencarut habis lepas dpt tau..grr!!! lepas dpt tau tu trus roger MPM kebajikan mahasiswa (MPP KUIS) saudara Saiful Nizam mintak penjelasan & penyelesaian..mintak2 la beliau dpt bincang balik dengan orang yg berkenaan & kitorang yg kena pindah bilik ni dpt balik blik lama masing2..



*knape nak spesial sangat bagi budak baru duk 1 kawasan..sem-sem sebelum ni elok je takde masalah, kalau student lama + student baru 1 bilik kan lagi elok..boleh kenal2 & senang kalau diorang nak tny ape2, rujuk je kat senior..kalau nak rujuk admin, perghh!!! cam harem..ngan perangai diorang cam %(&^$ tu, macam sia-sia je.. *serupa assobiyyah je..

**kononnye skang guna sistem on9 secara keseluruhannya, download borang nak mohon itu ini on9 je..sekali carik, failnye xde la, xbleh log on itu ini la..urghh!! bangang tol!! sistem LMS tu plak mcm xde guna je..kosong..xde pape!!

p/s: yg duduk blok 2 tu kebanyakkannye yang dah tahun akhir + sem akhir, diorang wat camni...ni penindasan ni..grr!!!! nak buat lg panjang ni tp kang byk sangat mencarut mengata, timbun dosa aku..

Monday 18 April 2011

Sony Vegas Pro 10 + Crack!!!




halo..halo..entri ni saje-saje dipost untuk mereka-mereka yang teringin nak edit audio video (sort of) tp takde software-nye @ tak berkemampuan nak beli (mahal kot?!)..macam aku, disebabkan aku pakai Win 7 Starter (tak mampu der), so, takde feature Windows Live Movie Maker..disebabkan dah lama & teringin nak edit2 video ni, nak x nak, aku perabis usha software2 yg masyuk untuk edit video nih..sebelum ni pernah cuba Adobe Premier tp complicated habis..aku tak reti weh nak guna adobe creative suite master nih (termasuk photoshop..maluuu)..so, google punya google, aku jumpa software yg masyuk untuk audiovideo editing ni a.k.a. Sony Vegas Pro 10..


Vegas Pro 10.0a ni produk paling latest & cool dr Sony Creative Software...boleh kate software ni superbly powerful software untuk editing..kiranya standard professional editing-lah (untuk sape yang dah master software ni laa, aku blum lg la weh..huhu)
LAGI INFO DIBAWAH:

Sony Vegas - Professional Video, Audio, and Blue-ray Disc Creation! Only Vegas software combines real-time SD, DV, and HDV video editing with unrivaled audio tools to provide the ultimate all-in-one environment for creative professionals - high-definition and high-fidelity.

Sony Vegas is a professional non-linear editing system (NLE) originally published by Sonic Foundry, now owned and run by Sony Creative Software. Originally developed as an audio editor, it eventually developed into an NLE for video and audio from version 2.0. Vegas features real-time multitrack video and audio editing on unlimited tracks, resolution-independent video sequencing, complex effects and compositing tools, 24-bit/192 kHz audio support, VST and DirectX plug-in effect support, and Dolby Digital surround sound mixing. It's designed for Microsoft Windows XPVista and 7. In April 2007, Sony along with AMD jointly demonstrated a 64-bit version of Vegas running on 64-bit Vista. 

GET IT FOR FREE!!!

* Sebelum mula, download dulu trial version kat original sony website:

* Lepas tu, Download pulak fail Crack:

PENTING!!! Ikut langkah2 berikut:

install sony vegas  trial yang dah didownload ke computer
extrak fail Sony Vegas Pro 10 crack
bukak fail yang dah di ekstrak

NOTE!!! klik dulu dkt "Sony_VegasPro8_DVDArchitect45_SoundForge9_CRACK.exe"
klik pulak dekat "movie cut" yg warne hitam tuh & locate fail nih "C:\Program Files\Sony\Vegas Pro 10.0" * klik "OK"
dah tu, klik dkt butang "+"
lepas tu, klik "Crack Me" kat pompuan tu..
selesai proses crack, klik smiley hitam berpangkah X tu..

bukak sony vegas pro 10
bukak pulak keygen (dalam fail crack tu) pilih nama produk : Vegas Pro 10.0 (32 and 64 bit) Series
masukkan seriel number, klik next smpai ade pilihan butang
pilih "register from another computer" & masukkan informasi palsu kat borang tu..
next, dan masukkan "activation key" yang ade kat keygen yang sama
last klik n tadaa~...dah siap..

Tak Paham...huhu...rujuk video tutorial kat bawah ni:


credit to:
mikahlamka - Class A Hacker (www.hackcommunity.com)

Martik Panosian's Blog
*kat blog Martik ni, korang bleh dptkan banyak tutorial pasal computers, softwares & such (IT related things for sure)

p/s: aku post ni pun sbb nye, mse aku carik kat google aku amik page yg paling ramai bukak..dah donlod ape sumer..ghupenye patch ngan crack dier xbleh guna..cam haram..berpuloh web gak la yg aku geledah semate-mate nak carik bende alah ni..at last, jmpe gak..

Sunday 17 April 2011

Hepi Besday to you!!!!

~woot!!!! harini tanggal 17 April 2011 merupakan hari ulangtahun kelahiran seorang lelaki yang terhebat yang penah aku kenal..ya! tiada yang lain, of cos la besday Ayahku....tua sudah and makin tua..harini sambutan besday beliau yang ke 53..serba sedikit pasal beliau:

~Haruslah yang kiri tu ayah aku~
*beliau juge tak berape nak suka bab amik gamba nih..hehe
~En. Mohamad Zukri~
~17 April 1958~
~Sekarang keje Pegawai Polis~
~Strict + caring teramat~
*tak bleh bg lebih..bahaye..~ngeh3

"Selamat Hari Lahir, Sannah Helwa, Hepi Besday, Joyeux Anniversaire, Buon Compleanno, qu ni sheng er kuai le, etc. etc. to the greatest man ever, En. Zukri b. Jamaludin (our beloved ayah, abi, daddy, father, itay, etc.)..smoga dimurahkan rezki, hidup dirahmati Allah, dikurniakan nikmat kesihatan yg baik, hidup bahagia sejahtera dunia akhirat..~ameen."

Harini jugak besday sorang budak laki nih..haha..si akim..hah?! akim af?? bukan, mimpi la aku nak selebret besday dia..da la sebaya ngan aku + aku mana la minat akim af ni..tak pernah terminat langsung..akim yang ni adik angkat aku kat skola dulu..serba sedikit

*pergh...kerek siot muke ko..haha..jgn mara ye (da la cepat tacing..ngeh3)*
*curik gamba kat fb..wuwuwu*
~Zulhakim~
~17 April 1995~
~Form 4 (SBPI_)~
~budak paling baik giler kat skola, tp alhamdulillah akademik gempak~
*tu je kot..huhu..hutang adiah PMR dak ni x langsai lg..tunggu la fulus ade hendaknye, ade la hadiahnye*
-doa kat atas tu pun untuk enko jugak ye akim, gud luck utk SPM '12 tahun depan-

p/s: ibu bagi pezen jam cap buaya kat ayah..yang anak2nye plan nak setelkan kek..nak bakar sebijik tp harini dapur sgt bizi, ibu masak macam2..nak pi beli kat bakery, moto xbg pegi plak..haih -.-" tahun ni xdak kek..yg dak lg sorang ni..hur..kendian la ek..huhu

~ni la jam nye..crocodile ori woo, kire ok la dr omega ye tak~

Wednesday 13 April 2011

Statistik Kepenggunaan Fb Ikut Negara..

Malaysia no 16?!! Aktif gak la kirenye orang Mesia ni ber-Fb kan..haha...more info = godek-godek la table kat bawah ni..ni statistik terbaru diambil pada 1 April 2011

[poem] Child Abuse by Jordan

This is a true story:


Her dad was a drunk
Her mom was an addict
Her parents kept her

Locked in an attic

Her only friend
was a little toy bear
It was old and worn out
And had patches of hair

She always talked to it
When no one's around
She lays there and hugs it
Not a peep of sound

Until her parents
unlock the door
Some more and more pain
She'll have to endure

A bruise on her leg
A scar on her face
Why would she be
In such a horrible place?

But she grabs her bear
And softly cries
She loves her parents
But they want her to die

She sits in the corner
Quiet but thinking,
"Please God, why is
My life always sinking? "

Such a bad life
For a sad little kid
She'd get beaten and beaten
For anything she did

Then one night
Her mom came home high
And the poor child was beaten
As hours went by

Then her mom suddenly
Grabbed for a blade
It was sharp and pointy
One that she made

She thrusted the blade
Right in her chest,
"You deserve to die
You worthless piece of shit!"

The mom walked out
Leaving the girl slowly dying
She grabbed her bear
And again started crying

Police showed up
At the small little house
Then quickly barged in
Everything quiet as a mouse

One officer slowly
Opened a door
To find the little girl
Lying dead on the floor

It must have been bad
To go through so much harm
But at least she died
With her best friend in her arms


Wednesday 6 April 2011

Wicked Wednesday!!! ~ 3R

السلام عليكم

evening peepz!! today is about wicked wednesday ~ 3R..ape benda alah 3R tu?? it's Riang Ria Rabu..yup, harini hari yang agak best diselitkan sikit elemen tak best (huhu)..well, orang tua-tua kata

Saturday 2 April 2011

Bina Masjid...

السلام عليكم

selamat semua!!! bina masjid atau bahasa mudahnya, KAHWIN..hey, hey, bukan aku la eh..ni saja-saja nak cerita balik momen-momen masa sepupu aku kahwin yg baru berlangsung beberapa minggu lepas..sepatutnya dah lama aku update pasal wedding kazen aku ni, tp disebabkan masa tu aku belum kenal menatang blog ni, maka sekarang barulah nak di update pasal wedding tu..huhu..
Daisypath Anniversary tickers