Saturday, 4 April 2015

Hi~ I'm Farhan from UPM

Tajuk entri kali ni merupakan dialog yang aku sebut tiap hari sepanjang cuti semester ni.

Sebelum masuk cuti sem lepas, ada member offer kerja part time waktu cuti. Tengok job cambest lak, rembat lah ape lagi kan. Kerja as terminator enumerator. Enumerator? whatthefish is dat? ahaha..asalnye aku pon taktau mende alah enumerator tu apa, lepas dah jumpa the PIC (baca: person-in-charge) for the job, baru pehe.

Enumerator atau nama melayunye pembanci. Amende lak keje pembanci ni?

Ala-ala orang gomen yang pegi rumah ke rumah buat bancian tu, edar borang kaji selidik untuk tengok feedback orang yang dibanci kepada isu yang diketengahkan borang kaji selidik tu. Ayat terlampau akademik? ahaha..nak buat camne, kerja enumerator yang aku buat ni memang bidang akademik, bawah Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (ehem..universiti ranking pertama dalam Malaysia..emmm) yang berkenaan dengan tourists travelling and dining experience in Malacca..yup, kat Melaka. seminggu lebih jugak la bertapa dekat Melaka ni. Ada banyak tempat yang research ni cover, yang aku tau Pulau Pinang, tempat lain ada tapi taktau mana. So, bersepah lah kanak-kanak UPM serata Malaysia edar survey ni.

Hi~ My name is Melah from UPM, I am doing a survey on yadda yadda. would you like to participate in the survey?
(ala-ala gini la gayanya)
Duduk mana melaka? aku gelandangan dekat guesthouse betul-betul depan Menara Taming Sari. Nama guesthouse tu Lavender Guesthouse. Buat siapa-siapa yang nak menapak area bandaraya bersejarah tu dicadangkan duduk kat Lavender Guesthouse ni sebab fasiliti dia memang tiptop..Puas hati duduk situ, mesra pelanggan & rasa macam kat rumah je. tengok sini >Lavender Guesthouse<. Memang comfy habis plus tempat strategik between shopping malls & historical sites.

Tapi takde la ketuk rumah macam kat gambar tu, Kami kena dapatkan international tourists aka pelancong luar negara untuk jawab survey. NO LOCALS. macam wow! Kena grab some random tourists and ask them to answer an 80 questions survey. Bayangkan kau dalam situasi derang (tapi versi suka buruk sangka), mesti ingat ni gores & menang punya sindiket or takpun sindiket derma paksa macam orang duk selalu buat sekarang ni. Kitorang siap disoal Polis & Majlis Perbandaran sebab suspek sindiket-sindiket gitu la. Hahaha.

Jadik enumerator ni agak tough dan perlukan ketebalan muka yang sangat tebal. Hahaha. ye lah, kau kena talk to hundreds of strangers hoping that they'll cooperate sebab paycheck kau bergantung kepada jumlah survey yang kau dapat. Sorang kena habiskan 100 papers dalam seminggu plus. Nampak macam sikit & mudah rite? 100 je. Bayangkan kena berjalan bawah terik sampai kena sunburn teruk sesambil interview strangers. Plus, the rejection. Bukan semua pelancong bagi kerjasama. And Melaka punya tourist spots sangat kecik kau akan jumpa pelancong yang dah jawab survey yang sama sebab kawan kau yang ada belah sana dah tanya. Yup, sangat kecik aku boleh cover Jonker street, the Stadthuys, St Paul Church, A Famosa Fort, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka (area research) 5-6 round dalam sehari & kitorang ada 6 orang semuanya yang sorang buat 100 sets.

Aku sangat susah nak dapat tourists mungkin sebab not appealing enough (erk..hahaha), communication skill still at the bottom, salah trick approach. Final day orang lain belas-belas je tinggal, ada yang tinggal 6 sets. Aku masih berbaki 23 sets. Nasib baiklah member semua baik sebabun. Yang dah habis, amik some of aku punya surveys, tolong distribute. Rasa lemah pulak diri ini. isk~ ahaha..takpe, dapat gaji nanti aku belanje korang yang tolong.

Kerja enumerating ni sangat new bagi aku. So, bagi aku banyak experience boleh dapat dari kerja ni. 1st of ol, u get to improve ur english kate ko! mane taknye, edar survey bukan takat pelancong jawab survey, dapatnye pelancong extra peramah, 30 minit tak cukup korang borak. Aku kena kat 2 couples ni, orang tua berempat dari UK. Ya ampun sangat lah peramahnye, dia seronok bercerita dia dari zaman 60-an sampai harini. Hahaha. 2nd, u get to see life from different perspective. Kau jumpa dengan beratus orang yang pelbagai ragam. Selalu kita duk hadap ragam orang Malaysia je. Ni ragam orang luar. Lagi dasat pe'el diorang. Hahaha. 3rd, a totally new experience. again, jumpa dengan various kinds of people, exchanging thoughts and ideas, that are really something yang kau tak dapat in your daily norms. Ada 2 pelancong Danish yang hensem (negara mane ek? haha), diorang student civil engineer, diorang siap bagi idea macam mana nak jadikan sungai melaka as the new Venice, negeri yang terkenal dengan laluan air. Ada yang kongsi pengalaman hidup diorang kat luar sana yang kita tak pernah teroka membuatkan aku nak sangat backpack kesana situ bila ada ruang dan wang nanti. 4th, adoi banyak sangat nak konsi. Basically, it's a priceless experience.

Dan dari pemerhatian aku, most tourists muda yang aku jumpa umor dalam 20-24 dah travel dunia dan kau masih di Malaysia doing what u thought great but not. hahaha. kejam. Kalau korang nak experience jadik enumerator, boleh try rujuk dengan fakulti-fakulti uni korang, selalunya memang akan ada job ni sebab universiti is mostly about research and when it comes to a massive & important research, enumerators are required. That's all la kot yang aku ter-ingat buat sementara ni, kalau ada yang ter-ingat kemudian, I'll update this entry. ehee~~~



No comments: