Thursday 20 December 2012

[Tutorial??] Solat Berjemaah..

selepas setengah tahun tinggalkan blog bersendirian, kini kembali ketuk-ketuk keyboard..dah la lama tak update, tetibe nak buat tuto plak..tuto pasal solat berjemaah lagi tu..adekah ini blog  fiqh 'ibadah (wow!) mahupun kelas KAFA?..amende kah yang tuan blog ini cuba lakukan..apekah? APEKAH?!

*this iz not exactly a tutorial, just a simple advice done from observations. tutorial make it sounds more...technical =)

Ekceli, benda ni pendam lama dah..nak post kat blog tak-ter-post dek lupa kewujudan blog ni (owner blog hampeh, jangan contohi perangai beliau) ..ni perkongsian pengalaman beberapa 'kejadian' dalam berjemaah masa solat jumaat..kenapa solat jumaat? paham-paham aje la, time-time tu je surau-surau dan juge masjid-masjid sarat dengan homo sapiens..

Benda yang selalu menimbulkan ketidaktenangan gue time-time itu semestinya perkara "barisan saf"

Terkadang, macam-macam pe'el (gaya) gue tengok bila dirikan saf seusai khutbah & doa..gue lihat, ada golongan makmum yang sukehati nak berdiri kat mana-mana yang dia nak..yang lompong tak diisi, yang jarang tak dirapati (makin dijarakkan lagi pun ade..kat mane belaja dirikan saf gitu?)

ni antara situasi nye:


gambar atas: imam baru angkat takbir, ada lompong saf depan..aku lihat mereka yang berada kat belakang tempat yang kosong lagi lompong tu buat tuli je, buta mata..taknak penuhkan pastu terus angkat takbir ikut imam..kalau budak kecik gue tak pelik, TAPI terkadang yang dah beruban menunggu panggilan tanah merah ber-set batu nisan pun tak reti-reti nak penuhkan saf depan..wadehek..kalau kanak-kanak boleh penuh kan saf sepenuh-penuhnya, malu la wahai saudara tua. nampak me! tu? terkadang aku yang jauh sekilometer kena melangkah jauh penuhkan yang kosong tu.. =,="


gambar lagi: yang ni pesen (fesyen/stail/gaya..amende je lah) orang rapatkan saf ikut sukahati..apa yang aku di-didik dari kecik, kalau solat jemaah ada lompong tu, rapatkan ke tengah saf supaya nampak sempurna & cantik saf tu..yang kat atas tu, lompong dekat dengan tengah-tengah..tapi dia rapat ke orang yang ada kat tepi tembok surau/mesejid..

sebenarnya ada banyak lagi pe'el yang nak dikongsi, tapi yang teringat buat sementara ni tu je..in syaa allah akan update kemudian..aku bukan manusia sempurna nak kata aku ni bagus/baik..aku cuma nak tegur apa yang kurang supaya orang lain tak buat kesilapan yang tak patut..

aku nak quote (lebih kepada copypaste ade la kot) post dari blogger yang arif bab ibadah ni:


Sah hukum solat bagi jemaah yang terputus safnya tetapi solat itu kurang sempurna. Walaupun isu sah atau tidak solat seseorang itu penting, tetapi ada isu lebih besar yang lebih perlu kita pegang dan perbaiki.

Untuk sah solat, dengan sembahyang bersendirian itu sudah mencukupi. Tetapi untuk mendapat kesempurnaan solat dan kekuatan ummah, solatlah berjemaah, dengan sempurna. atau jika tidak akan berpecah belahlah hati-hati kita. Wa na'zubillah :
Nu'man b. Basyir berkata, "Adalah rasulullah saw memperbaik saf-saf kami seakan-akan beliau memperbaik anak-anak panah. Demikian beliau lakukan sehingga baginda yakin telah mengetahuinya dengan baik. Pada suatu hari baginda keluar lalu berdiri, Di kala hampir bertakbir, beliau melihat seorang lelaki yang agak maju sedikit dari saf, maka baginda bersabda, "Wahai hamba Allah, hendaklah kamu merapatkan saf, meluruskann melempangkannya atau hendaklah Allah membedakan antara hati-hatimu. (Hadith riwayat Jamaah kecuali Bukhari


credit: School of Life

ps: masih ada yang tak tau kalau masbuk solat jumaat kena lengkapkan 4 rakaat macam laksanakan solat zohor..nak sajest kat tok imam suh maklumkan benda ni kat jemaah lepas solat jumaat guna speaker? dapat gak la ilmu yang tak tahu dari main bantai solat tapi salah..

ps2: masih dalam proses nak merajinkan diri ke surau..ibu kata surau depan rumah pun susah nak pegi, buat malu ja..pahala 7x pun taknak ke *dush* tepek kena muka gua..

No comments:

Daisypath Anniversary tickers