Monday, 18 August 2014

Bagi aku musibah, ya tuhan!

Sesekali terdetik dekat ruang kecil hati ni, ada ke kawan yang sudi ziarah? ade ke kawan ambil kisah?

"Macam mana la kalau aku kena timpa sakit gering?"

Waktu tu, akan tertayang siapa kawan, siapa seteru dalam kelambu.

---

Aku ada kawan, dah ketuk pintu maut, cuma belum mula langkah. Aku seronok tengok keadaan dia. Bukan seronok tengok bakal jenazah. Tapi seronok tengok 'keluarga prihatin' yang datang. Kawan-kawan datang, di usap belai, tak putus kuntum doa.

Berkat sekalian dan izin-Nya, alhamdulillah diberi peluang kedua.

Mana kawan, mana seteru. Kawan bukan pada kuantiti, tapi pada setia.

No comments: