Friday, 8 August 2014

Hati sakit ke? Sakit hati?

Tengokkan hati dia
Jagakan hati dia
Perhatikan hati dia
Lindungkan hati dia
Biar dia selesa
Biar dia gembira
Jangan dicalarkan
Jangan dibiar berderai

Sedang hati kita
Rabak berkecai
Ghaib tak bertanda
Darah tak terkesan
Nak dijahit, perit
Nak dibiar, busuk

Kau kena kejam
Kata sekalian
Aku tak kuat
Aku tak sanggup
Biar dirobek dalam
Hanya senyum terukir

Hati dia
Kita jaga,
Hati kita?
Ada siapa?

-kenal diri sendiri, jadi diri sendiri, jangan dimakan hasut, jangan dirasuk nista-

Farhan Zukri
Sayyidul Ayyam
12 Syawal 1435H
20:06:45

No comments: