Monday, 11 June 2012

sebuah tribute: Muzakkir Nur Syafiq Mesni

sebagai permulaan entri, marilah kita sedekahkan ALFATIHAH kepada ahli keluarga, kerabat saudara, sahabat handai, saudara sesama islam yang telah pun meninggalkan kita & semoga mereka berada dalam kalangan orang yang beriman, insyaAllah..

bacalah dengan sebutan makhraj yang betul~

ni merupakan entri tribut untuk arwah Muzakkir Nur Syafiq Mesni (akir), seseorang yang janggal bagi aku..arwah meninggal disebabkan Denggi pada 11/06/10 (genap 2 tahun)..kisah lanjut mengenai pemergian arwah boleh bace di blog Anas.

kenapa aku sebut janggal? aku tak suka dia ke? yup, aku PERNAH tak suka dengan arwah..biasa la, pertama kali jumpe mana sempat nak kenal hati budi seseorang tu..masa mula-mula jumpa arwah melalui classmate, Anasyg..akir ni mulut boleh tahan bising, laju je cakap itu ini..masa tu pulak aku ni jenis yang kureng dengan orang-orang camni..mungkin tu tak suka dengan arwah..dipendekkan siket cerita, aku masuk koko Bulan Sabit Merah Malaysia (arwah pun masuk persatuan yang sama)..dekat BSMM ni la aku kenal arwah dengan lebih..sebenarnye, tak ramai suka sangat dengan arwah..bukan arwah yang jahat, yang lain-lain ni kuat mengata..tapi, macam aku cakap tadi, mase dalam persatuan ni masing2 kenal lebih rapat..yang dulu duk mengata arwah, jadi sayang kat arwah, ni la kelebihan & kekuatan yang ada pada arwah..

aku yang awal-awal tak suka akir, dah lama lepas tu bila nampak akir je asyik nak lepak je dengan arwah..mulut arwah yang aku kata bising masa awal-awal tu sebenarnye kelebihan dia jugak..haha..seronok bila dengar arwah cakap, lawak tapi still beringat, lagi-lagi bab agama..oh, lupa nak mention..arwah ni pelajar Diploma Pengajian alQuran Assunnah (hebat kan?)..arwah ni pun terer bab agama gak..hebat kuasa 3..

Disebabkan arwah jugak aku kekal jadi pegawai persatuan Bulan Sabit Merah (peringkat pelajar)..al-kisahnye, lepas dah habis dalam PBSM sebagai pelatih, kitorang di promot jadik Pegawai persatuan (Hi-Officer)..kitorang ni sebenarnye kena PAKSA-rela masuk jadi pegawai (kena tarik, orang petik nama)..aku reject giler-giler taknak jadik pegawai..aku join koko untuk lulus je..lepas tu SUDAH..TAKNAK join lagi..time tengah reject tu, arwah akir bagi sepatah dua kata kat aku..aku diam & ikut, janji akir pun mesti ada sekali sepanjang jadi pegawai ni aku akan terus sambung jadi pegawai..

tapi, kejap je..lepas kem kepimpinan tu la akir mula sakit..lepas akir meninggal tu aku dah nak berhenti balik sebab bila takde akir, persatuan jadi kurang best..ramai jugak pegawai yang kurang semangat lepas akir meninggal..bila nak berhenti tu, teringat balik, akir semangat betul mase jadik pegawai..jadi macam rugi kalau kitorang berhenti semata-mata tu..lagipun kitorang pernah pergi khidmat komuniti kat rumah anak yatim bawah kelolaan BSMM jugak..akir janji nak datang balik nak mengajar anak-anak yatim tu, aku pun nak join sekali misi tu..huhu..tapi tak kesampaian..sebab ni jugak aku semangat nak sambung jadi pegawai lagi, insyaallah aku akan datang situ balik untuk tolong anak-anak yatim kat situ (doakan ye)

arwah akir seorang yang sangat COMEL (ini obvious), peramah gile, penyayang jugak, kalau berkawan dengan dia, tak pernah nak rasa susah hati sebab arwah jenis ceria-ceria astro ceria..sampai la arwah kat atas katil hospital pun arwah tak bagi orang susah hati dengan sakit yang arwah tanggung..masa hari dapat tau akir meninggal tu aku tak berapa sedih sangat (mungkin sebab ingat tu mesej prank) sebab kali terakhir nampak akir, arwah sihat wal afiat..arwah terlantar sakit tu pun kitorang tak tau (mungkin jugak arwah tak nak bagi kawan-kawan gelisah hati)..sekarang, dah 2 tahun pun..bagi aku, mengenali arwah merupakan satu nikmat yang Allah kurniakan kat aku & siapa-siapa kawan akir pun..

Akir, kau kesayangan kami..semoga rohmu dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh..insyallah~ amin..

sebagai imam yang mengetuai, bagi tazkirah maghrib :')

see, how just by his talk, he made everyone happy =)

rindu kau akir :')

tu handbag akir..hehe =D
kiut ;D

kenangan kat rumah anak yatim ;')

2 comments:

Anasyg said...

itu gamba berframe - mmg ada dalam template ke? photoscapey?

Farhan Zukri said...

memey ade dalam template..lgpon, ade code untuk frame..carik saijo~