Thursday, 20 December 2012

[Tutorial??] Solat Berjemaah..

selepas setengah tahun tinggalkan blog bersendirian, kini kembali ketuk-ketuk keyboard..dah la lama tak update, tetibe nak buat tuto plak..tuto pasal solat berjemaah lagi tu..adekah ini blog  fiqh 'ibadah (wow!) mahupun kelas KAFA?..amende kah yang tuan blog ini cuba lakukan..apekah? APEKAH?!

*this iz not exactly a tutorial, just a simple advice done from observations. tutorial make it sounds more...technical =)

Ekceli, benda ni pendam lama dah..nak post kat blog tak-ter-post dek lupa kewujudan blog ni (owner blog hampeh, jangan contohi perangai beliau) ..ni perkongsian pengalaman beberapa 'kejadian' dalam berjemaah masa solat jumaat..kenapa solat jumaat? paham-paham aje la, time-time tu je surau-surau dan juge masjid-masjid sarat dengan homo sapiens..

Benda yang selalu menimbulkan ketidaktenangan gue time-time itu semestinya perkara "barisan saf"

Terkadang, macam-macam pe'el (gaya) gue tengok bila dirikan saf seusai khutbah & doa..gue lihat, ada golongan makmum yang sukehati nak berdiri kat mana-mana yang dia nak..yang lompong tak diisi, yang jarang tak dirapati (makin dijarakkan lagi pun ade..kat mane belaja dirikan saf gitu?)

ni antara situasi nye:


gambar atas: imam baru angkat takbir, ada lompong saf depan..aku lihat mereka yang berada kat belakang tempat yang kosong lagi lompong tu buat tuli je, buta mata..taknak penuhkan pastu terus angkat takbir ikut imam..kalau budak kecik gue tak pelik, TAPI terkadang yang dah beruban menunggu panggilan tanah merah ber-set batu nisan pun tak reti-reti nak penuhkan saf depan..wadehek..kalau kanak-kanak boleh penuh kan saf sepenuh-penuhnya, malu la wahai saudara tua. nampak me! tu? terkadang aku yang jauh sekilometer kena melangkah jauh penuhkan yang kosong tu.. =,="


gambar lagi: yang ni pesen (fesyen/stail/gaya..amende je lah) orang rapatkan saf ikut sukahati..apa yang aku di-didik dari kecik, kalau solat jemaah ada lompong tu, rapatkan ke tengah saf supaya nampak sempurna & cantik saf tu..yang kat atas tu, lompong dekat dengan tengah-tengah..tapi dia rapat ke orang yang ada kat tepi tembok surau/mesejid..

sebenarnya ada banyak lagi pe'el yang nak dikongsi, tapi yang teringat buat sementara ni tu je..in syaa allah akan update kemudian..aku bukan manusia sempurna nak kata aku ni bagus/baik..aku cuma nak tegur apa yang kurang supaya orang lain tak buat kesilapan yang tak patut..

aku nak quote (lebih kepada copypaste ade la kot) post dari blogger yang arif bab ibadah ni:


Sah hukum solat bagi jemaah yang terputus safnya tetapi solat itu kurang sempurna. Walaupun isu sah atau tidak solat seseorang itu penting, tetapi ada isu lebih besar yang lebih perlu kita pegang dan perbaiki.

Untuk sah solat, dengan sembahyang bersendirian itu sudah mencukupi. Tetapi untuk mendapat kesempurnaan solat dan kekuatan ummah, solatlah berjemaah, dengan sempurna. atau jika tidak akan berpecah belahlah hati-hati kita. Wa na'zubillah :
Nu'man b. Basyir berkata, "Adalah rasulullah saw memperbaik saf-saf kami seakan-akan beliau memperbaik anak-anak panah. Demikian beliau lakukan sehingga baginda yakin telah mengetahuinya dengan baik. Pada suatu hari baginda keluar lalu berdiri, Di kala hampir bertakbir, beliau melihat seorang lelaki yang agak maju sedikit dari saf, maka baginda bersabda, "Wahai hamba Allah, hendaklah kamu merapatkan saf, meluruskann melempangkannya atau hendaklah Allah membedakan antara hati-hatimu. (Hadith riwayat Jamaah kecuali Bukhari


credit: School of Life

ps: masih ada yang tak tau kalau masbuk solat jumaat kena lengkapkan 4 rakaat macam laksanakan solat zohor..nak sajest kat tok imam suh maklumkan benda ni kat jemaah lepas solat jumaat guna speaker? dapat gak la ilmu yang tak tahu dari main bantai solat tapi salah..

ps2: masih dalam proses nak merajinkan diri ke surau..ibu kata surau depan rumah pun susah nak pegi, buat malu ja..pahala 7x pun taknak ke *dush* tepek kena muka gua..

Thursday, 26 July 2012

[Charity Announcement] Saham Ramadhan!

Salam Ramadhan 1433h!!! Semoga amal ibadah kita diterimaNya insyaallah..

Ade sikit makluman untuk dikongsi..sempena Ramadhan penuh barakah ni, saya (kata ganti diri yang penuh humble gitu)..seorang rakan FB (memerangkap pensyarah saya kat kolej) akan menganjurkan program amal..boleh rujuk kat bawah ni:

ni status ori :~

Salam Ramadhan.....

A couple of friends and I are having a Charity Sale to raise funds for the Pediatric Wad Hospital Kajang. The charity sale will be held @ Petron Station next to Mint Hotel on KL-Seremban Highway next Friday & Saturday 3rd-4th August. Please do come and join us if you are available. Please also help to spread the news.... Volunteers are also welcomed.

Funds raised will be used to purchased clothes and gifts in preparation for Eid. There are 40 beds in the ward, age group of patients 3months - 12 years old. 

Visit date to Pedriatic Ward Hospital Kajang is on 11th of August 2012.

free-translation punye:

pensyarah saya (juga memerangkap coordinator kursus DELS - Dip in English Language Studies) bersama kawan-kawan beliau akan mengadakan jualan amal..dibawah ni maklumat serba lengkap...ada dua event untuk program ni..pertama, jualan amal..kedua, lawatan ke wad pedriatik...

Tujuan: Mengumpul dana bagi menyediakan keperluan perayaan aidilfitri untuk pesakit kanak-kanak di Hospital Kajang.

Event Pertama (jualan amal)

Tempat: Petron Station bersebelahan Mint Hotel (KL-Seremban Highway)
Tarikh : 3 & 4 Ogos 2012
Hari     : Jumaat & Sabtu

Event Kedua (lawatan)


Tempat: Wad Pedriatik, Hospital Kajang
Tarikh : 11 Ogos 2012
Masa  : -Belum ditentukan-


so, sempena bulan barakah ni, ini adalah peluang baik untuk tambah 'saham' korang..sape-sape yang berdekatan/berkesempatan, moh le datang sekali..masa tengah taip entri ni, baru prasan, kalau ada orang nak berbakti dengan bank-in??? nanti akan dilanjutkan persoalan itu pada pensyarah saye, akan dimaklumkan kemudian..

update: kepada sesiapa yang ingin beri sumbangan fizikal (cth: mainan, barangan) ataupun bank-in duit, sila PM FB saya untuk info lanjut..terima kasih =)

p/s: insyaallah, tuan blog juga akan turut serta..tapi mungkin pada lawatan sahaja sebab punya komitmen lain pada hari berlangsungnya jualan amal..


p/s/s: akan ada lagi program amal yang lain pada masa akan datang, insyaallah akan dimaklumkan..yang baru lepas, program beri makan pada golongan gelandangan & singgah sahur..


p/s/s/s: any inquiries, do leave ur comment here as our fbs are set to private n we dont have any public pages..tq! =)


Sunday, 8 July 2012

[Osem] Spot-spot Terbaik Dalam GoogleMaps!

Google maps yang selalu kita guna untuk carik direktori tempat yang kita nak pegi rupenye ade bende lagi menarik ok! Banyak bende yang menarik ade kat peta Google Maps yang kita tak perasan...aku perasan semua ni pon sebab ada orang post kat 9gag.com.

Untuk view gambar-gambar ni sekurang-kurangnye internet speed korang paling-paling pun optimum speed, kalau internet slow susah sket (amik masa nak load) sebab ade gambar yang high resolution (macam gambar gajah, jelas gila, cantik!)


Cara nak View?
1- Bukak GoogleMaps
2- Masuk kan Koordinat - Koordinate yang kat bawah ni..
3- enjoy!

Notis: akan ada peta yang takde detail mengikut list yang diberi sebab perubahan landskap (maknyenye, google dah update maps), kalau ade lagi tu, ok lah =)



Jerung: 31 59'20.53"S 152 34'18.47"E

Lakaran Geolif Manusia (Besar): 19 56'56.76"S 69 38'2.07"W

Kuda #1: 50 39'26.33"N 2 24'14.92"W

Panah Besar (Peru): 14 32'45.28"S 75 9'35.85"W

Muka Besar #1: 33 55'37.16"N 117 34'8.58"W

Lines in Peru (Nazca): 14 33'9.40"S 75 10'36.74"W

UFO #1: 78 38'29.61"N 15 7'5.50"E

Landskap Pelik (Binaan lama yang berlubang-lubang): 19 37'40.75"S 69 58'46.35"W

Kuda #2: 54 13'29.68"N 1 12'44.46"W

Lakaran Geolif (Chile): 19 12'13.45"S 70 0'30.41"W

Gajah-gajah kat Afrika (Hi Quality); 10 54'12.65"N 19 55'56.05"E

Arnab Besar: 44 14'39.77"N 7°46'10.71"E

SegiTiga Besar: 37 37'38.69"N 116 50'48.38"W

Kuda #3: 51 19'16.29"N 1 45'22.76"W

Dinosaur: 42 4'34.14"N 2 21'21.93"W

UFO #2: 45 42'11.97"N 21 18'7.81"E

Big Inscriptions in Chile: 17 58'20.55"S 70 14'12.89"W

Muka Smiley: 43 25'44.84"N 80 19'51.12"W

Kapal Layar Terbalik: 35.155109, 129.147554

Bangunan bentuk Nazi: 32.676124, -117.157731

Kem Tentera Tinggal: 37°21'46.81"N, 116°49'35.92"W

Bintang serupa bintang israel (Star of David): 37°19'22.70"N, 116°47'6.70"W

Kereta Terbalik: 51°19'18.04"N 6°34'35.84"E

UFO #3: 52°31'17.79"N 5°43'59.40"E

Muka Besar #2: 50° 0'34.25"N 110° 6'47.01"W

Orang Menari 47°53'4.39"N 107°36'53.23"E

Muka Besar #3: 39°26'24.76"N 84°17'34.93"W


p/s: Hampir bebas dari cengkaman kolej, tinggal 1% je lagi~ weehoooo =)

p/s/s: skang ni dah asyik sangat melayan Banana Smoothies dari Cool Fresh..stall dia sebelah kedai ni je..hohoho


*BIG GULP of Banananana Smoothies..*
Daisypath Anniversary tickers