Saturday, 2 July 2011

B E R U B A H ! ! !

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 

(Surah Ar-Rad:11)




Berubah (Bahasa), Henka (Jepun), Cambio (Sepanyol), Mutatio (Latin), un changement (Perancis)

kali ni tiba-tiba nak cakap pasal BERUBAH / CHANGE .. terdetik dalam aqal anugerah illahi untuk aku bahawa sudah berubahkah aku?? dari dulu lagi aku persoalkan pasal ni .. sebagai seorang manusia yang suka memerhatikan orang sekelilingnya, aku tengok ramai kawan aku yang dah berubah, berubah kepada sesuatu yang harus dibanggakan...aku?? diri sendiri pun aku tak pasti..

perubahan yang aku maksudkan kat sini, perubahan rohaniah, mentaliti, dan bukan perubahan fizikal..aku langsung tak kesah akan perubahan fizikal seseorang manusia tu tp majoritinya kita pasti perasan ramai yang mengambil kira perubahan fizikal seseorang yang lain..contoh paling mudah yang boleh kita tengok, bila reunion/gathering sekolah yang mana kawan-kawannya yang dah terpisah bertahunnya..masing-masing bila dah jumpa pastinya akan berdialog serupa ini:

"lama tak jumpa..makin 'sihat' kau sekarang ya?"

"makin kurus kau, apa jadi?"

"mana hilang rambut?"

bagi mereka yang mengenali aku mungkin fikir yang aku mengomel pasal diri aku (ye, mmg ni dari pengalaman) tp, sekarang ni aku bernukil berdasarkan gaya manusia sekarang ni..yang sememangnye memenuhi kriteria yang dah dinyatakan kat atas tu..bagi aku, bukankah perubahan rohaniah tu lagi bagus untuk dinilai?? sebagai contoh kawan sama persekolahan SPM aku..si gadis karakternya..dulu masa kat sekolah, dialah jaguh, otai wakil perempuan, perwatakan macam lelaki, dan segala macam yang boleh kata menyerupai & mengatasi karakter seorang lelaki..fizikalnya seorang si gadis melayu, cuma sikapnya yang tak kena..*dia juga seorang blogger & salah seorang yang jd inspirasi aku untuk ber-blogging*

Dah lama tak dengar khabaran dr dia, tapi, sebulan dua yang lepas aku secara tak sengaja terjumpa blognya & ianya mengejutkan aku..dia berubah secara drastik, secara total kepada seseorang yang lebih baik..tidak seperti sikapnya masa kat sekolah dulu * apa yang diceritakan kawan2nye masa kat skolah dulu..Alhamdulillah, memang agak terkesima aku untuk sementara..dia kini aku labelkan sebagai muslimah sejati..sungguh aku bangga wahai kawan..



Ramai lagi kawan-kawan aku yang aku kira berubah secara drastiknya kepada seseorang/sesuatu yang lebih baik..aku teringin tergolong dalam kalangan mereka2 tu..aku mencuba sedaya upayanya untuk berubah..walaupun perubahan yang sedikit untuk jangka masa terdekat ni, agak susah untuk berubah sehabisnya dalam masa terdekat..ianya tak mustahil, tp agak susah untuk dilaksanakan &dicapai..semoga Allah membantuku dengan dorongan doa2 sahabat2ku..amin, insyaAllah..

"We did not change as we grew older; we just became more clearly ourselves."
~Lynn Hall

bukan sebab umur kita yang semakin meningkat kita berubah, kita berubah kerana kita lebih mengenali diri kita sendiri.

p/s: dalam masa yang sama, aku usaha jugak untuk perubahan fizikal untuk lebih fit, bukan sebab persepsi manusia, tp kerana memikirkan kesihatan + kesenangan masa mendatang..huhu ;D

2 comments:

Hanzi_Mare at DELS said...

henka lebih appropriate le paan.

Farhan Zukri said...

@Hanzi_Mare at DELS

fine, aku TUKAR...thanx btw...