Thursday 5 June 2014

LiterasiSastera: Projek Cerpen [CERPEN]

“Loq, macam mana dengan cerpen kau? Dah ada idea untuk jalan cerita?”

Aku diam sekejap. Kepala masih pening memikirkan satu masalah yang tak selesai dari tadi lagi.

“Entahlah. Dah penat aku perah otak dari tadi. Sampai sekarang satu idea pun tak masuk lagi dalam kepala ni. Aku dah nak give up dah ni,” aku jawab sambil menggaru kepala yang tak gatal.

Kerja yang Bonda tugaskan kepada setiap daripada kami untuk diselesaikan boleh buat aku pecah kepala. Mana taknya, setiap pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah karya cerpen. Aku ni bab sastera dan bab penulisan kreatif ni memang out-lah, satu benda pun tak tau.

Budak-budak lain ni aku tak pelik la sekejap saja boleh siap kerja dia orang tu. Zharif, terkenal dengan gelaran ‘kaki novel’, kalau boleh bukan setakat kaki novel saja. Tangan novel, kepala novel, muka novel, segala yang boleh dikaitkan dengan novel, semua boleh bagi dekat dia. Masuk dalam bilik dia, fuh! Penuh novel sana sini dalam bilik serupa perpustakaan mini. Seorang lagi yang genius bermain aksara, Marwan, dia mempunyai sebuah laman blog tempat dia mengekspresikan idea dan ilhamnya dalam bentuk cerita pendek. Ada berpuluh karya cerpen di dalam laman blog tersebut. Sesiapa yang ada terbaca blog itu pasti tidak akan menyangka bahawa pemilik laman blog tersebut seorang yang kelihatan ganas dengan rambut terpacak tajam serupa landak dan merupakan pelajar yang paling bermasalah di dalam kelas.

Yes!” Teriak Khairin dan Kiran. “Kita orang punya cerpen tinggal lagi seperenggan dua je lagi.”

Si kembar ni pun join sekali menyiapkan kerja cerpen ni dekat wakaf Kolej Taming Sari ni. Dua-dua ni pun dah nak siap, aku punya apa pun tak ada lagi. Haru la macam ni, bila nak siap cerpen ni aku pun tak tau. Tarikh akhir untuk serahan tugasan tinggal beberapa hari je lagi ni. Masalah dengan penulisan kreatif ni bukannya benda baru yang aku hadapi sekarang ni.

***

“Baiklah, masa kamu ada lagi 30 minit. Sila pastikan kamu semak jawapan kamu, pastikan semua jawapan dijawab dan jangan ada yang dibiarkan kosong. Walaupun kamu tak pasti akan jawapan kamu itu, tulis saja apa-apa yang terlintas dalam kepala. Mana tahu jawapan kamu tu ada peluang dapat markah,” jelas Cikgu Asmah yang mengawasi kertas peperiksaan pra-UPSR Bahasa Melayu Kertas Dua walaupun Cikgu Asmah pada asalnya mengajar kami subjek Matematik.

“30 minit je lagi? Alamak!” kata Loq sambil melihat Cikgu Asmah yang melintas disebelahnya yang galak melihat gelagat murid menyiapkan esei.

“Aku baru siap satu esei. Arahan peperiksaan kena ada dua esei, mana sempat nak siapkan. Mampus aku macam ni..” keluh Loq sambil melihatkan jam di dinding dewan peperiksaan yang terus berdetik tidak menunggu murid-murid yang kelam-kabut menyiapkan esei masing-masing.

“Ok, masa sudah tamat. Berhenti menulis dan letakkan pen di atas meja. Pastikan nama ditulis dengan betul,” arahan seterusnya dan terakhir yang dikeluarkan Cikgu Asmah sebelum beliau mengutip kesemua kertas jawapan dari meja para murid.

“Loq, berhenti menulis!”

“Tapi cikgu, saya belum siap lagi ni..”

“Saya dah bagi cukup masa untuk kamu siapkan dua esei. Sudah! Serahkan dekat cikgu kertas jawapan kamu.”

***

“Jom ikut aku keluar pergi PalmTree Mall esok,” ajak Zharif

“Buat apa pergi sana? Menabung dekat panggung wayang lagi? atau kau nak melabur dekat mesin arcade?” bertalu soalan yang ditanya Loq.

 “Haish, kau ni!

“Betul la kan? Kau kalau tak lain tak bukan kalau pergi PalmTree Mall nak beli itu je la,” tuduh Loq lagi.

“Eh, dia ni! Aku tak habis cakap lagi dah mencelah masuk. Tu la lain kali bagi salam dulu baru nyampuk. Ini tak, aci redah je. Aku nak tolong kau ni.”

“Tolong apa?” soal Loq.

“Kau punya cerpen la. Lagi mau tanya ka?”

“Oh, hehe. Aku lupa langsung benda tu. Nak ajak sapa lagi? Takkan berdua je?” Tercari-cari nak ajak siapa untuk sekali meronda di mall. Meronda berdua je nanti awkward-lah, macam gay couple. Kahkahkah”, aku berseloroh. Zharif berasa geli-geliman. Aku suka melihatkan gelagat Zharif bila disakat begitu.

“Dah tu. Nak ajak siapa lagi?” soal Zharif.

“Macam tak biasa, siapa lagi kalau bukan Marwan. Kalau tak ajak nanti touching pulak. Berhari-hari nak pujuk bagi elok balik; merajuk mengalahkan perempuan perangai tu..hahaha,” Loq gelak besar dalam mencadangkan untuk bawa Marwan bersama mereka nanti.

***

“Apa sebenarnya masalah dengan kamu ni, Loq?” soal Cikgu Mahawa. “Kamu tidak suka mata pelajaran Bahasa Malaysia kah?”

Cikgu Mahawa amat berbeza dengan cikgu-cikgu Bahasa Malaysia yang lain yang tak mempedulikan muridnya yang mendapat corot dalam peperiksaan.

“Bukan, Cikgu. Saya suka subjek ini. Tapi,..Saya pun tak tahu, Cikgu”, balas Loq. “Mungkin saya susah nak mencerna dan menghadam maklumat yang ada pada soalan-soalan tu.

“Masa yang diperuntukkan untuk kamu mula menjawab soalan peperiksaan tu cukup untuk kamu selesaikannya. Kamu tidak boleh terus begini, kalau tidak keputusan UPSR kamu akan datang akan turut merosot,” tegas Cikgu Mahawa.

Aku terdiam sekejap. Ada benarnya kata Cikgu Mahawa itu, kalau kurang 1A pun untuk UPSR nanti akan meningkatkan kemungkinan aku untuk tidak dapat memasuki sekolah cemerlang pada tahun hadapan.

“Aku akan cuba yang terbaik untuk UPSR akan datang nanti!”  getus hati Loq sebelum keluar dari pejabat Cikgu Mahawa.

***

“Korang nak pergi mana? Nak ikut jugak,” serentak Khairin dan Kiran bersuara.

“Ah! Si kembar berdua ni, nak pergi mall pun sibuk nak ikut. Kalau nak ikut, siap cepat”, arah Marwan.

“Ada apa je kat PalmTree Mall ni yang aku boleh guna sebagai rujukan penciptaan cerpen aku?” soal Loq.

“Ada apa je kau tanya? Dekat mall besar macam ni lah banyak sumber inspirasi dan bersepah-sepah bahan rujukan.”

“Maksud kau?” soal Loq lagi.

“Kat mall ni ada pelbagai jenis manusia; yang mengemis, yang bernasib baik, kanak-kanak, orang tua, dan ramai lagi. Kau boleh gunakan orang-orang sekeliling sebagai sumber untuk kau rangka penceritaan cerpen kau. Dekat mall ni juga ada dua major bookstore yang super besar yang ada jual beratus dan mungkin beribu yang kau boleh guna sebagai rujukan sampingan,” terang Marwan secara panjang lebar.

“Oh! Aku tak pernah terfikirkan semua tu dan aku tak perasan pun pasal dua kedai buku tu?!” ujar Loq.

“Itu sebab kau tak pernah nak keluar dari kawasan universiti tu. Hari-hari kerja kau ulang alik kelas-bilik, bila tiba hujung minggu kalau ada je peluang terus balik rumah. Bukan reti nak teroka kawasan dulu. Biar kenal banyak tempat, lagi banyak ilham. Hahaha,”

“Aduh! Sempat lagi dia bebel dekat aku. Kesian la kat aku ni haa…” Loq mencebik sebab kena tala dengan Marwan waktu-waktu dia tengah kelam kabut mencari sumber ilham untuk cerpennya.

“Kau diam je dari tadi Zharif. Tersengih sorang-sorang macam kerang busuk tu dah kenapa? Dapat mesej sayang dari buah hati ke?” sakat Marwan.

“Mana ada. Tak nampak buku kat tangan aku ni haa? Novel Aa+Bb karya Hlovate ni. Buku ni bagus, ada unsur-unsur lawak tapi nilai moral dan pengajaran pun banyak di samping penuh dengan elemen islamik. Ini salah satu buku yang kau boleh guna untuk di buat contoh cerpen kau. Kat kedai buku ‘The Sketches’ ada banyak lagi buku camni, kalau tak cukup, boleh tengok kat kedai buku ‘Seventh Bookmark’ pun ada jugak. Jom kita masuk mana-mana je dulu tengok buku yang sesuai untuk kau Loq.”

“Ok, Jom!” semua berteriak serentak. Masing-masing tak sabar nak tambah koleksi almari buku yang dah lama tak bertambah.


Yup. Kedai buku dekat situ serba lengkao dengan segala. Kiri kanan atas bawah, semua ada buku. Senang cakap, siapa yang avid reader, pencinta buku sememangnye akan wajib jatuh cinta dengan tempat ni dan mungkin takkan keluar lagi dah. Locked forever bak kata orang putih. Aku sendiri pun rambang mata, tapi, sepertinya sikit-sikit idea untuk menulis cerpen datang bila nampak buku-buku ni.

“Nah, aku cadangkan dua buku ni sebagai permulaannya untuk kau guna buat rujukan idea cerpen,” Zhafir datang dengan membawa dua buah buku.

Aku tengok kulit muka kedua-dua buku tu. ‘Antologi Cerpen: KLCC’ dengan ‘Contengan Jalanan’. Daripada pengamatan kulit, dua-dua buku ni Nampak menarik cheeky dan funky, semacam memenuhi selera remaja gitu.

“Kenapa dua buku ni?” soal Loq.

“Aku dah ada kedua-dua buku ni. Untuk Antologi Cerpen: KLCC, bagi aku penulisan buku ni simple, so senang kau nak ikut, yet walaupun simple, idea-idea yang penulis-penulis buku ni sampaikan adalah sangat fresh. Jadi, kau ni yang baru nak bermula dengan penulisan cerpen ni aku galakkan untuk gunakan buku ni.” cadang Zhafir.

“Untuk buku ‘Contengan Jalanan’ ni pulak biar aku pulak yang terangkan sebab aku pernah baca,” celah Marwan sebelum sempat Zharif menyambung penerangannya. “Sebelum aku mula cerita mengenai Contengan Jalanan ni, aku cerita serba ringkas mengenai penulis dia dulu yakni, Hlovate. Dia dah banyak menulis novel antaranya Versus, Aa+Bb, Tunas, dan ada yang aku ingat lupa tajuk-tajuknya. Walaupun buku-buku dia ni kulit dan tajuk-tajuknya Nampak tak menarik sebab itu apa respon aku sebelum aku baca buku beliau. Tapi, lepas dah baca, fuh!

“Kenapa lepas kau dah baca tu? Lemas? Sesak?” sampuk Loq.

“Boleh kata. Tapi, aku lemas dan sesak dengan ke-awesomeness penulisan dia! Penulisan dia sangat kena dengan selera belia dan kebanyakkan situasi-situasi dalam novel-novel dia kebanyakkan belia pernah atau akan mengalami perkara yang sama. Jadi, bagi aku faktor tu yang membuatkan majoriti pembaca terkesan bila dah baca novel-novel nukilan Hlovate ni. Walaupun novel-novel dia ada unsur keremajaan dan kebeliaan, aspek agama sangat dititikberatkan penulis sebab itulah tujuan utama dia menulis, untuk menasihati. So, bagi aku Hlovate ni bagi pakej yang lengkap dari seorang penulis kepada para pembaca novelnya...”

“Sekejap, panjang sangat penerangan kau pasal orang nama Hlovate ni, cerita la pasal awesome factor buku ‘Contengan Jalanan’ yang aku pegang ni” sampuk Loq sekali lagi.

“Kau ni pun Loq, sabarlah. Aku tak menyempat nak habiskan lagi ni. Buku Contengan Jalanan ni pun sama macam novel lain jugak, bagi aku novel yang ini adalah paling terbaik setakat yang aku pernah baca sebab ada yang masih tak dibaca lagi ni, mungkin ada yang lagi baik, khabarnya novel Rooftop Rant tu topped off novel ‘Contengan Jalanan’ ni. Contengan Jalanan ni menceritakan penghijrahan dua sahabat dari waktu jahil mereka ke the new them, dengan dua cara yang berbeza, dua tempat yang berbeza. Penulis juga ada sertakan hadith-hadith yang sahih dan potongan ayat-ayat alquran untuk pembaca buat rujukan yang mana kitorang fikir ini jugak bagus untuk kau selitkan elemen-elemen ni dalam cerpen kau supaya dapat tarik minat orang untuk baca hasil karya kau,” Jelas Marwan panjang lebar. Aku tengok dah serupa pegawai wakil dari Dewan Bahasa Pustaka datang buat novel review depan aku pulak.

Aku mengikut seperti apa yang dicadangkan oleh Marwan dan Zharif dengan menggunakan dua buku itu sebagai rujukan untuk cerpen pertamaku. Maka, dengan segala kekuatan yang ada, aku mula menulis cerpenku sendiri.

***
“Syukur dan tahniah Loq! Cikgu tau kamu boleh lakukannya! Tahniah sekali lagi atas keputusan UPSR kamu yang cemerlang!” ucap Cikgu Mahawa kegirangan.


TAMAT

p/s: cerpen ni hasil sebenarnya karya guwe sendiri atas arahan pensyarah guwe, seniwati Mahaya Mohd Yassin memerangkap pensyarah kelas Penglahiran Bakat Kreatif di UPM..tajuk cerpen ni adalah 'CERPEN', idea muncul bila guwe yang tak reti berkarya disuruh buat cerpen, lalu terhasil lah kisah seorang budak laki yang struggle nak reka cerpen..tadaa~ #hambar hahaha..

*maap kalau penggunaan bahasa terlampau skima sebab pensyarah guwe sangat pentingkan bunga kuntum bahasa, ini pun ada selit slanga budak-budak keyell SIKIT. maap jugak kalau ada yang kurang faham dengan strukturnya, biasalah, cerpen PERTAMA guwe..banyak nak dibaiki lagi

No comments:

Daisypath Anniversary tickers