Friday 8 July 2011

Allah Sayangkan Kamu


Assalamualaikum..

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” 
(QS. 29:57)

kematian itu adalah suatu yang pasti. Tapi, manusia sekarang (tak terkecuali aku...mungkin??) cuba untuk menghindar kematian .. mungkin ni yang dinamakan penyakit al Wahn (Cinta dunia; takut mati) .. ramai yang terfikir yang kematian tu datangnye ketika usia tua .. sebab tu yang dikatakan majoritinya untuk "ENJOY DI USIA MUDA", banyak masa lagi, boleh insaf lain masa .. aku sendiri pernah terfikir benda yang sama, kematian ketika tua .. tapi, jika sudah ketentuan Allah untuk si folan bin si folan untuk mati pada hari tu, maka itulah yang akan berlaku .. tidak menunggu masa dan umur, bila-bila saja boleh ditarik nyawa kita .. tak mustahil mase kita tengah syok mengunyah santapan, boleh sampai ajal hanya kerana tercekik, mati ketika tidur, mati dalam apa jua keadaan yang mungkin tak terfikir pun oleh akal manusia .. kalaupun belum sampai ajalnya sesudah tua bangka, akhirat itu tetap ada .. hari kebangkitan tetap ada .. kematian itu tetap ada ..

bercakap pasal kematian, aku terima 2 berita dukacita dalam minggu ni:

1. anak kepada cikgu Haliza (cikgu yg mengajar aku BM masa sekolah rendah), baru kehilangan anaknye (darjah 4) kelmarin akibat lemas dalam kereta .. ada dalam berita semalam.

2. Bapa kepada seorang sadiq ku di KUIS, telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 4 petang td..

*bersama sedekahkan alfatihah kepada kedua-dua arwah & keluarga; semoga kedua keluarga arwah redha dengan pemergian insan-insan tersebut..

Al - Fatihah

2 comments:

Unknown said...

Innalillah wa Al-Fatihah

Anasyg said...

Alfatihah

Daisypath Anniversary tickers