Friday 21 October 2011

sewa bilik kat orang lain?? berhati-hatilah kerana...

Assalamualaikum...

selalu kalau ade bilik kosong kat rumah tu daripada dibiarkan tak diguna pakai, baik disewakan kat orang lain kan?? paling kurang pun ade teman & dapat income sikit...tapi, nak sewakan kan pun kena berhati-hati sekarang ni..dengan jenayah rompak & samun yang semakin menjadik sekarang ni, mase dalam proses penyewaan tu pun boleh berlaku kecurian / rompakan...meh bace kisah-kisah kat bawah ni haa...




KISAH 1

Seorang student universiti buat iklan tentang bilik untuk disewa kat rumahnya. Satu hari tu, ada seorang perempuan (W) nak datang untuk tengok bilik dan dia bersetuju untuk menyewa. Jadi, pada hari yang dijanjikan, student ni tadi pun tunggu kehadiran (W). Sesampainya (W), dorang pun berkenalan dan kata sepupu (W) tunggu kat bawah dan (W) nak pergi ambil barang. Student ni tadi pun, dengan dasar kepercayaan  tak tunggu (W) angkat barang semua, dia pun pergilah mandi sebab dia nak bergegas ada kerja.  Waktu kejadian, takde penghuni lain kat rumah. Bila habis mandi, dia tengok dalam bilik dia, laptop hilang, handphone hilang, beg duit semua dah takde. Sah! Dia kena rompak. Dia cari (W), memang takde dah. Tu satu hal, dia pun nak buat laporan polis. Pada hari yang sama, (W) tu tadi, mesej kat semua nombor yang ada dalam phonebook student tadi dan menyamar jadi student tu. Dia cakap kat kawan-kawan student tu mintak topup sebab dia dirompak. Maka menderu-derulah kawan-kawan student tadi tolong topupkan. Jadi, W bukan sekadar rompak student tu, malahan rompak kawan-kawan student tu sekali. Then, dia pun buat laporan polis. 

Pakcik polis cakap, kes dia ni tak seberat mana...ada kes lagi dasyat. 


KISAH 2

Sama macam student tu, ada orang datang nak sewa bilik. Tengok bilik dan setuju. Lepas tu bayar deposit. Bila dah bayar deposit, satu malam penjenayah tu tidur rumah tu, esoknya bila semua orang pergi kerja / kelas. Penjenayah tu buat operasi. Dia angkut semua barang-barang dalam rumah tu. Mesin basuh, tv, peti sejuk, laptop semua penghuni rumah tu dan segala barang-barang berharga. Dia selongka semua. Takde tinggal satu pun. Dasyat kan???Pakcik polis tu bagitau, sekarang ni memang musim kes rompakan dan pecah masuk rumah yang sebegini. Berkemungkinan penjenayah tu adalah orang yang sama. Memang bahaya lah macam tu. Semua barang kita dia angkut. 


in a nutshell, haruslah berhati-hati kalau mau sewakan ruang-ruang kat rumah tu kepada siapa-siapa pun (termasuklah PEREMPUAN, adakah anda tahu? mereka ni pun ade skill merompak jugak)..jangan mudah percaya pada orang lain!! ^^,

SUMBER & KREDIT kepada: http://coklateyes.blogspot.com/

No comments:

Daisypath Anniversary tickers