Monday, 12 September 2011

Cubaan Pertama!!!

aloop...salam raya lagi...kali ni nak kongsi sket cer...pe cer?? haha..haritu masa besday adik aku mase raya ke5 (3 sept) aku ngan akak aku ada buat Chocolate Banana Cake ala2 secret recipe tu...famili aku menjadi kebiasaan akan buat homemade kek tiap kali besday sesiape dalam rumah ni..kek yang ni aku dah lama nak buat..ter-inspired dari kek secret recipe yang lecturer aku tempah masa majlis bbq kitorang sebelum ni..maka, tadaa...deco agak buruk sikit sangat sebab ni kali pertama kitorang buat macam ni..selalunye kitorang buat plain coklat moist cake (asyik buat benda sama, bosan la kan?) Inilah hasilnya:


Resipi: Bahan-bahan ( 9" atau 8" bulat, ketinggian 3" )

Kek Chiffon (Sumber: kejusedap-acx-comm.com)
30g serbuk koko
1/2C air panas
1st chocolate emulco/paste
4 kuning telur Gred A
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2st baking powder
1/2st soda bikarbonat
1/4C minyak masak
1st esen vanila
4 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar
65g gula kastor


Chocolate Mousse (Sumber asal: lindapurple@myresipi.com)
250g whipping cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je nondairy
whipping cream/fresh cream)
1st esen vanila
*1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air panas. Rehatkan 5min hingga gelatin
mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
50g serbuk koko + 80g gula aising, diayak bersama
1sb nescafe + 1 1/2sb air panas
*gelatin halal tu kalau taknak letak pun takpe


Chocolate Ganache simple
125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
100g coklat masakan
1sb butter

Cara-cara
1. CARA KEK: Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco).
Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, campurkan kuning telur, 100g gula kastor, tepung naik sendiri,
baking powder, soda bikarbonat, minyak masak, dan esen vanila. Masukkan larutan
koko tadi dan kacau rata.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan
separuh dari 65g gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul
hingga kental.
4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
selama 40min, 180C (bagi acuan 8" bakar 180C@45-50min) atau sehingga lidi yang
dicucuk kelihatan bersih.
6. Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.
7. CARA MOUSSE: Pukul whipping cream hingga kental/pekat.
8. Masukkan esen vanila. Sambil putar pada kelajuan perlahan, selang-selikan serbuk
koko+ gula aising dan larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang
suam) dan kacau hingga semua sebati.
9. CARA GANACHE: Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas. Masak hingga
coklat larut sepenuhnya. Ketepikan dan biarkan suam sebelum dituang atas kek.
10. CARA PENYEDIAAN KEK: Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan 1/3 mousse atas satu
lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah dua, lapiskan lagi dengan kek-2.
11. Sapukan 2/3 mousse, susunkan pisang dan lapiskan dengan kek ke-3. Sapukan seluruh
kek dengan baki mousse.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit. Kemudian tuangkan coklat
ganache dan hiaskan sesuka hati.
13. **Boleh buat separuh adunan, bakar dalam loyang bulat 6" ketinggian 3" untuk suhu
180C, 35-40min. Kek akan mendap sikit bila sejuk.




***Kalau korang kreatif, korang boleh ubah2 / edit balik resipi ni..kot2 nak letak pape kan..aku ngan kakakku ade ubah tp kitorang tak nyatakan dalam ni..KREATIVITI SENDIRI YA!!!

****untuk besday ibu baru-baru ni,kitorang buat kek Vanilla pulak + sedikit improvement dari segi kek decoration..hehe..resipi akan di-share kemudian ye :P

*****kredit untuk salah sorang post-er dekat MyResipi...aku amik kat situ pastu campur2 resipi kat blog2 orang lain gak..

beriya sunggoh la mamat nih...hahaha
p/s: ade angan2 nak jadik macam Cake Boss kat channel TLC Astro...haha

1 comment:

Anasyg said...

jangan balas - haip jangan balas